Ahad, 31 Julai 2016

BILA BULAN SERPEH LAGI






BILA BULAN SERPEH LAGI


Dulu bulan yang dipuja rakyat jeata
Pernah juga serpeh sekali
Berlaku di bumi cik siti Wan Kembang
Kini bulan putih di malam kelam
Berlaku lagi serpehan kali ke dua
Di bumi makmur ibu negara
Akibat kerangkusan rerakan sepakatan.

Kini adakah bulan masih mampukah
Teruskan budaya mengambang
Menyinarkan sinar cahayanya
Biar pun dunia malam gelap gulita
Perjuangan untuk Allah
Demi addin ,bangsa dan Negara
Perjuangan suci harap dapat diteruskan.


Oleh : Pena Runcing
Catatan jam  5 50 pagi
Hari Khamis  27hb Julai, 2016.


TERKENANG




TERKENANG


Sesekali terkenang
Akan cerita lama dahulu
Sewaktu zaman kanak-kanak :

Nakalnya aku bukan kepalang
Mana kampong yang aku tidak masuk
Memanjat pokok, merugas, susasap dalam hutan

Sekolah pun sesuka hati sahaja
Rasa malas ponteng bersama kekawan
Duduk bersembunyi dalam kebun pokok kelapa sawit.

Kini bila teringat senyum sendiri saja
Bagai mana aku boleh jadi seorang pendidik juga?
Mengajar beratus ribu murid di Malaysia Timur dan Barat?


Oleh : Pena Runcing
Catatan jam  6 50 pagi
Hari Selasa  26hb Julai, 2016.