Rabu, 30 September 2015

ESPEDISI QURBAN KASIH BERSAMA SAUDARA ISLAM


lembu.jpeg



ESPEDISI QURBAN KASIH BERSAMA SAUDARA ISLAM
- buat saudara Islam di Acheh dan Kemboja -

Demi saudara sesama Islam
Qurban kasih telah di laksanakan
Berdermalah jika kita ada kemampuan
Satu ekor atau satu bahagian pun memamadai

PKPU Yakim sedia membantu
Qurban satu kisah ibadat di dunia
Cerita lah kisah dua anak nabi Adam
Qurban seorang ditolak dan seorang diterima.

Cerita juga tentang ujian Iman
Kisah Ibrahim, Hajar dan Nabi Ismail
Keluarganya akur dan patuh perintah Allah
kerana ikhlasan hati ketakwaan dan keimanan.

Falsafahnya wujud kerjasama
Itulah ibadah Qurban yang di laksanakan
Perlu belajar mencari sesuatu untuk diri kita
Merancang mengikut peraturan yang terbaik ber
pahala.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.45 pagi
Rabu Tanggal 30 September 2015.

Selasa, 29 September 2015

MELIHAT KETUAAN ATUK NENEK MENJADIKAN KITA LETIH







 MELIHAT KETUAAN ATUK NENEK MENJADIKAN KITA LETIH


Beginilah keadaannya bila seorang telah tua di mamah usia
Berjalan , duduk, bergerak semuanya tidak seimbang lagi
Bergerak sedikit mengaduh urat tulang sendi ketat rasanya
Bila malam tidur mimpi berselerak banyak jaga dari lenanya
Betapa pun kita masih muda sepatutnya insaf dan bersedia
Banyak suka duka yang mereka tanggung dalam kehidupan ini
Bembina keluarga yang bahagia di dunia ini dan akhirat nanti
Bersama usia yang tinggal sedikit ini hati mudah tersinggung
Berharap anak cucu dan menantu sedia faham jagailah mereka
Bila berusia hidup umpama daun kelapa menanti masa jatuh lah
Berbanyak lah bersabar dan berastaffar berzikir dan bertahmin
Berharap perjalanan pula diredhai di dunia dan akhirat nanti
Berdoa lah kita sebagai anak cucu agar atuk selalu sejahtera
Biar pun hidup kita di dunia fana ini penuh dengan pancararoba
Bersyukur dan berdoa lah agar atuk nenek kita dapat diredhai
Berjaya masuk ke syurga Allah S.W.T dengan tenang dan damai .


Oleh: Nuri manja
Catatan Pagi Ahad jam 5.50
Bersamaan tanggal 20 /9/2015.

Rabu, 23 September 2015

SERUAN HAJI






SERUAN HAJI


Seruan haji,
Telah datang lagi
Ibadat rukun islam ke lima
Ke Baitullah  tanah suci Mekah dan Madinah

Ibadat haji
Kisah bersejarah
Perjalanan hidup nabi Ibrahim Alaihissalam
Bersama isteri dan anaknya nabi Ismail
Satu pengorbanan menilai keimanan.

Siti Hajar,
Isteri muda di tinggalkan
Melahir anak di bumi kontang

Ibrahim bermimpi diperintah Allah
Untuk menyembelih Putra kesayangan
Datang Iblis memujuk menolak perintah
Ismail marah membaling batu dan menyerah

Ketika leher Ismail hendak dilapah
Malaikat datang mengubah arah
Ibrahim segera melaksana kan perintah
Tetapi seekor kibas telah didapati rebah.

Keimananmu telah diterima  Allah
Pengobannanmu di sempurnalah sudah
Kedua beranak di angkat jadi nabi Allah
Lantas Nabi Ibrahim digelar Khalimullah.


Oleh: Nuri manja,
13hb, Oktober, 2009. 1430h.
Masjid Sungai Batu, Bayan Lepas.


PESTA PADANG ARAFAH




PESTA ARAFAH


Dinihari
Di padangmu banjir lagi Arafah
Dengan pesta pencukup rukun
Hadir dari pelusuk seluruh dunia
Dalam satu perhimpunan Pesta Agung
Kerana di sini tiada lagi beza dan kasta
Cuma mengabedi diri  dibawah seruan Ilahi
Bersama suara kudus yang bergema sama
Pada hati tersisip rasa insaf dan parah

Dinihari
Dipadangmu banjir lagi Arafah
Dalam pesta suka duka bergema sama
Di hati mengalir darah cuci murni
Sujud dan tawaduk pada Allah yang Esa
Di sini tiada lagi beza kulit dan rupa
Di sini tiada lagi miskin dan kaya
Di sini tiada lagi darjat dan pangkat
Di sini Cuma satu penilaian
Rasa ketinggian iman dan takwa

Oleh; Nuri manja,
Teluk Kumbar  21\9\98
Sdutan drp Antologi Lagenda citranuri.

Puasa di hari arafah 9 Zulhijzah dapat menghapus kan dosa-dosa kita di tahun ini dan tahun lepas

Isnin, 21 September 2015

ORANG ISLAM SEPATUTNYA CONTOHI NABI MUHAMAD S.A.W.




ORANG ISLAM SEPATUTNYA CONTOHI NABI MUHAMAD S.A.W.


Nabi Muhamad S.A.W di lahir kan  sebagai contoh kepada manusia
Sepatutnya lah dalam kehidupan ini kita  bersikap sederhana sahaja
Amalkan budaya tolak ansur, hormat bantu membantu sesama kita
Sepatutnya lah kita berkasih sayang agar orang lain kasih kan kita
Jangan buruk sangka tidak akan wujudnya perpaduan sesama kita
Sebaiknya ikhlasan hati dan Allah S.W.T akan membantu kehidupan kita.

Selamat hari Malaysia dalam usaha mengekalkan sehati dan sejiwa
Perpaduan merupakan asas utama dalam sebuah Negara Malaysia
Dengan masyarakat yang hidup berbilang kaum bangsa dan agama.
Janganlah dibesarkan sangat pendapat yang berbeza di antara kita
Apa yang penting keikhlasan hati , luhur, dan ikhlas itulah amalan kita
Agar tidak ada di antara rakyat kita yang rasa terpinggir dan terhina

Tetapi apa yang menhairankan kita umat Islam melakukan sebaliknya
Orang Islam lah buang anak di longkang, tong sampah dan depan masjid
Jika orang Islam bergaduh, hasad dengki, bertelagah sesama sendiri
Bagaimana untuk dihormati oleh orang lain kepada maruah bangsa kita
Sedangkan kita setiap hari solat dan berdoa kepada Allah yang Maha Esa.
Mengapa kita tidak amalkan sikap yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad S.A.W.?

Oleh: Nuri Manja,
15  September 2015
Catatan Selasa jam 7.35 pagi


Ahad, 20 September 2015

KENAPA ANJING JADI GILA ?




74. KENAPA ANJING JADI GILA ?

Saban hari kita lihat ada anjing jantan peliharaan
Dijaga dan dikurung dalam rumah atau sangkar
Kebebasannya disekat perasaannya dikawal ketat
Dia juga ingin hidup berpasangan mengikut tabienya

Tetapi hatinya diemonsikan dengan agenda fantasi
Jika tuannya wanita di pamerkan dengan pakaian seksi
Dibawanya keluar,  berjalan , mandi dan tidur bersama
Seolah macam kemesraan si suami dan isteri pula.

Maka tidak hairan jika perasaan anjing itu terganggu
Mungkin tuannya berkahwin atau punya kekasih baru
Hatinya yang tenang mulai rasa cemburu dan terharu
Maka anjing akan bertindak liar mengigit siapa sahaja.

Oleh Pensel Kontot
Catatan jam 4.30 petang
Tanggal 19 September 2015 Sabtu

Jumaat, 18 September 2015

BILA MUSIM HUJAN RIBUT JEREBU KEMARAU PANAS


 BILA MUSIM HUJAN RIBUT JEREBU KEMARAU PANAS

Sesuatu yang berlaku mengikut kehendak Allah mencipta alam semesta
Bagi setiap hari, minggu, bulan dan tahun perubahan angin monsumnya
Begitulah peredaran rasa tangkapan buat kita yang bergelar manusia
Tanpa dapat menilai dan merenung akan segala pengajaran di sebaliknya.

Allah S.W.T menjadi sesuatu gambaran ada yang terang dan tersembunyi
 sebagai manusia yang dikurniakan akal berfikir dan mencari maksudnya
Jika kita gagal menterjemah erti sesuatu peristiwa yang Allah S.W.T jadikan
Maka gagal lah kita melewati hidup ini sebagai seorang hamba yang bertaqwa

Dalam Al Quran di catat juga ada ayat- ayat yang terang dan tersembunyi
Agar kita dapat mencari erti perkataan dan menangkap maksud ceritanya
Apa yang telah tersurat dan tersirat agar kita dapat berfikir dengan sewajarnya
Demi bagi kita menlangsungkan sebuah kehidupan seharian kita selama ini.

Oleh Nuri Manja
Catatan 17 September 2015
Jam 5.45 pagi hari