gambar penuh misteri
Apabila
menjelang hujung tahun
Aku
mula resah dan gelisah. Adakah hidup ini disambung lagi
Sehingga nadi berdenyut ke tahun 2012
Biar
apa pun aku tetap bersyukur
Kerana
diri masih bernafas. Menyedut udara kurniaan tuhan
Masih
boleh melihat mentari dan bulan
Kuatkan
imanku Ya Allah!
Dalam
kembara di bumi gersang
Biarlah
aku mengenal sesama kita. Agar hidup ini rasa tidak terasing
Kawan
masihkah engkau ingatkan lagi? aku menulis bukan kerana nama
Sekadar
untuk menjana minda.
Kawan
cubalah Engkau bayangkan
Adakah
kita masih dapat bermesra dan bergurau senda
membaca catatan dan puisi di blog Cr. ini
sebelum
usia kita berakhir nanti.
Oleh:
Nurimanja,
Catatan
buat sahabat Citrarasa 29hb, Disember, 2011.