Selasa, 24 November 2015

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

  

 
127 SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

Bila disebut syurga itu di bawah tapak kaki ibu kita?
Menunjukkan kehebatan satu kedudukkan seorang ibu
Jika seorang anak tidak dapat  doa rastu ibu bapak
Dosa anak kepada ibu tidak akan dapat keredhaainya .

Hari ini kita dengar cerita yang amat menyedihkan
Ada anak-anak durhaka pukul, sembelih ibu bapaknya
Sedangkan bau syurga itu 500, ribu tahun perjalanan,
untuk kita memasuki Syurga tanpa ada keredhaanNya?

Ada  anak-anak menjadikan ibu bapak sebagai hamba
Mereka jaga cucu, hantar ke sekolah pergi dan balik
Sedangkan ibu dan bapak telah tua perlukan kerehatan
Kerana menjaga anak-anak dari kecil hingga ke besar.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan 12.30 tengahari 
Tanggal 19hb November 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Assalamualaikum rerakan Fb!

CUTI SEKOLAH BERMULA
HEBAT : Pagi-pagi lagi sudah ada budak-budak sekolah rendah dah pandai minum di kedai kopi. Pak salam baru tebar seketul dua roti canai , Dua orang budak dah minda roti canai banjir dan teh ais.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Budaya ini kalau diamalkan memang di satu masa dan ketika nanti ramai lelaki yang tak suka makan di rumah celek mata kedai kopi . Tidak pun tak tahu latar belakang mereka , mungkin mak dan bapak bekerja siang malam ikut shift . Ada duit bagi sajalah asalkan anak-anak tak lapar . Nak kata apa ? Itulah keadaannya.
Tinta Azimad

nurimanja49@gmail.com berkata...

MARAHNYA SEORANG SUAMI

Macam-macam nak jadikan cerita pagi ini . Ada se pasang suami isteri umur 60an keatas datang dari KL singah di rumah kakak angkatnya di Penang, teringin nak makan nasi kandar Singgah Astana Restron Nasi Kandar belilah seorang sebungkus dengan air teh tarik lebih kurang RM15.00 jumlah semua.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Makan punya makan. Nampak berselera sambil bersembang kononnya nasi kandar di KL tak sama dengan Penang punya nasi kandar , rasanya lain air masakan tak sama agaknya. Bila dah berumur maklum sajalah, gigi palsu nak tercabut longgar sikit agaknya, Si suami ini buka dia letak di bkertas bungkus nasi kandar yang sedang dia makan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Makan punya makan, sembang punya sembang. Lincin nasi kandar dimakan si suami . Habis makan si isteri ambil kertas sisa bungkusan nasi kandar itu di peronyoknya dan di masukkan ke dalam tong sampah . Al maklumlah udah berumur ini dia lupa banyak . Waktu balik dia sedar dalam kereta dekat rawang gigi dia tak ada . Apa lagi marahnya seorang suami.

Itulah kisah contoh dan tauladan . bila kita dah tua nanti. Sebaiknya sepasang suami isteri bila dah lanjut usia ini duk baik-baik jangan gaduh-gaduh nanti kita buat gigi lain okey!
Oleh: Tinta Azimad
Catatan 19 November 20115.