Jumaat, 29 Mac 2019

TERKENANG







TERKENANG  
 
Masa aku muda belia
di sekolah pondok
setiap pagi
aku meredah subuh
dengan menyedut udara
begitu nyaman terasa
tidak ada satu keindahan
dan kenikmatan
melainkan menyedut udara Allah
sambil menyebut subeha nallah
berbondong ke masjid
solat berjemaah
kemudian aku mengikuti
tazkirah daripada tok guru
yang tidak pernah jemu
berdakwah menyebarkan Agama Allah.


Makasih Ustaz yg kini semua telah menjadi aruah.
semoga Allah mencucuri rahmatNya . Amin.
jam 5.55 pagi . Citranuri.


SIFAT RAHMAH ITU WUJUD







SIFAT RAMAH ITU WUJUD

Ramah itu al Ihsan
Setiap kelakuan kita kembali kepada kita
Nikmat dan balasan Allah S.W.T tidak terhingga buat mereka.
Sebenarnya orang itulah yang beriman dan mendapat ganjaran hidayah  Allah S.W.T.
Melain mereka orang yang beriman dan berjaya diuji kesabaran penuh keyakinan keimanan.

Sifat sabar itu pula
Membawa kita lebih beriman kepada Nya
Rasa penuh yakin dan percaya bahawa musibah itu ujian Nya
Nescaya kalua kita berjaya Allah akan mengantikan ganjaran dengan yang lebih baik
Allah telah membuktikan dengan mengantikan kepada umum Salmah suaminya dengan Nabi?

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.50 pagi
Khamis Tanggal 21hb Mac 2019.