Isnin, 24 Oktober 2016

SEJARAH SHARIF OMAR 19 OGOS 1845




 SEJARAH SHARIF OMAR 19 OGOS 1845



Seorang Wira Sharif Omar dan pengikutnya
Terkorban menentang penjajah Bretis
Tidak gentar berperang melawan pihak Bretis.

Kota Merudu Sarawak bumi Kenyalang
Pertanian hasil usaha utama penduduk desa
Bulan Oktobor dan November ada  pesta Jagong.

Kaum dusun dan kaum bajau Kota Merudu
Tarian pereng merupakan budaya warisan
Buat majlis keramaian dan perkhawinan.

Penghuni Kampung Batu Laut kota Merudu
Penternak ayam, itek , kambing dan lembu
Pertanian pekerjaan warisan turun temurun.


Oleh : Nuri Manja
Catatan jam 7.00 pagi.
Hari  Ahad 16hb Oktober, 2016.


AKU MUFLIS KENEKMATAN KINI






 AKU MUFLIS KENEKMATAN KINI

Cuma kini barulah aku sedar
Cukup amat terasa bagaikan muflis
Dari segala rasa kemudahan kenekmatan
Kini  telah hilang segala kurniaan yang Allah berikan .

Dahulu di belakang rumahku
Ada kebun terbiar  segalanya percuma
Buahan, sayuran dan ulaman semuanya ada
Ianya tumbuh meliar di belakang rumah pesaka ayah.

Kini segala-galanya tiada lagi
Buah jambu, sebatang serai , pucuk ubi
Semuanya terpaksa beli jika teringin makan
Jika tinggal di flat apa yang kita boleh bercucuk tanam.

Cukup terasa rezeki kemuflisan
Segala apa nekmat yang aku rasa dahulu
Ternyata deni hari tiada lagi dapat aku perolehi
Kerana kehidupan di Bandar semuanya terpaksa kena beli.

Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6.10 pagi
Hari Isnin tanggal 17 Oktober 2016.


DARI RAUT WAJAH






DARI RAUT WAJAH

Dari riak raut wajah kita
Sesiapa pun boleh membaca
akan kebenaran ungapan kata
atau pun ada cerita di sebaliknya.

Wajah marah nampak merah
Mengambarkan kurang kebenaran
Wajah tenang biasa sahaja
boleh dipercayai dan diyakini.

Nyatakanlah wajah yang sebenar
Boleh nampak rasa keteganggan
Sesiap pun boleh dan dapat menilai
Akan segala isi hati kita sebenarnya.


Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6.10 pagi
Hari Isnin tanggal 17 Oktober 2016.