Ahad, 22 Mei 2016

SAEKOR ANAI-ANAI TUA






SAEKOR ANAI-ANAI TUA

Ada saekor anai-anai tua
Dia Ingin menunjuk kuasanya
Tentang busut yang dibina dahulu
Jangan ada siapa selepas pengantinya
Cuba menunjuk pandai dan lebih daripadanya.

Bekas ketua anai-anai ini
Pastinya akan cuba melenting
Kalau usaha dan daya kepimpinannya
Cuba dicabar dan ingin pula mengatasinya
Dia akan tersinggung marah pada pengantinya.

Lalu dia memukul canang
Dan cuba menyebarkan berita
Tentang ketua baru yang menyelewen
Merompak hasil harta pusaka yang ditinggal
Boleh memusnahkan akan busut yang dibinanya.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.50 petang
Rabu Tanggal 30hb Mach 2016

Tiada ulasan: