Ahad, 31 Julai 2016

TERKENANG




TERKENANG


Sesekali terkenang
Akan cerita lama dahulu
Sewaktu zaman kanak-kanak :

Nakalnya aku bukan kepalang
Mana kampong yang aku tidak masuk
Memanjat pokok, merugas, susasap dalam hutan

Sekolah pun sesuka hati sahaja
Rasa malas ponteng bersama kekawan
Duduk bersembunyi dalam kebun pokok kelapa sawit.

Kini bila teringat senyum sendiri saja
Bagai mana aku boleh jadi seorang pendidik juga?
Mengajar beratus ribu murid di Malaysia Timur dan Barat?


Oleh : Pena Runcing
Catatan jam  6 50 pagi
Hari Selasa  26hb Julai, 2016.


2 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sesekali kita sering diganggu memori atau kenangan mengusek jiwa ?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Seperti dalam puisi ini , terkeanng semasa dahulu hatiku merasa rindu?
sejhat dan se nakal mana pun kita , masih ingat kepada Allah dan ibu bapak yang melahir dan menjaga kita .