Rabu, 30 September 2015

ESPEDISI QURBAN KASIH BERSAMA SAUDARA ISLAM


lembu.jpeg



ESPEDISI QURBAN KASIH BERSAMA SAUDARA ISLAM
- buat saudara Islam di Acheh dan Kemboja -

Demi saudara sesama Islam
Qurban kasih telah di laksanakan
Berdermalah jika kita ada kemampuan
Satu ekor atau satu bahagian pun memamadai

PKPU Yakim sedia membantu
Qurban satu kisah ibadat di dunia
Cerita lah kisah dua anak nabi Adam
Qurban seorang ditolak dan seorang diterima.

Cerita juga tentang ujian Iman
Kisah Ibrahim, Hajar dan Nabi Ismail
Keluarganya akur dan patuh perintah Allah
kerana ikhlasan hati ketakwaan dan keimanan.

Falsafahnya wujud kerjasama
Itulah ibadah Qurban yang di laksanakan
Perlu belajar mencari sesuatu untuk diri kita
Merancang mengikut peraturan yang terbaik ber
pahala.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.45 pagi
Rabu Tanggal 30 September 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

76. BILA TIBA HARI LEBARAN


Di pasar orang ramai dari biasa
Berpusu-pusu mencari sesuatu
Aku yang turut bersama kian terharu
Mencari apa yang perlu aku belikan

Jumpa kawan yang kenal dan tak kenal
Bertegur sapa dan beramah mesra
Sambil mengucapkan selamat hari lebaran
Esok ke masjid kita gotong royong Qurban.

Jangan lupa bawa parang dan pisau
Tolong menolong lapah daging isi dan tulang
Habis bekerja akan diberi sadikit habuan
Sebungkus daging untuk makan hari raya Qurban

Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 1.20 tengahari
Rabu Tabnggal 24 September 2015.

nurimanja49@gmail.com berkata...

77. ESOK KITA SAMBUT RAYA


Bila menjelang sahaja hari raya
kanak-kanak nampak lebih gembira
berbaju melayu samping dan bersongkok
lepas solat menziarah kubur dan rumah jiran

Suara takbir sayup-sayup kedengaran
Ramai kanak saudara dating berkunjungan
Makan ketupat rendang daging dan sambal
Gelak ketawa sambil bermaaf-maafan

Ada juga di antara kita hatinya sedih dan sayu
Bila mengenang orang tersayang tidak disisi
Air mata jatuh berlenang buat si anak yatin piatu
mengenang nasib diri kehilangan ayah dan ibu


Oleh: Nuri manja,
Catatan jam 2 petangh
Khamis selepas balik solat raya aidul azhar.




nurimanja49@gmail.com berkata...




78.ILHAM ITU KURNIAAN ALLAH SWT.


Bukankah kita cuma makhluk biasa sahaja
Lahir dari perkungsian titisan air putih najis
Lalu diberi ogan isi kulit dan tulang belulang
Membesarlah kita dari alam rahim ke alam fana

Bila dewasa telah diberi akal fikiran
Bagi menilai erti se buah kehidupan di dunia
Kemudian di masukkan ilmu dan tawakkal di hati
Maka jadilah kita seorang yang beriman dan bertaqwa

Dalam minda kita dimasukkan berbagai ilham
Segala cerita baik dan buruk sering digambarkan
Kekadang di antara hati dan nafsu sering memberontak,
Bila Berjaya dihasut oleh makhluk bernama syaitan

Jika iman seorang kita masih kental dan kukuh
Gambaran dan hasutan syaitan dapat ditewaskan
Jika hati ditawan hawa nafsu segala dorongan diikuti
Maka ilham yang Allah berikan hilang begitu sahaja.

Ilham itu datang melalui taufik dan hidayah Allah
Sedangkan kerja onar dan mungkar bisikan syaitan
Berentaplah kita di anatara dua persempangan ini
Jika Berjaya selamat jika gagal kecundang akhirnya.


Olewh: Nuri Manja,
Catatan Jumaat 3,oo petang
Tanggal 25 September 2015.

nurimanja49@gmail.com berkata...

79. DI SINI BERABAD KAMI BERDIRI SEBAGAI TUAN RUMAH SEJATI


Di sini telah lama kami berdiri sebagai anak peribumi tuan rumah sejati
Diri kami kini cukup rasa tercabar dan sakit hati juga pada jiwa dan raga
Bila mana kemesraan dan rasa perpaduan yang telah kita diberi selama ini
Bagaikan tidak punya erti bila mana susu diberi dibalas pula dengan tuba

Budaya kami Bila tetamu datng kami sambut dengan penuh kemesraan
Malah kami beri tempat untuk berteduh dan sedia eratkan bekerjasama
Malah sedia mengiftirap keturunan yang lahir di negara ini secara rasmi
Tidak kira agama, bangsa dan keturunan atau fahaman politik berbeza.

Tetapi bila mereka sudah nampak peluang dan habuan cerah masa depan
Lantas mereka sudah lupa perjanjian kontrak yang pernah ditanda tangani
dahulunya digelar sebagai pendatang dan penumpang di negara bertuah ini
Sehingga sanggup mencabar dan mendengarhasutan tohmah dan sebagainya.

Adakah mereka sudah lupa ? Darimana asal datuk nenek mereka sebelum ini?
Siapa Yap Ah Loy ? Datang ke KL bersama rerakannya sebagai peneroka bijih
Kemudian diangkat sebagai ketua kaumnya dalam pembukaan kota Kuala Lumpur
Di atas kerjasama dan setia kawan di iktirap sebagai warna tetap rakan niaga.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan Sabtu jam 5.45 petang
Bersamaan tanggal 26 September 2015.


nurimanja49@gmail.com berkata...


80. PERCERIAN MENGAZABKAN DIRI


Satu percerian yang rela dan tidak rela
sama juga dikira satu pengazaban pada diri
bila istana yang dibina berakhir dengan perceraian
yang menjadi mangsa adalah anak-anak mereka sendiri.

Kekadang pencerian berlaku atas salah faham diri
Kerana cemburu, tekanan, atau ketegangan hasutan
Bila perasaan hati tidak dapat lagi di kawal oleh keimanan
Maka Jalan akhir ialah pencerian bila usaha telah mati.

Setelah berlaku percerian anak-anak berengangan
Hilang mendapat kasih sayang di anatara ibu dan bapa
Hilang juga keyakinan diri dan semangat sokongan hidup
Bila anak-anak melihat rerakannya punya kemesraan ibu bapa.

Inilah akibatnya percerian yang Allah SWT amat benci
Tetapi boleh dan diharuskan melakukannya demi kebaikan
Bila pasangan tidak lagi dapat menerima keputusan saksama
Dalam melayari bahtera dalam lautan kehidupan seharian ini.



Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 4 .00 Petang
Tanggal 27 September 2015.