Ahad, 30 Ogos 2020

AGAK ANIH DAN MENGHAIRANKAN?


AGAK ANIH DAN MENGHAIRANKAN?

Agak anih dan menghairankan juga?
Masakan tidak kerana minda telah dicelarukan
Akibat mabuk kuasa dan menyokong agenda gial-gila
Mangsanya orang melayu sendiri dan bertelagah sesame kita.

Angkara cuma saekor lembu tua
yang gemar membawa lumpur dan najis
maka sesiapa yang terkena akan terimalah baunya
sebagai bersubahat untuk menjayakan hajat nawaitu jahatnya

Kini saban hari kian tenat nampaknya
Ramai orang kita yang siuman terperangkap sama
Untuk melangsungkan agenda mabuk dan merampas kuasa
Maka mereka lakukanlah tohmah dan fitnah dan mengguling dijalanraya.

 

Oleh:Pena Utara,
Catatan jam 7 pagi Isnin
Tanggal 16 Ogos 2015 Telok Kumbar.


Tiada ulasan: