Khamis, 25 Ogos 2022

BALING PUN DIAMOK OMBAK BANJIR KILAT







BALING PUN DIAMOK OMBAK BANJIR KILAT
 
Baling
Kini dilanda musibah
Pengghuninya diamok ombak banijr kilat
Buat pertama kali kata warga tempatan dalam sejarah
Adakah semuanya ini akibat kerangkusan manusia mengondolkan bukit?
 
Akibat
Menggondolkan bukit
Ada agenda mahu jadikan ladang Durian
Maka tempat tadahan hujan juga turut terjejas sama ?
Kini sehingga ada kebun rumah harta benda dan nyawa yang terkorban?
 
Ingat!
Jangan kerana tamak
Pulun Kedah Pulun tidak peduli akibatnya
Masa depan anak cucu cicit yang ingin merasai nikmat?
Bumi Kedah yang Allah kurniakan kesuburan tanah menjadi hancur lebur?
 
 
Oleh Pena Utara.
Catatan jam 5.00 pagi
Petang  Sabtu  Tarikh 6 Ogos 2022.


TUHAN YANG MENYEMBUHKANYA?

 


TUHAN YANG MENYEMBUHKANYA?
.PASTOR ANDI SIMON ?Fb.
 
 
Dukun
Luar biasa
Mampu menyembuhkan
Penyakit perubatan sembuh diperjalanan
Hanya menyentuh persakit dengan tangan kiri kanannya ?
 
Postor
Adi Simon
Pelayan Tuhan katanya
Datang untuk mengubat penyakit manusia
Bagi mengalirkan cahaya penyembuh agar penyakit hilang?
 
Hanya
Kita yakin
Percaya kepada Tuhan
Punya kuasa hak menyembuhkan penyakit
Tidak ada siapa dapat menghalanginya kalua Tuhan izinkan ?
 
 
Oleh Pena Utara.
Catatan jam 4.00 petang
Petang Jumaat  Tarikh 5 Ogos 2022.

YA ALLAH BERATNYA UJIANUMU KINI?

 






YA ALLAH BERATNYA UJIANUMU KINI? 
 
 
Baru saja habis bayar rumah
Dulu potong nama RM500 sahaja kini sudah naik RM2,000
Sebelum Julai taike binggel penghawa dinging kereta kata mahu gantu RM180.00
Sekarang sebuk kereta pun banyak dekat 20 biji menanti ? Semalam nak pergi buat sudah naik RM1,000?
Apakah bulan julai semua perniaga sepakat bukan saja barang naik tetapi upah juga melamnung tinggi  macam mencekek darah bnampaknya ?
 
Ubat-ubatan jua naik mengila?
Jus Tok Guru dahulu boleh dapat RM10.00 sebotol sahaja
Semalam anak batuk famasi kata peresa stoberry kini sebotol naik RM30.00
Buah-buahan Pak Mail kata awal  awal June semua buah-buah import mesti turun tidak lagi dikena cukai?
Bebas masuk harga seperti biasa Kembali tetapi buah-buahan tempatan naik melambung sebiji tembikai saja hamper RM30 hingga RM40.00 ?
 
Adakah mereka sengaja cuba?
Menentang arahan kerajaan Bersama KM Pak Mail  PM9?
Atau pun saja permainkan issu politik yang jahat tetapi rakyat pula menderita ?
Hantaran pesanan nasi kandar ke rumah di naikkan anatara Rm10.00 hingga RM20.00 rider ikut kawasan
Adakah disebabkan minya pitrol naik minyak masak naik harga ayam ikan, sotong naik mencanak upah naik ikut  gaji pekerja pun naik RM1,500?
 
 
Oleh Pena Utara.
Catatan jam 4.00 petang
Petang Isnin  Tarikh 1 Julai 2022.

SETIAP MUSIBAH UJIAN ALLAH MENILAI KEIMANAN ?

 






SETIAP MUSIBAH UJIAN ALLAH  MENILAI KEIMANAN ? 
 
 
Perlu diingat !
Setiap orang yang beriman
Akan menimpa ada musibah sebagai satu ujian
Bagi mengujiu menilai kekuatan keimanan mereka kepada ALLAH
Sama ada mereka itu pasrah atau meredhai ketetapan dan ketentuan takder Ulahi ?
 
Sekuat mana!
Rasa keimanan kita senenar
Jika musibah menimpa adakah kuta kian lupa?
Atau menentang segala takder yang Allah hantarkan kepada kita?
Sebagai seorang yang beriman dengan rasa zuhud dan fasrah segala kepadaNya ?
 
Rasa takwaan
Mesti ada pada makhlukNya
Sebagai insan yang zuhud dan beristiqamah ?
Kerana setiap yang hidup akan merasai mati kembali kepadaNya?
Apa yang kita ada semuanya sebagai pinjaman sehaja di dunia fana ini Ya Rabby ?
 
 
Oleh ; Nurimanja,
Catatan  jam 10.10 pagi
Tarikh 29hb Julai, 2022.
 

ORANG BERIMAN DAPAT KE REDHAA ALLAH

 





 
ORANG BERIMAN DAPAT KE REDHAA ALLAH 
 
Orang yang beriman itu
Meletakkan harapan kepada Allah
Sebab iman seorang itu tidak boleh dijual beli
Tidak boleh diwarisi daripada ayah yang beertrakwa
Seperti kisah Nabi Noh yang gagal berdakwah kepada anaknya.
 
Mereka gulungan kufar
Tidak akan dapat redha Allah SWT
Mereka telah dapat kesenangan di dunia dulu
Mentauhidkan Allah SWT ikutlah apa yang disyariatkan
Itulah kerehdaan yang melayak kita masuk syurga Allah S.W.T.
 
Tetapi siapa berpaling!
Allah tidak berhajat kepada ketaatan
Dan membelakangkan perentah Allah SWT
Justeru itu sesiapa yang kufur dan berpakat melawan
Allah tidak akan rugi dan sentiasa memberi peluang pada kita.
 
Oleh Pena Utara,
Catatan jam 6.50 pagi
Rabu Tanggal 10hb Julai 2018.
Ada rezeki tampa disedari RM10.00 terselit di dinding .
 

Isnin, 15 Ogos 2022

.SERAPAH ALLAH

 






.SERAPAH ALLAH 
-kenyataan-
 
Demi gunung ganang
Dan kitab yang tertulis
Dalam lambaran yang tebuka
Dan rumah ibadat yang dikunjungi
Dengan bumbung luas tidak bertiang
Dan lautan dalam didasarnya ada bahan api.
Sesungguhnya azab Allah itu amat dahsat
Sesiapa pun tidak dapat atau boleh menolaknya
Sewaktu bumi digoncang dengan kuat dan sehebatnya
Semua gunung-gunang pula berjalan dengan sendiinya
Saat itu bincana akan menimpa nasib malang siapa saja
Sebabmereka orang yang engkar akan kebenaran Allah SWT.
 
 
Oleh ; Nurimanja,
10hb November, 2009.
Catatan dari pencaramah bebas.

                                                                                 

BERSATU HATILAH DI ANTARA KAMU

 







BERSATU HATILAH DI ANTARA KAMU 
 
Se buah Masjid
inti parti kehidupan kita
marilah kita sesama berjemaah
salam kenal mengenali di antara satu dengan yang lain.
 
Hendaklah kamu
Mengerjakan solat itu
Adalah orang-orang yang solat
Mereka mendekat diri dengan Allah menghapuskan dosa.
 
Sabda nabi kita
Jangan kamu berkelahi
Lakukanlah jual beli dengan betul
Jangan ada diantara kamu hasad dengki tidak bersatu hati.
 
 
Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 5 petang
Tanggal 1 hb Januari 2017.


JANGAN MENIDAKKAN HAK ORANG LAIN

 




JANGAN MENIDAKKAN HAK ORANG LAIN 
 
Dimana silapnya kita ?
Jika cuba menidakkan hak orang lain
Sedangkan itulah hak dan rezeki mereka ditetapkan
Kita bertugas sebagai yang berwajib enggan memberi sokongan
Adakah kita inginkan sedikit ganjaran atau tip dipanggil sebagai rasuah ?
 
Bertugas kerana Allah!
Pasti banyak ganjaran berlipat ganda
Kerja kita itu tanggung jawab sebagai satu ibadah
Jikalau kita jalankan dengan penuh rasa ikhlas hati dan didik kasi
Bukan buat lebih kurang atau ala kadar suka hati rasa tak suka berhenti?.
 
 
Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.40 pagi
Hari Sabtu 27hb Januari 2018.
Siar kembali . photo cuma hiasan


APAKAH PERTANDA ORANG KENA SIHIR?

 








APAKAH PERTANDA ORANG KENA SIHIR?
 
Selalu
Mimpi ngeri
Berlari jauh dan cemas
Bagaikan dikejar musuh yang ganas
Sering terganggu tidur malam tidak dapat tidur ?
 
Sebab
Seorang itu
Kenapa suka mengihir 
Ada yang tidak puas hati dan marah
Kerana kita gagal orang lain berjaya atau dendam?
 
Sedeh
Kalau anda
Tidak tahu dosa pahala
Sanggup mengupah bomoh mengihir
Mengapit gambar dengan kayu tali agar terseksa ?
 
Kejam
Kalau anda
Dihantar Kembali sihir
Makan tak lalu tidur malam tak lena
Pesan alim ulama jangan balas fasrah pada Allah?

Oleh Nurimanja,
Catatan jam 3.00 pagi
Hari  Selasa Tarikh 26b Julai  2022.

 

DI MUARA SUNGAI ADA BELUKANG ARUS BERKUASA?




 




DI MUARA SUNGAI ADA BELUKANG ARUS BERKUASA? 

 

Di Muara Sungai ini
Ada saekor belukang tali arus
Dua kali berkuasa melewati muara sungai ni
Dia mempunyai pengaruh luar biasa menakluki Penguasaannya
Suapa tidak kenal dengan Muara Sungai ini adalah medan pengaruh perebutan kuasa?
 
Di Muara Sungai ini
Tempat ikan-kan nerkumpul
Datang dan singah sejenak mencari makan
Ada yang terus kekal di Muara Sungai tempat zezeki melimpah
Ada yang terus dapat menjadi warga kekal bermustautin dalam perjanjian isi kontrak
 
DI Muara Sungai ini
Ada yang berbeza pendapat
Adai warga sekadar mencari sedikit rezek
Ada juga yang ingin merebut kekuasan hasil mahsul di Muara
Kekadang Muara Sungai menjadi kecoh desakkan nafsu serakah ingin merebut kuasai.

 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 3.00 pagi
Hari  Isnin   Tarikh 25b Julai  2022.


Jumaat, 5 Ogos 2022

SELEPAS 20 HARI BARU ADA MIMPI

 




SELEPAS 20 HARI BARU ADA MIMPI 
 
Walau pun
Hati dalam kesedehan

Tidak ada mimpi bertemu aruah
Siang dan malam masih terbayang wajahnya
Tetapi baru kini setelah 20 hari terdapat satu mimpi aruah anak.
 
Walau pun
Masa hayatnya sedih
Sebelum pergi wajahnya kurus
Tubuhnya tidak bermaya hanya kulit tulang
Tetapi dalam mimpi wajahnya bersiri berpakaian benang emas?
 
Walau pun
Semasa di dunia dulu
Hdupnya amat rasa tertekan
Kerana Covid 19 dan pergerakkan terkhas
Tetapi dalam mimpi dia sihat sedang melipat kain benang emas?
 
 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 3.00 pagi
Hari  Ahad  Tarikh 24hb Julai  2022.




PENGASUT RAJA SONGSANG

 






PENGASUT RAJA SONGSANG
 
 
Lalu haderlah
Pengasut Raja Songsang
Bagi menghidupkan budaya songsang
Setelah berjaya mengcelarukan minda rakyat jelata
Kini rakyat yang menyokong puak ini sedang menempah api neraka.
 
Perlu diIngat
Berwaspadalah kita rakan
Apabila musibah menimpa negara kita
Allah S.W.T akan memborong kesemua makhluknya
Tidak kira lagi yang baik atau yang jahat semua akan terpalit nanti.
 
Mengapa mesti
Yang salah benar sahaja
Apa yang benar selama ini salah pula
Inilah penyakit paling tenat menyerang negara kita
Musibah melanda, ekonomi tergugat, kesihatan pendidikan tersekat.
 
 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 3.00 pagi
Hari Sabtu  Tarikh 23hb Julai  2022.

 

KINI DESA BERNAUNGKU TERCEMAR?

 







KINI DESA BERNAUNGKU TERCEMAR?
 
 
Kini Ternyata
Desa bernaungku tercemar pula
Daripada dua puak yang mabuk dan gila kuasa.
 
Kini Merekalah
Sanggup melakukan agenda bagi
Memecah belahkan muhibbah dan perpaduan.
 
Dulu Desaku ini
Lebih 60 tahun kita hidup  aman
Setelah bisikkan syaitan berlaku dalam PRU14
 
Maka Justeruitu
Berlalulah ketidak ketentuan lagi
Akibatnya tohmah dan fitnah bermaharajalela.
 
Kini Penghuninya
Berpecah mejadi dua belah pula
Menyokong kemungkaran menolak amal makruf
 
 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 2.00 petang.
Jumaat  Tarikh 22hb Julai  2022.



.PESAN ARUAH IBUKU








.PESAN ARUAH IBUKU 

Pesan ibuku!
Apabila aku rasa gagal ?
Membuat sesuatu kerja yang sangat mudah ?
Ibu akan berkata pasaku: Kita buat dia bukannya dia buat kita ?
Lantas aku pun membuatnya semula sehingga Berjaya dan ibu pun tersenyum?
 
Hari ini ingat!
Lantas aku pun tercabar?
Hati kecilku pun sangat bagaikan terbakar ?
Lantas apa sahaja yang aku lalukan pastikan ada kejayaannya ?
Kini dalam perkhidmatan aku dapat melintang dan perkhidmatan cemerlang ?
 
Itulah hikmah!
Setiap pesanan orang tua?
Semuanya mengajar kita jangan putus asa?
Rajin berusaha pasti ada keuayaannya di akhir kerjaya kita ?
Ibu bapa kita itu adalah guru pertama dalam mendidik kita sekolah di rumah ?
 
 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 3.30 malam
Hari Isnin Tarikh 1hb8 Julai  2022.
 

AKU YANG GAGAL MENANGKAP PERTUNJUK?

 







AKU YANG GAGAL MENANGKAP PERTUNJUK?
 

Maafkanlah Baba anakku!
Selama ini aku gagal menangkap pertunjuk?
Memang rasa aneh dan amat menghairankan diriku ini sendiri ?
 
Lebih tiga bulan rasanya!
Aku gagal menangkap pertunjuk yang diberi?
Apa sahaja yang aku mahu mengambil dan pegang akan jatuh?
 
Betapa bebalnya aku ini?
Sehingga pernah juga satu hari  aku marah ?
Labtas aku menyepak barang yang jatuh itu terpelanting jauh?
 
Di dalam hati ada telahan?
Kenapa apa yang aku buat semuanya jatuh ?
Sang isteri berkata lincin itu bagi menenangkan hati nuraniku?
 
Setelah peristiwa hitam?
Berlaku pada ahad jam 8.malam 26.6.2022?
Satu kehilangan yang tanpa diduga maka terjawablah andaian?
 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 3.30 malam
Hari Isnin Tarikh 1hb8 Julai  2022.