Jumaat, 27 Mei 2016

TIDAK PERLU JADI PENGIKUT SETIA






TIDAK PERLU JADI PENGIKUT SETIA

Mengapa kita biarkan minda dicelarukan
Oleh orang tertentu yang kita tahu mabuk kuasa
Cuba kita berfikir dengan hati terbuka dan jiwa yang tenang
Atau pun keluarkan diri daripada kelumpuk kita pro atau kontra
Dan fikir dengan semasak-masaknya di mana kita dan kenapa jadi pengikut?

Jika dulu kita boleh terima sebab kecewa
Bila jawatan tertinggi yang diidamkan tidak dapat
Di sebab kan kecewa maka seorang itu boleh buat kacau bilau
Dengan menghasut dan mengajak rerakannya merebut kekuasaan
Maka berlakulah ke tidak ketentuan dan wujud Kumpulan A dan kumpulan B?

Kini kita pun agak pelik dan menghairankan
Bila orang  tertentu yang buat kacau berkedudukan
Malah telah pun berkuasa di tempat kedudukan tertinggi
Mengapa mesti ada kebencian dan kecewa lagi setelah bersara
Sesekali kita fikir kebodohan pada kita yang setia menjadi pengikut mereka ?


Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7.25 pagi
Tanggal Khamis 19hb Mei 2016.