Ahad, 16 Ogos 2020

ZIKIR MUNAJAT SANG KATAK

 

 ZIKIR MUNAJAT SANG KATAK 
 
Ternyata
Sudah pun tiga hari
Aku telah mendengar zikir munajat
Sekumpulan sang kata di tanah perumahan
Begitu mengharap hujan turun sebagai reziki dari langit .


Serentak
Zikir munajat sang katak
Bersama meminta hujan diturunkan
Mencurahi air ke bumi yang berbulan gersang
Biar pun sang katak berzikir dari maghrib hingga ke subuh.


Amat sedih
Terasa hingga ke hari ini
Ada bunyi guruh tetapi hujan tidak jadi
Adakah zikir munajat sang katak kini tidak lagi
Didengari diberkati AllahSWT disebabkan kekupuran manusia?

 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.50 pagi
Jumaat  Tarikh 17hb April 2020.


Tiada ulasan: