Sabtu, 25 Mac 2023

JANGAN BIARKAN KEGANYUTAN DIKETAWAKAN ?

 



                    



 


JANGAN BIARKAN KEGANYUTAN DIKETAWAKAN ?  


Jangan biarkan

Keghairahan  terus menguasai

Sehingga rasa penghormatan yang diperolehi

Telah hilang bagaikan dirampas rasa keegowan dan kerangkusan

Amat memalukan keturunan bangsa kalua genarasi muda menilai  keganyutan kita?

 

Sebaik insaflah

Dimana hilangnya penghormatan

Jikalau keghairahan kita waktu madu masih

Menguasai akan nafsu serakah kita yang begitu tamak dan haloba

Sehingga dunia sekeliling luar dan dalam negara mentertawakan usia keganyutan?

 

Bukan menghina

Sekadar peringatan yang total

Buat seorang yang bernama dan dihormati

Perlulah menjaga tingkah laku dan adap sopan yang berwibawa

Akhir patun mengingatkan hutang emas boleh dibayar hutang budi dobawa mati ?

 

Oleh Pena Runcing,

Catatan jam 9.30 pagi

Hari Isnin  Tarikh 20/3/2023


KEBODOHAN APAKAH INI ?





KEBODOHAN APAKAH INI ?


Kebodohan apakah ini ?

Setelah kita tahu

Pepatah mengatak

 Bercerai kita robo

Bersatu kita kukuh 

Tetapi itulah bangsa kita ?

Gemar melakukan

Kerja onar dan mungkar

Allah beri minda yang 

Sayangnya kita tidak sedar 

Kita melakukan kerja

Kemaksiatan dan kejahat

Sepatutnya orang tu

 Mengajar kita kebaikan

Bukannya  kejahatan ?

 

Oleh Pena Runcing,

Catatan jam 9.30 pagi

Hari Minggu  Tarikh 19/3/2023



.MENGAPA KITA MESTI GODAM MENGODAM ?




MENGAPA KITA MESTI GODAM MENGODAM ?


Dimana kemajuan yang patut kita capai ?

Kalua kalaian cuma pandai

Main godam mengodam

Diantara satu sama yang lain ?

Tidakkah kalian terasa

Dimana ada keberuntongannya ?

Malainkan marah memarahi

Antara satu sama yang lain

Kemajuan tidak tercapai

Malah kian merugikan

Bangsa agama dan negara

Nilailah dimana hebatnya

Jika menjadi seorang hackers

Cuma mampu mengodam

Dan menyerang Fb lawan

Demi melansungkan permusuhan

Antara parti politik

Dimana ketua mereka

Adalah manusia yang tahu

Cuma mabuk ,gila dan tamak kuasa ?


 

Oleh Pena Runcing,

Catatan jam 9.30 pagi

Hari Minggu  Tarikh 19/3/2023


 


.ANDAIANKU KINI MASIH MELESET ?





ANDAIANKU KINI MASIH MELESET ? 



Hari ini

Kita sangkakan           

Awan hitam dan angin kencang

Telah pergi berarak meninggalkan jendela rumahku

Dan tidak menganggu gugat lagi di hadapan halaman rumah tanggaku ?              

 

Ternyata

Masih meleset ?

Kerana sudah beberapa kali cuba

Malah lebih berani cuba menganggu gugat halamanlu

Ternyata rupanya kini satu harapan kami harapankan masih meleset ?

 

Pagi buta

Mereka menanti!

Sesuatu peluang yang terhidang

Untuk melepaskan satu gangguan yang menyusahkan

Bagi pengurusan di hadapan jendela dan di hadapan halaman rumahku ?

 

Upahanka

Benyak untung ?

Duit ini dikira halal atau haram?

Seronpk juga jadi hackers ini minta digodam sahajanya

Kerana yang jadi lingkup dan rosak bukannya kita rasakan peduli apa ?


 

Oleh Pena Runcing,

Catatan jam 9.30 pagi

Sabtu Tarikh 18/3/2023

 


AWAN HITAM BERARAK PERGI ?

 



AWAN HITAM BERARAK PERGI ?

Begitu lama

Awan hitam bermain

Berlegar di hadapan jendela

Di halaman rumahku

Hamper sepenggal

Angin kencang bertiup

Menjadikan Tukang kebun

Sudah empat orang berganti

Aku tidak begitu tahu

Kenapa tetiba awan hitam

Dan angin kencang

Cuba bermain sandiwara

Dengan cerita tohmah dan fitnah

Menjadikan beberapa orang

Tukang kebun tersungkur rebah

Hamper pensan mereka

Apabila awan hitam dan angin kencang

Berlegar bermain sandiwara

Menjadikan halaman

Di Taman perumahanku

Hamper punah ranah dibuatnya ,,,,,,,?


 

Oleh Qalam Mutiara

Jam 9.30 malam

Rabu Tarikh 16/3/2023,

 



Rabu, 15 Mac 2023

KOPI USTAZ ALA KAZIN





KOPI USTAZ ALA KAZIN



lahai Al Kazim !

Seksa nak dapat ubat

Se kotak Kopi Ustaz Ala Kazim

Seminggu oder barulah hendak sampai

Sekali aku geram jemput tukang bekam datang ke rumah

 

Kata Pembekam!

Tidak guna makan ubat

Badan ada angin darah kotor

Gaimana kita bekam dahulu dua cawan

Kita tengok dulu sebulan lepas ini kita bekam lagi sekali

?

Okey kami setuju!

Bersedia kita mulakan

Tidakl payah cukur rambut

Pereksa suhu darah tinggi atau rendah

Mudah sahaja bekam moden disedutnya dengan karan

 

Oleh Pena Runcing

Jam 9.30 pagi

Selasa Tarikh 14/3/2023,

 

DUA MURIDKU MAN DAN MAT NOR?





DUA MURIDKU MAN DAN MAT NOR?. 



Maafkanlah guru

Lamanian guru melupai kalian

Mengapa begitu lama baru teringat ?

Sejak meninggalkan SRK Abg Galau 1982

Wajah kurus kering kalian berdua

Masih bermain disudut hati guru

Yang dahulu selalu sahaja

Menemani guru ke mana sahaja

Dalam Kampung Kuala Rajang ,

Adakah kalian masih ingat ?

Saban pagi kalian akan berlari

Pulang ke rumah masing-masing

Bersiap sedia untuk ke sekolah

Kalian selalu sahaja menemani guru

Di Sebuah Quates kerajaan

Di tengah kampung berhamperan sekolah

Malah sanggup tidur dirumah guru

Kerana simpati guru selalu kurang sihat

Kini Guru telah 18 tahun bersara

Pastinya Man dan Mat Nor

Telah bekerja dan berumah tangga .

Selamat dan salam sejahtera .

 

Oleh Qalam Mutiara

Jam 9.30 malam

Selasa Tarikh 14/3/2023,

 


MENGAPA AGAMA MESTI DIYONGGANG ?






MENGAPA AGAMA MESTI DIYONGGANG ?



Mengapakah

Agana nwsti ditonggang ?

Bukankah agama satu pegangangan

Kepercayaan dan keyakianan diri terhadap Allah AWT

Bagi menunjuk jalan yang lurus tidak menyesal di dunia dan akhirat.

 

Justeru itu

Jangan mempermainkan ?

Agama Allah membawa kesejahteraan

Bukan untuk diperdagangkan atau dipertonggangkan?

Sebenar diperdagangkan dan dipertonggangkan bukann agama Allah.

 

Dimanakah?

 Kita ingin mendapatkan      

 Satu ketenangan dan keredhaan Allah

 Untuk melayakkan kita memasuki ke pintu syurgaNya?

 Kalaulah kita sendiri tidak lagi mempunyai syarat jiwa yang tenang ?

 

Oleh Pena Runcing,

Catatan Jam 9.30 pagi

Hari Isnin Tarikh 13/3/2023,


KISAH BERBEKAM





KISAH BERBEKAM   



Kisahnya

Sejak sebulan ini

Tetiba aku rasa pening

Hamper hendak tersungkur

Lebih 10 tahun aku tidak berbekan

Kepala mulai sakit berdenyut dan memusing

Biasanya bagun pagi mesti memusing jam 4 atau 5 pagi ini

Kata rerakan tidur tidak cukup kuat berjaga malam itulah mau pitam?

 

Akuresah

Aku oun bertanya

Apakah ubatnya kawan

Kalau kau pening berbekam

Makan ubat apa pun tak berguna

Sekarang ini bulan Rejab eloklah berbekam

Kerana dalam tubuh kita terlalu banyak lemah dan darah

Nabi kita Muhamad SAW pun berbekan buag darah kotor berlebihan?

 

Dipagi ini

Aku menjemput

Seorang pakar bekam

Datang ke rumah seorang

Dengan alat  canggeh berbekam

Diambilnya bacaan darah tanpa cukur kepala

Diurutnya bahu tengkok dipasangan alat menyedut darah

Diletaknya dua alat menyedut keatas tengkok berdenyut darah keluar?

 


Oleh Pena Runcing,

Catatan Jam 9.30 pagi

Hari Ahad Tarikh 12/3/2023,


.URUSAN SEORANG MUKMIM




 


URUSAN SEORANG MUKMIM



Setiap seorang mukmim itu

Pasti akan dikenakan ujian  oleh Allah SWT

Setiap ujian itu berbeza bagi menilai keimanan

Ada ujian kesusahan dan ada pula ujian menerima kesenangan

Apa pun gaya dan bentuk ujian ini susah dan senang bagi menilai hati seorang muslimm?

 

Biasanya ada 2 ujian ini

Rasa kesenangan atau kesudahan

Ada mukmim Allah ujinya dengan kesenangan

Adakah mereka bersyukur dengan kekayaan dan kemewahan

Atau mereka terus lalai dan leka dengan harya kekayaan yang Allah S.W.T berikan itu ?

 

Buat ujian yang ke dua

Rasa Kesusahan atau Kesenagan

Allah SWT memberi ujian dengan kesusahan

Adakah mereka bersobar atau memarahi Allah S,W,T pula ?

Atau mereka terus menjadi kufur dan keluar dari agama Allah ini kerana tekanan ini  ?

 

Sebagai orang muslim

Kena terima kedua-dua ujian ini

Sama ada Allah beri senang atau kesusahan

Kalau susah kita bersobar kalua senang kita bersyukurlah ?

Apa sahaja yang Allah berikan susah senang semua ujian Allah ke atas orang mukmim

 

Oleh Qalam Mutiara

Jam 9.30 malam

Jumaat Tarikh 10/3/2023,


Ahad, 5 Mac 2023

SEORANG PEMIMPIN ?


 

 

 SEORANG PEMIMPIN ?



Perlu diingat!

Buat seorang pemimpin

Yang bergelar sebagai Yb Wakil Rakyat

Adalah mempunyai tanggung jawabnya sangat berat

Mereka adalah calun wakil rakyat sewaktu pilihan raya umum dijalankan

Dalam sebuah negara demokerasi berparlimen dan perlembagaan kedaulatan beraja

 

Entah kenapa!

Hari ini pemimpin kita Yb.

Terlalu ghairah menyeleweng tugasnya

Sanggup merosakkan masa depan anak genarasinya

Dengan melakukan tohmah dan fitnah kerja jenayah menyalah guna kuasa

Semuanya menjadikan masa depan anak muda terganggu dan menghadapi masalah                                                         

 

Buat para Yb !

Setiap pemimpin akan disoal

Apa saja yang kamu lakukan selama ini

Segala kepimpinan kamu di dunia ini di akhirat nanti

Pasti akan dipersoalkan sama ada niat baik atau buruk biar sebesar zarah

Justeru itu berhati-hati kalian melakukan kerja kebajikan baik didunia juga akhirat ?

 

 

Oleh Suara Pulau,

Catatan Jam 9.30 malam

Hari Ahad Tarikh 5/3/2023,


DAILOG TOK LEE ?

 


 DAILOG TOK LEE  ?


Assalamualaikum Tok Lee !

Waalaikum salam warab matullah

Hendak kemana ini Tok Lee?

Biasalah keluar ?

Petang hari begini ?

Ya! Apa lagi mencari rezeki  ?

Dimana Tok Lee ?

Berdagang di pasar malam

Jual apa ini Tok Lee?

Cok Kodok dan tepung talam

Ada untung ke Tok Lee?

Boleh hidup nak cari makan

Boleh kaya Tok Lee?

Engkau ini jangan cari pasal ?

Sebab apa Tok Lee?

Mana ada orang boleh kayaraya ?

Kenapa Tok Lee?

Sekadar jual cok kodok dan tepong talam ?

Maaf Tok Lee jumpa lain kali , Beredar dulu  Tok Lee.

 

Oleh Admin Muda,

Jam 9.30 malam

Hari Jumaat Tarikh 3/3/2023,


JANGAN BIARKAN WARGA EMAS KITA ?





JANGAN BIARKAN WARGA EMAS KITA ?

 

Bila kita ada warga emas

Jangan biarkan mereka main tahi diramas

Hormatilah mereka jika mereka berdua ibu dan bapak  kita

Orang Jepun menganggap orang tua banyak tuahnya kepada mereka

Sebab itu mereka sanggup upah siapa sahaja untuk menjaga keadaan ibu bapa mereka ?

 

Tahun 2030 ini disahkan

Dijangkakan akan ramai warga tua di dunua

Maka rakyat yang peribatin kena buat persedian yang rapi

Jikalau dunia akan dipenuhi dengan penghuni warga emas yang daif ini

Berbeza dengan setengah bangsa di dunia ini terdapat menyeksa pula orang tua mereka ?

 

Ingatlah jangan biarkan

Usia hidup mereka disia-siakan begitu saja

Kerana sebab merekalah kita lahir ke dunia yang pana ini

Dapat melihat bulat bintang dan menyedut udara dengan izin Allah SWT

Justeruitu berterima kasih tiada mereka tiadalah kita wujud di muka bumi langit Allah ini ?

 

 

Oleh Suara Pulau.

Catatan Jam 8.30 malam

Selasa Tarikh 27/2/2023