Jumaat, 31 Disember 2010

BILA BULAN DI LINDUNG AWAN





kategori sajak pendek.


Sahabatku
yang dikasihi,
bila bulan dilindung awan
usahlah engkau resah gelisah
kerana keindahan cahaya bulan
bukan lagi milik kita .

 
Sedenyut rasa
dari sahabat Sdra Suara Pulau.
2009 Disember 21 19:50 







MIMPI DAN TAKWIL KITA





Ini mimpi kita,
bukan mimpi tidur lena
tapi mimpi  dari andaian sejenak
buat renungan dan tafsiran dari kaca matahati.

Betapa kehadiran insan di muka bumi ini
Semuanya bergelut dengan masa dan kebendaan
Mengisi jiwa dengan kemewahan yang tidak berkesudahan
Mempertuhankan hawa nafsu mengumpul harta benda dan kekayaan .

Ini takwil kita
Bukan takwil dari pirasad
Tapi takwil dari nur jiwa nan kudus
Buat gerakkan rasa hati bisikan deria yang berkata.

Betapa kelahiran insan di muka bumi ini
Hampir-hampir terlupa pada masa jalan penamat
Hidup cuma mengisi kekosongan jiwa dengan kepuasan nafsu
Iman adalah kebendaan kekayaan kemewahan dan kenekmatan dikecapi.

Di antara mimpi dan takwil ini
percayalah di akhir pejalanan hidup ini nanti
rasa bagai mengumpul bahan kayu bakar diri sendiri
menuang minyak pada kayu bakar ungul api yang menjulang
lalu mencampakan diri kerana kita gagal menghitung zakat harta kekayaan.


 
Oleh; Nurimanja,
Tanjung Nipis, Perak.
20/12/1972.malam jumaat.





Khamis, 30 Disember 2010

DI DALAM SEBUAH KEHIDUPAN KITA



kategori sajak kerabat di raja.


Didalam sebuah pencarian.....
manakala langkah-langkah tak goyah
kita akan bertemu dengan kekerakraban
dan jangkauan yang lebih luas
Didalam sebuah pencapaian...
manakala tapak-tapak membekas di fikiran
kita akan semakin dewasa dan bijaksana
menjadikan sikap yang lebih memahami

Didalam sebuah peruntukkan....
manakala berbagai pilihan datang
kita akan semakin adil menemui pendirian
kerana waktu yang terus berjalan
Perjalanan kita adalah....
keharusan untuk menjadi berani
membiasakan diri....
menghirup hal-hal yang bermanfaat

 
OLEH: RAJA ZAKI
Istana Selangor
Tanpa tarikh, Terbit semula 30/12/2010.





MATA YANG MENYASIKAN

  

akan kehidupan alam semesta
kita pun mengerti akan segalanya
setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Inilah putaran di alam maya
telah dijadikan tuhan pencipta
untuk manusia melihat dan berfikir
sebelum kita datang dan kemudian pergi.

Matalah yang menyasikan
bersama perasaan hati dan jiwa
apabila sesuatu keadaan itu berlaku
kita pun dapat mengetahui dan mengerti.


Oleh: Nurimanja,
29hb, Disember, 2010.
selepas menonton Tv animal.




Rabu, 29 Disember 2010

BISIKAN ITU



kategori sajak GA -pesara

    Bisikan itu…
    Masih kudengari…
    Kalimah suci…
    Menggamit hati nurani..
    Bisikan itu…
    Terasa semalam..
    Berlalu di bawa bayu…
    Melintas sepintas lalu
    Bisikan itu…
    Masih kuingati…
    Kerana kutahu ia akan kembali…
    Menggamit diriku
    Menemui Ilahi…
    Lailahaillallah
    Bisikan itu…
    Makin terasa kehadirannya…
    Sedetik…dua detik…tiga
    Lailahaillallah
    Ya Allah…
    Aku menghadapMu…
    Kembali kepadaMu…
    Terimalah diriku…
    Lailahaillallah

   
OLEH: USTAZ RAHMAN
    masjid,
    2009 Disember 24 14:45






RASA GEMENTAR




Bila disebut namaMu
satu peringatan yang terang
lagi benar dan juga nyata.

Hati pun rasa gementar
bagai luluh sendi dan tulang
sehalus dedebu yang terbang.

itulah dosa-dosaku dulu
yang kini jatuh dari tubuh
bila diserami air sembahyang.

Suara azan dan iqamah
perlu dititis ke dalam kalbu
ditiup di telinga anak-anakmu.
agar terpahat rasa kebesaranMu.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
akhir 2009. sajak lagenda.





Selasa, 28 Disember 2010

DERITA INI & INGATAN DULU


 kategori sajak usia lama

1.DERITA INI

Di sebalik,
senyuman mekarku,
tersembunyi sebuah,
lukisan derita,

sampai bila,
akan ku,
sembunyikan,
tangisan ini

 
OLEH ATUK
ketika terkenang anak2 yg tak dapat balik beraya..


 
2.INGATAN DULU

Jadikan jalan ini gerbangnya
lipat kemas memori di dada
simpan sampai tiba waktunya
andai esok masih ada.

Usah hirau berapa lama
kita berdiri menatapi
wajah-wajah yang tinggal
fahami pemergian ini mesti dihadapi
bukan diratapi.

Kita yang tinggal
menggali kenangan
yang pernah tersemi
mengheret masa kembali
mengutip sisa-sisa harapan
punah dalam dakapan ingatan
terbekas di rantaian kerinduan.

 
OLEH: ATUK
merbok 3ptg.
3 .11, 2009




KITA PUN BAGAIKAN BUAH RANUM




Adakah kita pun
bagai buah yang ranum
telah lama masak ditangkai
menunggu masa untuk dipetek.

Bila masak begini
terasa kita bagai diintai
si pengait buah masak ranum
atau dimakan haiwan dan ungas.

jikalau nasib baik
masih ada di celah daun
jika tidak pasti akan dikaitnya
atau telah dipepah dengan galah.

Bagaimana buahan
kecil, muda, belum ranum
adakah mereka juga pun sama
si pengait yang cuma diperentah.

Aku tidak mahu jadi
anggur dipetek dan dipijak
kemudian disimpan dan diperam
lalu panaslah hasil dari kemerahan.

Aku mahu jadi betek
dipetek dengan jari tangan
lalu dikupas dengan kelembutan
dan dengan manis hati dihidangkan.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan sajak  lagenda
diterbit semula 28/12/2010




Isnin, 27 Disember 2010

MALAM PERTAMA ALAM BARZAH


kategori sajak berkumpulan 4 orang


   
Satu masa nanti kita pasti dirisik
    pertunangan sejak azali
    dihujung hidup berkahwin maut
    hantarannya sakit dan nazak
    tamu hadir menghadiahkan tangis
    pengantin dimandi
    dipakaikan baju putih
    wangian gaharu
    pengantin bersanding sendirian
    diarak keliling kampung
    kompangkan azan dan kalimah kudus
    aqadnya talkin walikan liang lahad
    bersaksi nisan-nisan
    siraman mawar keluarga
    malam pertama bersama kekasih
    yang dindingnya tanah
    menuntut janji perkahwinan
    kullunafsin zaiqatul maut..


    Ustaz Muda,Al-azhar,Ustaz mahfuz,Pejuang Islam

    selepas mendengar al bayan di masjid 
tanpa tarikh/terbit 27/12/2010.






DAHAGA ILMU


 -selamat hari krismas-

Jadikanlah dirimu
orang yang dahagakan ilmu
seperti mana manusia dahaga air.

Jadikanlah dirimu
seperti kawasan yang lebah
bukan gunung tidak menakung air.

Hiasilah dirimu itu
seperti pokok dahagakan air
akarnya menerjah kemana sahaja.

Jadikanlah ilmu itu
seperti air minuman seharian
jika bertambah tidak hilang dahaga.

Ikutlah pepatah cina
di mana saja ada air mengalir
di situlah  orang cina akan sampai.

Oleh: nurimanja,
Catatan 17hb/10/2010.
bila terkenang zaman dahulu.




Ahad, 26 Disember 2010

SEKOLAHKU



kategori sajak kanak-kanak

sekolahu
Indah sungguh sekolahku,
Dengan padang yang menghijau,
Bangunan yang tersergam indah,
Guru dedibkasi murid berdisiplin.

Sekolahku,
Tempatku menimba ilmu,
Tempatku mencurah bakat,
Tempatku belajar apa itu kehidupan,
tempatku mendisiplinkan diri.

Gurunya,
Sentiasa berdedikasi,
Mengajar dengan tekun,
Supaya murid-muridnya berjaya.
Muridnya pula,
Sentiasa berdisiplin,
Hormat akan guru,
Sentiasa berusaha untuk masa depan.
Aku sayang sekolahku,
Sekolahku telah maju,
Segala-galanya ada untuk kemudahan muridnya,
Aku bangga dengan sekolahku.

OLEH : MOHAMAD AKMAL
12.10.2009
kt sekolah dlm kelas




DIMANA SILAPKU ?





Kini aku pun telah tahu,
semuanya pembohongan
tetapi  kelu untuk berkata
malahan telah mengiyakan
dimana salah peganganku
yang melambangkan Islam?

Adakah aku ini bersubahat,
ataupun ajaran islam tersalah
mengapa mesti diputar belitkan
sesuatu yang mungkar dan fasyik
halalkah wang perjuanganku ini
berkawan dengan ahli syaitan.

Aku telah dilanda kemelut?
bagaikan dalam kebingungan
sama ada berhenti atau mengikut
aku perlu bertanggung jawab
pada kepercayaan pengikutku
untuk ke syurga atau ke neraka...


Oleh: Nurimanja,
catatan yang mengaifkan hujung 2010.






Sabtu, 25 Disember 2010

SELAGI





Selagi itu kau senyum sendiri
selagi itu kau berkerut dahi
selagi itu jiwa kau merintis
selagi itu otak kau terganggu
mengurut misai dan janggut
berat mata memandang
rasa ada yang tak lengkap
rasa ada tak sempurna
rasa yang dicari tak jumpa
bibir bagaikan berbisik sesuatu
jari bagaikan melakar sesuatu
mata bagikan tercari sesuatu
fikiran entah kemana
selagi itu
puisi yang tersembunyi
seorang penyair bagaikan berduka
bagaikan bertapa dikota sunyi
bagaikan hilang dirimba berduri
luahkanlah segala
luahkanlah segala
apa yang difikir semua
berupa kiasan kalimat
bagaikan emas permata
tersimpan dalam peti harta
tersembunyi didalam bumi
alih dari pandangan mata

 
Oleh: Penyajak Istana
Bagan Serai
2ptg2009 November 25 18:31





KEMBALI KE LANDASAN SEBENAR





Jika kamu telah jatuh!
dari perjalan yang tergelincer
kembalilah ke landasan yang sebenar
agar perjalanmu kini tidak akan sia-sia.

Begitulah keretapi laju!
tidak akan menerus berjalan
jika tidak duduk di landasan sebenar
kerana sukar sampai ke arah hala tujuan.

Begitu kita yang gelincer
bersegeralah muhasabah diri
kembali semula ke jalan yang benar
semoga kehidupan kita  penuh berarti
sebelum perjalanan kita ini diarah berhenti.

 
Oleh: Nurimanja,
2hb September 2010.
semasa perjalanan ke Perak.




Jumaat, 24 Disember 2010

WAKIL RAKYAT


kategori sajak kumpulan ramai

 
Cinta paling suci ,
cinta pada Illahi .
Perjuagan paling suci ,
perjuagan menegakan hukum Ilahi .
Jika kamu berjuang kerana Tuhan mu
Teruskan lah perjuagan mu itu
padamkan dalam kamus perjuangan mu perkataan berhenti .

Teruskan .....
Andai di ADUN dan PARLIMEN kamu tidak menang ,
itu cabaran ...
itu ujian ...
kamu belum tewas kalau kamu tidak berhenti..................
cuma kamu belum berjaya .......
Katakan terus berjuang ......

Andai berjaya di ADUN dan PARLIMEN ,
ucaplah tahniah sesama pejuang ,
cakap lah pada ayah bonda mu kau di kurniakan kemenagan oleh Illahi ,
cakap lah pada anak isteri atau suami mu kau di kurniakan kemenangan oleh Illahi ,
Syukur lah pada Tuhan.........

lihat lah kehadapan ,
banyak lagi medan pertandingan yang perlu di menangi .........
Berjanji lah .......
Hidup dan mati kerana Allah Yang Maha Suci .

 

Oleh: Geng Pang Enam
dalam asrama
5 petang





NILAINYA SEDENYUT NADI





Terbuka kembali kedua kelopak mata
terasa sendenyut nadi belum berhenti
segala puji bagi Allah yang menghidup
  mematikan segala makhluk di dunia ini,
mendenyutkan  jantung  kami berdegup
hidung  masih  lagi mengedut  udaramu
mengerti  kami tubuh masih bernyawa.
kalau masih  hidup ada tanggungjawab
Alhamdulilah syukurlah pada Allah swt.
Bila terdengar suara azan bekumandang
jawab, solat itu lebih baik daripada tidur,
perlulah segera dan bingkas ambil wuduk
jawab suara azan yang mendayu menyeru
tunaikan solat ferdu subuh dua rakaat itu
Allah maha besar! Tiada tuhan disembah
melaikan kau Ya  Allah yang maha Agung
Engkau masih lagi menghidupkan diri kami
 setelah kami bangkit dari pada mati kecil
sebenarnya hanya Engkaulah  yang telah
menhidupkan kami dan mematikan kami
kepadamulah Ya Allah kami akan kembali.


Oleh ; Nurimanja, 
Simpang Tiga,Kuala Kurau, Perak.
16hb, November, 1972.



Khamis, 23 Disember 2010

TINDAKAN DAN KATA



Kategori bukan rakyat malaysia


Aku memberi orang-orang
apa yang mereka inginkan.
Aku membawakan sajak kerana mereka
menyukainya sebagai hiburan.
Di negaraku orang tak suka puisi.
Sudah lama aku mencari orang yang
menginginkan tindakan,
tapi mereka semua ingin kata-kata.
Aku tunjuk tindakan pada kalian
tetapi tidak seorang pun suka
Maka aku hadirkan padamu kata-kata.
Ketidakpedulian yang bodoh
akhirnya membahayakan,
Bagaimanapun hatinya satu denganmu.

 
Oleh: QAREEN HUSSIEN 
Bukan rakyat Malysia.
Pelajar Pengagian Bahasa UUM, Sintuk. Kedah






ORANG MUNAFIKUN




Orang munafikun itu
mengaku dirinya Islam
di kalangan orang beriman
hatinya tidak pun ikhlas
tetapi Allah membernarkan
mereka bersama orang beriman.

Tetapi sesungguhnya
Allah amat mengetahui
isi hati orang munafikun itu
Allah sengaja membiarkan
untuk menilai kebenara mereka.

Bila Allah memerentah
orang yang beriman sujud
mereka beriman lantas sujud
bagi orang munafikun gagal
tulang belakang mereka keras
tertunduk atau pun terdongak
selama 40 tahun kira lamanya
Allah menampakkan impaknya
sewaktu kepuraan di dunia dulu
kini terimalah padah akibatnya.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
dari penceramah bebas 2009.





Rabu, 22 Disember 2010

BILA TIBA 2012



sajak kategori bukan Islam.


 
Bila tiba 2012
mentari telah tak bersinar lagi
pergi meninggalkan dunia ini
bila tiba 2012 dunia....
menjadi begitu gelap dan dingin
begitu pekat dan menyayat
oleh suara kematian

bila tiba 2012 semua....
menjadi beku dan diam
tiada lagi gerak.
nafas-nafas hangat
2012 perasaanpun tiada
sementara sang kematian
menghinggapi ke semua tanah

 
Oleh: KELVIN CHONG
kolej lim kok wing





ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI



-buat sdra baru di blog CR, amin

Allah  itu
maha mengetahui
berkehendak kepada
sesiapa yang dia sukai

Jika dahulu
kalian hanyut jauh
kini akan kembali
kepada cahaya Ilahi

bukan semua
insan yang dapat
tergerak rasa hati
menjadi pilihanNya

Bersyukurlah
kalian diberi hidayat
mendapat jalan lurus
menerima  keredhaan
daripada taqdir Ilahi.

Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda akhir 2009.





Selasa, 21 Disember 2010

GULI BERKILAT



Kategori sajak keluarga

Aku tidak kenal mereka
setiap pagi mereka datang 

bertanyakan cara menanam sayuran
tentang menternak binatang
mereka berdiri di bendang sana
membelek-belek benih itu dan ini

Setiap pagi minggu mereka datang
ambil gambar warna ulat kecil
segenggam tanah atau sekepal lumpur
kemudian mereka duduk mencatatkan
memilih membanding membincangkan
garis-garis merah dan biru di sana sini

Aku tidak kenal pada mereka
aku harap mereka menemui
apa yang merka cari selama ini
hanya aku tidak tahu apakah
yang harus kuperbuat
pada ratusan guli-guli berkilat
yang mereka tinggalkan
setiap kali mereka datang ke mari

OLEH: ABANG & ZIARAH MAKRIFAT
Bicara seorang Atuk dengan cucunya
2009 November 9 00:52




MENCARI AURA SEBENAR




Bertahajudlah di hujung malam
akan ada tanda-tanda untuk kemuliaan
selalulah membaca dan bertadabur al quran
pasti akan diberikan hidayah nur pada hati
dan amalkan solat sunat dhuha stiap pagi
nescaya ada rezeki datang tanpa disedari
biasakan pergi masjid solat berjumaah
akan ada kemesraan mudah dikenali
bersedekahlah bila hidupmu mewah
akan dihapus dosa-dosa kecil dulu
berwuduklah pada setiap masa
sentiasa dalam kebersihan jiwa
beristakfar berzikir tiap masa
semoga diampun segala dosa.

Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda catatan biasa,
tanggal 15hb, Muharam, 1432.





Isnin, 20 Disember 2010

JIRAN



kategori sajak saudara baru




Bersahabat biarlah setia
Perasaan sahabat kenalah dijaga
Kepentingannya utamakan dari diri kita
Begitulah kalau mahu bersahabat dengan sesiapa
Jiran kita anggaplah keluarga
Kerana jiran orang yang terdekat dengan kita
Tengok-menengoklah,
bantu-membantulah sesama jiran
Kehormatan jiran kenalah dijaga
Keburukkan jiran jangan dijaja-jaja
Beri-memberilah sesama jiran tetangga
Ketika jiran tidak ada di rumahnya
Rumahnya kenalah kita jaga
Sikap kita jangan sampai mengganggu jiran kita
Begitulah di antara rukun berjiran dengan kita



Oeh: Leonard Abdullah
ketika seminggu memeluk islam bersama lagenda pulau
20.9.2009







PUISI ORANG BANJAR





Kalau sudah tuhak
duduk di taman perumahan
tetapi apa satu pun tidak tahu
sama sajalah seperti wariyak tuhak.

Kalau sudah ganar
tetapi solat tidak keharuan
kekadang buat kekadang tidak
samalah seperti berbelangan kucing.

Kalau sudah berbinian
masih mengaku bujangan
isteri anak cucu tiak keharuan
hidup dan mati menjadi tidak keruan.


Oleh: Nurimanja,
Mengenang kata ustaz saya.
hampir mengalir airmata alfatihah, 2010.




Ahad, 19 Disember 2010

MIMPI KAMI SAMA




kategori sajak bersama


 Malam itu aku tidor ,
bersama air sembahyang di badan masih basah,
kami bermimpi panjang ,
insan yang telah mati kami temui .
kami jumpa seorang bernama Hassan
kata nya " Aku lah Tok Janggut ,
kami di tembak penjajah ,
aku tidak mati ,

Aku hidup di hati mu "
kami di ajar ilmu persilatan sejati
kami bertarung menggunakan pelbagai senjata ,
senjata senjata yang amat tajam ,
boleh memutuskan tulang dengan sekali libas ,
bangga nya,
kami berdua di iktiraf menjadi murid nya yang sejati ,
di anugrahkan bengkong warna merah
kami terima dan cium tangan nya sepuas hati .

Bila kami berdua terjaga ,
kami berpandangan
kami berdua bermimpi yang sama,
walaupun itu hanya mimpi

Tapi Di hati kami ,
jadi kami bertekad ,
bila diperlukan ,
akan kami guna ,
mempertahan kan ugama ,
bangsa dan tanah air ku yang tercinta .
Semoga Tuhan memberi kekuatan untuk kami berdua.


PEJUANG ISLAM DAN USTAZ MUDA
pukul 4 pagi
selepas kami berdua terjaga serentak
di dalam sekolah pondok.




KEEGOAN MEMBUNUH PERPADUAN



Bukankah Islam itu patut bersaudara
tapi keegowan pula mengambil tempat
lalu berani menidakkan ajaran tersebut
itulah satu keegoan mengusai keadaan.

Keluarkanlah sikap keegoan dalam diri
kerana perpecahan sikap Allah murkai
mengapa mesti elak usaha perpaduan?
adakah kita kini lupa sunah dan Quran.

Mari berpekang teguh dengan tali Allah
ambillah akan contoh kisah dan tauladan
persaudaraan orang muhajirin dan anssar
semoga kejayaan besar di hari kemudian.

Kerisis keyakinan keimanan agak longar
lihat akibat mementingkan rasa keegoan
buangkanlah semua itu kerana Allah swt
irat perpaduan persaudaran sesama kita.


Oleh: Nurimanja,
catatan dini hari 2010.
hujan pagi jam delapan Ahad.




Sabtu, 18 Disember 2010

EPILOG BUAT PENYAIR



(kpd semua sahabat citra rasa dan en nuri)


kian jauh musim berlalu meninggalkan pelabuhan ingatan
kian merentang jauh memisahkan kita
kian kelam suram talian rindu
kian padam ilham untuk bicara
kerna musim silam jauh berlari
meninggalkan kita dan meninggalkanku
menjadi aku yang baru
kini kukembali memeta kata
demi rinduku pada puisi
demi kasihku pada alam kita


OLEH: PENYAIR AGUNG
di jerantut pahang
18.9.2009
(kategori sajak terbanyak 2009)




PENING! PENING!





Aku ini adalah ketua
kepada sebuah negeri,
di pulau berbilang bangsa.

Tapi, kenapa ada sahaja,
apa yang dibuat serba tak kena
ada yang marah dan menghina.
semacam tidak kena semuanya.

Bila aku mula hendak  buat projek,
padang tennes di padang kota lama
projek perumah kampung buah pala
projek perumah tanah masjid di jelutung
tempat pengajian tinggi di balik pulau
hadiah  wang ihsan pada warga mas
perniagaan ramadhan marah di komtar
arah hentikan laluan keretapi berkembar
Semuanya sia-sia belaka,  macam tak kena.

Apa  yang mereka mahu?
aku sendiri pun tidak tahu
malah, mereka kata aku penipu
halau aku balik ke negeri asalku
susah juga jadi seorang ketua rupanya
di dalam sebuah negeri di utara tanah air
di sebuah pulau indah yang digelar mutiara..

Oleh: Nurimanja,
catatan dari pemerhatian,
Berapa bulan lalu,  November, 2010.




Jumaat, 17 Disember 2010

AKU MELAYANG



kategori sajak bukan orang melayu


Aku tahu harus akui
Aku juga tahu kalau harus bungkam
Tapi aku tak mahu kalau aku
Harus tidak melayang
Aku tidak melayang
Meski sayap harus tiada
Meski kaki digergaji
meski tubuh ini harus dibakar
Karena melayang ke angkasa luas
Adalah hidupku betul-betul hidup
Tak perlu tubuh apalagi sayap kaki

Kau ingin bungkam aku
Silakan
Kau ingin bakar tubuhku
Silakan
Tapi diriku tetap melayang
Meski dalam sendirian
Sampai mentari kugapai
Dan, aku hangus lebur di dalamnya

Oleh: Lukiee
dlm kapal terbang
11pagi2009 Disember 25 04:55 






ANAK PERIBUMI MUTIARA



anak-anak peribumi di pulau ini
telah  terpesung dari kehidupan
kerja mereka  membuang masa
ponteng,  tipu guru dan ibubapa
masa belajar bukannya  melepak
bukan rokok, gam, sabu, kaltum
cakap lepas, perkataan tak enak
bersorak, bertempek sesuka hati
maki sindir herdek sama sendiri
siapa dengar rasa meluat sekali
tetapi semua ini telah pun sebati
buat bising seperti kera di hutan
Inikah sebenar budaya  melayu ?
tidak beradap sopan tidak  malu
sering menganggu ketenteraman
nasihat jiran  langsong tidak kisah
bertindak  ikut suka hati mereka
jika begini kelakuan pasti hanyut
hancur anak peribumi di pulau ini
musnah generasi harapan bangsa
jikalau dibiar hidup jadi merempat
kerana terlalu asyik  buang masa
boleh tercapai wawasan  negara?

Oleh: Nuriamnja,
kerana hidup bergelut masa
anak anda sendiri menjadi mangsa.
jumaat 11 Muharam 1432.



Khamis, 16 Disember 2010

KEPADA KELUARGAKU


lebihkan pebelanjaan ke atas keluargamu'


Aku tengah melantunkan lagu dan cerita
kepada keluarga isteri dan  anak-anakku
demi tentang membina sebuah kehangatan
dan kemesraanaan dalam berumah tangga,

Aku sering saja memujuk hatiku ini,  agar
dapat membahgiankan kami sekeluarga
aku selalu menyerah segala jiwa ragaku
demi untuk kemakmuran kedua hati mereka,

Aku kepingin tetap bersama mereka selalu
walaupun dalam kesukaran suka dan duka
aku harap mereka bahagia dan sejahtera

Dini hari  aku akan berjanji pada dirii....
selagi masih bernafas aku ingin selalu disisi...
membimbing dan menjaga anak dan Isteri
begitulah janji hati kecilku ini sebagai insan
yang digelar seorang ketua dalam keluarga.

Oleh: SAIZUL MAIZAV
KETIKA MAKAN ROTI CANAI SALAM
3.12.2009
PUKUL 11 PAGI  (7)n1






Rabu, 15 Disember 2010

MELIHAT DENYUT NADI KOTA




Kisah hidup hamba Allah
dibayar keringat dengan rezeki
menyara enam anak bersama isteri
sekadar untuk hidup jangan kelaparan
bekerja dari jam 4 pagi hingga ke 11 malam.

Jam 4 pagi sapu sanpah
7 pagi upah potong kepala ikan
9 pagi  kerja jual akhbar di tepi jalan
12 - 4  petang kerja hantar alat perabut
8 - 11 malam bantu niaga warung kedai kopi.

Pendapatan cuma  seribu
cukupkah nafkah anak dan isteri
untuk bergelut hidup dicelah kesesakkan
di tengah kota mutiara penuh  mencabar ini.

Saya ini orang pendatang
sudah lama tidak mahu pulang
sana negeri lagi susah mahu cari makan
sini mari sikit-sikit boleh hidup tara apa tuan.

Oleh ; Nurimanja,
waktu ke pejabat agama,
berbual dengan hamba Allah.
penghujung di  bulan September, 2010.





.AKU BERHENTI




Aku berhenti Sejenak....
untuk lapangkan jalan darah
di kaki dan hati
menanti mentari pagi
aku berhenti Singgah.....
bukan untuk menetap
hanya sebagai....
tempat melepaskan lelah

aku berhenti Siapkan....
perbekalan esok pagi
untuk hadapi...
pertemuan lusa
aku Berlabuh....
bukan untuk berhenti
hanya sebagai....
tempat memantapkan diri

Profesor Lanang
Melaka2009 Disember 6 14:26 (pilihan)




10 MUHARAM ADA CERITA TERSENDIRI




10 Muharam banyak hikmahnya,
di antaranya;
Adam dicipta padanya
Noh terselamat dari banjir besar
Daud diterima Allah taubatnya
Ibrahim diangkat murtabat
Musa selamat dari buruan Firun
Sulainan kerajaannya dikembalikan
Yunus selamat dari perut ikan nun
Ideris dihidupkan semula dari rasa mati.

10 muharam banyak fadilatnya,
di antaranya;
Puasa sunat 9 dan 10
buat kenduri bubur asyurah
membaca doanya berbuka puasa
bersedekah kepada fakir anak yatim
pebesarkan belanja pada keluarga kita
Insyaallah dijamin rezeki sepanjang tahun.


Oleh: Nurimanja,
Catatan rengkas cuma,
10hb, Muharam 1432 Hijrah






Selasa, 14 Disember 2010

JIKA KAU DI PUNCAK



-buat 6pang atau pang6-

Kawan!
Jika kau di puncak
Jangan lupa aku di lembah
Dan jangan lupa keturunan kita,

Kawan!
Jika kau di awan
Jangan lupa aku di bumi
Dan Jangan lupa rumput di kaki,

Kawan!
Jika berada di puncak
Dan tangan mencapai awan,
Akan Aku doakan kesejahteraanmu,

Kawan!
Jika berada di awan,
Berbedakah persahabatan kita?
Cuma satu kuharapkan jalinan mesra,.


Oleh; Mawar Putih, (4)n1
Tanjung Asam, Pulau Pinang,
Pertengahan Oktober, 2009. 


BILA KUKENANGKAN





Aku rasa,
paling menarik
tapak kakiku
berukur dua jari,
sedang bibirku
menyedut susu
mesra  didakap
dan dipeluk ibu
Ah, enaknya!
dan damainya
rasa hatiku.

Kini cuma,
satu kenangan
sekali datang
menyingkap cerita
bermain di hati
kini aku mengerti
fasrah  diri
seorang sepi
bila ibu ayah
tiada lagi
di dunia ini.

Oleh: Nurimanja,
Sajak lagenda 1972,
Terkenang kemasa dulu.




Isnin, 13 Disember 2010

HUJAN PUN BERGURAU

3

Hujan pun bergurua,
Engkau bagai tahu sahaja
sewaktu aku turun dari rumah
kau pun turun dengan lebat mencurah.

Dicelah kehidupan,
Aku ingin menyelesaikan
Sehingga aku pulang ke rumah
kau pun mulalah beransur dan berhenti.

Hujan pun bergura,
di celah-celah kehidupan
aku acapkali sahaja terperagkap
dalam kekalutan dan kemelut kehidupan.


Oleh : Nurimanja,
Sewaktu hujan turun
sajak lagenda ikut masa 2010.




Ahad, 12 Disember 2010

LAGAKNYA





Lagaknya umpama profesur,
Lagaknya umpama doktur,
Lagaknya umpama ulamak,
Lagaknya umpama pendita besar.
Sayang jiwanya kosong

Sayang hatinya santai
Sayang kalbunya kalut
Sayang akalnya fikir duit
Bukan lagak hancur Tapi akal jua,
kerna Diperintahnya negara hancur

Tapi bulan yang sentiasa besinar
Walaupun malap cahaya tetap ada
Buka seperti matahari yang cerah pada waktu siang
Malam hanya Membebankan rakyat
Takbir! Allahuakbar!

Oleh: Bulan Terang  (4)n1
11mlm  2009.
seleapas ceramah tok guru




AKU HARUS BERKATA - KATA




Aku melewati kata...
kini kumengerti...
bahwa aku juga harus berkata-kata
dengan semua mulut yang ku punya

Aku telah menggosok lumut di tembok
tapi tembok lain lumut itu tumbuh
terus akan selalu begitu...
aku akan terus menggosoknya

Aku telah makan hati
aku juga telah memakan...
pahit itu sehingga....
aku harus terus memakan

Aku telah mendapati pendapatan
juga tak kedapatan
akhirnya aku harus memikul api
yang tak kunjung padam


Oleh: Ustaz Muda (4)n1
2.11.2009



BILA AKU PULANG KE DESA





 Bila aku pulang ke desa
ada saja berita menyedihkan hati
lepas satu, satu, dengar  pergi
lelama habis semua sekali...

Dahulu pun mak uda meah
lepas sebulan dua pak anjang sharif
hari kini pula pak ulong jantan
entah siapa pula lagi selepas ini......

Hati pun rasa sayu dan pilu
bila sesekali aku mengenangkannya
habis lepas satu, satu lagi pergi
untuk meninggalkan desa ini.

Yang tinggal cuma anak muda
aku pun tidak kenal mereka anak siapa?
mereka juga bagai terpinga-pinga
melihat aku pulang ke desa.


Oleh: nurimanja,
bila hampir bertahun
lama tidak pulang ke desa
catatan 10hb, desember, 2010.

Sabtu, 11 Disember 2010

SEORANG LELAKI TUA




Seorang lelaki tua
tiba-tiba merasakan
kehilangan sebuah sungai
tempat dulu petang-petang begini
bermain dengan teman-teman.

Seorang lelaki tua
tiba-tiba merasakan
kehilangan sebuah halaman
tempat dulu sewaktu kecil
mendengar ibu bercerita tentang sekian dongengan.

Seorang lelaki tua
tiba-tiba bagaikan terjaga
berdiri di antara bangunan-bangunan tinggi
asing dan menyepikan
di kelilingi asap dan debu
kering dan melemaskan.


Syeikh Al-habib  (5)n1
selepas melihat seorang tua daif
di masjid





Jumaat, 10 Disember 2010

BERPUTUS ASA ITU DARI IBLIS




Iblis bersumpak kepada Allah swt
kami akan cuba menyesatkan manusia
tetapi, Allah tetap menyatakan yang hak
itulah penekanan ayat Allah tanpa dirombak
malah syurga dan neraka itu akan dipenuhi
dengan mereka yang memelih jalannya.

Bagi orang-orang yang beriman dan degil
bacalah ayat-ayat  al Quran untuk peringatan
jadilah penentu kebaikan untuk keikhlasan
jangan sekali putus asa dengan nekmat Allah
kerana berputus asa itu daripada godaan iblis
lakukanlah kerja-kerja mengikut kemampuan.

Oleh: Nurimanja,
4hb, Disember, 2010.
malam hari ebelum tidur.




KOSONG




Kosong,
segalanya nampak kosong
Aku nampak kosong
dalam matanya
Aku nampak kosong
dalam dirinya
Aku nampak kosong
dalam hatinya
Aku nampak kosong
dalam hidupnya
Permainan kosong ini
sudah sampai ke hujungnya
Aku akan tetap kosong
dan aku akan terus membiarkan segalanya
nampak kosong

Oleh: Puteri Bunian  (6)npscr1
Asrama KUISS
19.12.2009 






Khamis, 9 Disember 2010

ALLAH BERSUMPAH




 Allah bersupah pada waktu;
demi masa, demi waktu dhuha
demi waktu malam yang hening
Allah tidak pernah membuang
atau membencikan pada kita,
seakan-akan  sama seperti nabi
yang lama tidak terima wahyu
lalu Allah memberinya semula,

Allah tidak membuang kita;
sebenarnya  kita yang selalu
rasa tersalah sangkakannya
apabila ditimpa satu musibah
sengsara menghadapi hidup,
kita pun menyalah takdir Allah
sebenarnya adalah sebagi ujian
untuk  Allah menilai keimanan.

Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
penghujung bulan tiga 2009.




BILA ALAM MELUAHKAN KATA




Yah....begitulah...
alam selalu berbicara
tapi ada waktunya...
alam berteriak keras dan lantang

Mengapa?
Untuk memfungsikan kembali telinga kita
membuka mata menghentikan sepak terjang kita
yang melewati batas

Yah....begitulah...
semuanya...adalah....
hasil dari tangan-tangan kita
sebagaimana....
Allah firmankan dalam Al Qur'an

Oleh: Lagenda Pulau  (5)n1
Asal Serawak,
kerja di Pahang .





Rabu, 8 Disember 2010

ADA PANDANGAN RAPUH




Jika ada pedebatan orentalis
sekadar cuma satu permaian
direka atau helas puak zonis
tanpa ada dalil semua terbatal.

Pendapat ahli falasafah barat
sering saja diagung-agungkan
terasa bagai ke anak-anakkan
nakal terjun ke dalam kolam.

Kerana kita punya rujukkan
pada kitab al Quran dan sunah
dan dijamin sepanjang zaman.

Kefakiran dan juga kemiskinan
merupakan satu hikmah Allah
bila kekayaan yang melimpah
sering cetuskan persengketaan
mana mungkin jiwa tidak tenang
dapat masuk ke syurga Aallah.

Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
pada pertengah tahun 2009.




Selasa, 7 Disember 2010

MERINTIH PILU



sayup ku biar perasaan ini mekar
menimpa diri yang malang
namun siapa tahu hati ini
selalu ku damba tetapi tak dapat
meraih rindu dari seorang perindu
akan adakah rindu buatku?
aku tahu kau juga begitu
namun rindu tak terucap
kerana rindu itu sudah tandus
dek kemarau yang panjang
hiba ku tanggung duka
duka ku tanggung derita
buat maha pencipta
aku sujud memohon padaNya
pada diri yang merasa hina
dari insan yang bergelar durjana
akan adakah sedikit ruang
kemaafan untukku?

Oleh; Seri Suri  ( 8 )n1
penulis sajak wanita terbanyak.