Isnin, 30 November 2015

AKU MENCATAT PUISI







133.AKU MENCATAT PUISI

Aku mencatat puisi
Setiap pagi dan petang
Bukan mencari sebuah nama
Sekadar mengisi usia meniti senja.

Waktu senja indah
Dipenuh warna warni
Memori juga datang kembali
Mengingatkan kembali kisah sukaduka.

Kerja mencatat puisi
Wadah kegemaran aku
Bagaikan satu santapan harian
Jika tidak mencatat rasa satu kehilangan.

Lantas aku menekan
Huruf-huruf di kompitar
Apabila ilham telah mendatang
Aku mencatat tidak siapa boleh menghalang.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.55 pagi
Sabtu 28hb November 2915.

Ahad, 29 November 2015

ORANG ISLAM YANG BERTAKWA



131. ORANG ISLAM YANG BERTAKWA

Masyarakat orang Islam yang takwa
Sentiasa mendapat rahmat Allah SWT
Sifat Takwa ini ada zahir dan batinya
Setiap yang zahirnya kita yang tahu
Tetapi  bagi sikap yang batin itu pula
hanya  Allah yang maha mengetahui.
Tiap takwa itu yang dinilai Allah SWT,
Bukan  terlalu banyak ambil yang halal
Nanti boleh jadi  hilang nilai ketakwaan
Seperti ambil daging korban berlebihan,
Orang yang bertakwa selalu memadai
Bukan sikap terlalu tamak pada dirinya
Atau pun selalu saja berfikir tidak cukup
Sering mencari peluang dengan percuma
Untuk ambil kesempatan tanpa bayaran.

Oleh Pena Utara
Catatan jam 7.10 pagi
Tanggal  27hb November 2015.

Sabtu, 28 November 2015

STRESS PEMBUNUH DALAM SENYAP






130  STRESS PEMBUNUH DALAM SENYAP

Stress itu mungkin satu pembunuhan dalam senyap
Ramai juga orang yang tidak dapat mengetahuinya
Jasteru itu berhati-hati dan berwaspadalah selalu
jangan terlalu banyak dibebani tugas kerja seharian

Disebabkan mungkin kita  rasa tertekan atau stress
Dalam satu keadaan yang tidak menyenangkan hati
Maka setiap urusan harian juga tidak berjalan lancer
Tambah pula utang kita menimbun sukar di langsaikan.

Penyakit stress ini akan jadi pembunuh dalam senyap
Sebaiknya berusaha mencari ketenangan dan pasrah
Ubat penawar paling kermat munajat di hujung malam
Hanya kepada Allah SWT sahaja kita mohon berserah


Oleh Nuri Manja,
Catatan jam 8.00 malam
Sabtu 21hb November 2015.