Khamis, 31 Disember 2015

CUKUP SAMPAI DI SINI SAHABAT






160.CUKUP SAMPAI DI SINI SAHABAT

Cukup sampai di sini sahabat
Perjalanan kita telah hamper tamat
Kita telah meniti di hujung tahun 2015 ini.

Maka bersiap sedia lah kita
Untuk mengharungi pula tahun baru
Dengan penuh mencabar tekat yang kuat
Bekerja keras lah kita  dalam tahun 2016 nanti.

Jika kita telah pun bersedia
Merancang untuk buat dua kerja
Teruskan jangan fikir apa orang lain kata?

Kerana kesusahan dan kesenangan kita
Adalah hasil usaha titik peluh kita sendiri
Mengapa kita mesti dengar pandangan
Cerita–cerita negatif yang menyusahkan kita?

Jangan lagi malu dan segan
Mulai lah melangkah untuk tahun hadapan
Dengan  azam  dan keceriaan menghadapi zaman.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 710 pagi
Selasa 29hb Disember 2015.

Rabu, 30 Disember 2015

BILA AKU JADI GELADANGAN






152. BILA AKU JADI GELADANGAN

Aku bukan ingin jadi geladangan
Aku juga tidak mahu merempat
Tetapi apa yang aku boleh buat
Jika sudah nasibku jadi merempat.

Di sini aku cuma ingin berteduh
semalam atau dua malam sahaja
lusa aku belum tahu ke mana pula
jika keadaan telah pun memaksa.

Aku kini tidak punya apa-apa
Melainkan hidup miskin dan hina
Tangkap lah aku tidak ada masalah
Bila ditahan ada  makan percuma.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan Ahad 8.00 pagi
Tanggal 20Hb Disember 2015.