Ahad, 30 Ogos 2020

AGAK ANIH DAN MENGHAIRANKAN?


AGAK ANIH DAN MENGHAIRANKAN?

Agak anih dan menghairankan juga?
Masakan tidak kerana minda telah dicelarukan
Akibat mabuk kuasa dan menyokong agenda gial-gila
Mangsanya orang melayu sendiri dan bertelagah sesame kita.

Angkara cuma saekor lembu tua
yang gemar membawa lumpur dan najis
maka sesiapa yang terkena akan terimalah baunya
sebagai bersubahat untuk menjayakan hajat nawaitu jahatnya

Kini saban hari kian tenat nampaknya
Ramai orang kita yang siuman terperangkap sama
Untuk melangsungkan agenda mabuk dan merampas kuasa
Maka mereka lakukanlah tohmah dan fitnah dan mengguling dijalanraya.

 

Oleh:Pena Utara,
Catatan jam 7 pagi Isnin
Tanggal 16 Ogos 2015 Telok Kumbar.


ADA ORANG MELAYU SANGAT MARAH


ADA ORANG MELAYU SANGAT MARAH


Ada orang melayu sangat marah
Semacam dirasuk jin dan syaitan lagaknya
Terasa bagai tidak mengenang budi
Sangat marah kepada bangsanya sendiri
Sepatutnya bila sudah diberi pelajaran
 
Jadilah orang melayu yang beradap sopan
Tinggi budi pekerti  penuh pengetahuan
 Tetapi terbalik sanggup merosak bangsa
Cuba mengadai meruah negara dan agama
Nyata  gagal kita mempertuankan  melayu
 
Harap boleh bersatu padu membina negara
 Apa yang ada di dalam hati ingin berkuasa
Tidak kira apa jadi dengan generasi muka
 Soalnya segala penyakit si mabuk kuasa
Pihak pemerentah yang 2/3 diberi mandat
 
Jangan dibiarkan berluasa betinda segera
Pekakkan kedua telinga dan pejamkan mata
Jangan dibiarkan  anasir yang buat gila
Sumbatkan saja mereka kedalam tahanan ISA
 Sebelum negara kita menjadi porak peranda. 
 
Kenapa ada melayu masih berjiwa kuno
Sangat marah kepada UMNO  kerajaan BN
 Langsung tak ingat semangat melayu dahulu
Perjuang Semangat 46 hilang entah kemana
Membebaskan negara mencapai merdeka  
 
Tetapi hari ini semuanya melayu sudah     
Bermusuh sesama sendiri laga memperlaga
Langsung tidak rasa malu hilang nilai harga
Hendak marah tidak tentu arah pasal apa?
langsung tidak kena dengan cara dan gaya
 
Adakah pemerentahan hari ini amat zali
Rakyat hidup susah sengsara ramai miskin
Cuba buka lah mata bukalah sikit minda
Jangan asyek terpengaruh membabi buta
Berfikir apa terjadi bila musibah menimpa
 
Semua yang ada akan musnah segalanya
Lihat seperti negara jiran tetangga kita
Siapa yang menang siapa yang beruntung
Alah menang pastinya menjadi arang atau abu
 Siapa rugi dan akan menderita generasi baru
Anak cucu cicit kita nanti yang mewarisi bumi ini …


Oleh: Nurimanja,
Catatan yang menyakitkan hati.
Melihat bangsa yang tidak sedar diri malam jumaat 5/11/2010.