Isnin, 25 April 2022

EPISUD AKHIR BULAN RAMADHAN

 


EPISUD AKHIR BULAN RAMADHAN 

 
Ada suara
Mendayu dihujung sepi
terdengar penuh sayu sendu
seorang shahiful soleh berat meninggalkan
air matnya jatuh berjujuran
di dua pertiga malam syahdu
kerana enggan melepaskan
ramadhan malam seribu bulan
yang datang setahun
cuma sekali.
 
Oleh; Nurimanja,
Di malam sepi, 25, Ramadhan, 1430

SATU SYAWAL DENGAN 3 EPISUD

 



SATU SYAWAL DENGAN 3 EPISUD
 
Episud 1.
Satu syawal waktu kedenginan mencengkam malam
bergema suara takbir , tasbig dan  tahmid
di hujung menara sebuah majid
kerana esok ada pesta hasil kejayaan besar
muslimin dan muslimat dari pengobanan ibadat sebulan.
 
Episud 2.
Satu syawal anak bulan di atas kubur
di pagi syadu kelihatan dari celah daun
ranting puding terdengar bisikan
mendayu suara sendu seorang isteri bergelar balu
menangisi di pusara suami yang telah kembali kepangkuan illahi.
 
Episud 3.
Satu syawal Datang menjengok
kamar anak perantau senyumnya bagai dipaksa
hatinya dipagut resah kerana jauh di rantau orang
di jendela duduk terkenang air mata pun jatuh berlenang.
bila terdengar takbirraya lantaran jauh dari ayah bonda hati rindu sanak saudara

 
Oleh; Nurimanja, Pulau Burneo
Kuala Rajang ,Darikei,Sarawak Malaysia Timur
1980.

1 SYAWAL RATU AGONG



 1 SYAWAL RATU AGONG
-buat sahabat CITRARASA-

Satu Syawal
kau datang lagi menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari pasti akan aku meyambutmu
dalam dakapan mesra akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.
Jika kau dedaun emas

yang gugur di pagi aidil fitri akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu untukmu syawal maafkan daku zahir batin
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..
 
Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara. 25 November, 2001.



BERGEMA TAKBIR RAYA

 




BERGEMA TAKBIR RAYA 
-buat yang jauh diseberang -Bergema takbir  aidil fitri,
 
Membelah kediginan malam sepi
Memuji- muji  namamu illahi Kerana esok ada pesta kejayaan
buat pengorbanan ibadat sebulan.
 
-Bergema takbir aidil fitri,
Ada anak bulan di atas pusara Dari celah ranting puding kering
Terdengar suara  sendu dan sayu Tangisi seorang anak kelangan ibu.
 
-Bergema takbir aidil fitri,
alunannya suara melewati kamarSenyumku cuma bagai dipaksa
Kerana hatiku  sedih dibuai resah Terkenang ayah bonda sanak saudara
Sedangkan badan jauh di rantau orang,
 
Oleh; Nurimanja,
Laut Cina Selatan, Siar Berneou Post, Julai 1981


ADA SATU MALAM YANG KUCARI

 


1.ADA SATU MALAM YANG KUCARI
 
Ada satu malam yang kucari
Dalam letih lesu puasaku Dibawah restumu ramadan
Aku bangun di hujung malam Bersimpuh memanjat doa
Mencari malam seribu bulan
 
Semoga  berkatilah hidupku ini
bagai kembara dibumi gersang berikanlah  taufik dan hidayah
bersama para syuhada dan solehin kerana rindu tiada batasan ini
mengamit paggilan ke pintu syurga
 
Dimana Janatul Naim dan Makwa
Benarkan aku melepas dahaga Setitik air di telaga al kausyar
Semoga di akhir ramadan ini Semoga dapat bertemu  kembali
Di bulan ramadan di tahun depan.
 

Oleh; Nurimanja,
BBPTK .  Pulau Mutiara, 4hb, September, 2009,

Jumaat, 15 April 2022

MUSIBAH MENIMPA NEGARAKU KINI?

 



MUSIBAH MENIMPA NEGARAKU KINI? 
 
Amat menakjubkan!
Buat rakyat dalam negaraku ini
Setelah mandat  yang mereka dapat secara menipu
Kini apabila sudah berkuasa mandat yang rakyat beri telah pun dinodai
Malah segala perlembagaan dan perundangan negara sengaja mahu diperkosa dan dicabuli ?
 
Kini amat dikesali !
Negara yang aman dan Makmur
Tetiba ditimpa bala bencana covis 19 dan banjir kilat
Ditambah menjadi huru hara pelabur lari ekonomi jatuh merudum pula
Ramai pekerja tempatan diberhentikan Kilang besar ditutup operasi perpindah ke negara jiran?
 
RM500 Berberllion !
Pelabur Negara Timur Tengah
Mengalihkan oparasi mereka ke negara jiran tertangga
Mengapa dan kenapa negara kita  jadi begini dimana silapnya PH/PN?
Adakah kerana politik kita tidak setabil dasar perjanjian negara yang longkar tidak ketentuan?
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 2.30 petang
Hari Khamis  Tarikh 17hb Mach 2022                                      

MENGAPA KITA MESTI MENDUSTA ?



 





MENGAPA KITA MESTI MENDUSTA ?
 
Allah melarang
Amat murka kepada manusia
Melakukan  kerja onar dan kemungkaran.
 
Tetapi kenapa
Manusia suka melakukannya
Malah menjadi amalan kehidupan mereka.
 
Kenapa manusia

Suka sangat hidup berdusta
Malah berbangga diri pula bila berdusta.
 
Ingatlah berdusta
Satu penyakit sukar diubati
Sesiapa yang kena akan dipandang hina ?
 
Tidakkah mereka
Takut lidah mereka digunting
Di hari akhirat nanti kerana banyak dusta.
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 9.30 pagi
Hari Isnin   Tarikh 14hb Mach 2022                                      

JANGAN MAIN SEPAK TERAJANG








 JANGAN MAIN SEPAK TERAJANG
 
Sudah 4 kali
PRN negeri  sudah  berlaku?
Masih tidak puas hati pemimpin parti ?
Kalau begitu baiknya kita ada PRU15 sahaja lebih selesa ?
Biar rakyat yang menentukan mandat  kepada  parti mana mereka nak beri ?
Cukup memalukan negara apabila ahli politik bermain kotor  sepak tendang terajang sesama sendiri?
 
Sudah puas!
Rakyat pun dah naik meluat?
Jangan main sepak tendang terajang?
Memaki hamun mencacai gempar hasutan dan Tohmahan?
Semuanya kerja buag masa dan merugikan bangsa rakyat Malaysia sendiri ?
Dalam negara kita menipu rakyat sendiri diluar negara kita dihena dicaci mengunakan undang2 rimba?
 
Lihatlah kini!
Apa yang telah kita dapat ?
Masa berlalu dengan perebutan kuasa?
Tidak sepatut kita menipu rakyat ingin mensapat mandat?
Kalau 22 bulan 18 bulan PH/PN berkuasa utang bertambah ekonomi merudim?
Dimana baik  hebatnya kita menuduh parti lain merompak menyamun kalua kita sendiri melakukannya?
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 9.30 pagi
Hari Isnin   Tarikh 14hb Mach 2022                                      

.BENARKAH DAILOG PORPAGANDA?

 






.BENARKAH DAILOG PORPAGANDA? 
Ada seorang cayanualip niaga tepi jalan :
cakap duit Malaysia sudah jatuh,
balang semua ata naik ,
Gua jual apa pun susah laku ma!
Bila kami cakap dengan dia : Gua malik kampung malu ma!
semua org kampung ada keleta dua tiga buah .
Gua masih lagi keleta lama. Mana ada susah?
Dia jawab dasar tak mahu kalah putar belit:
Woi itu olang kampung semua pinjam bank maa!
Lu ingat bank bodoh ke ?
Kalau tak ada kerja, tak ada duit boleh kasi pinjam ke?
Akhir sekali dia kata: Sorry kawan gua mahu balik cepat hali mau hujan .
.Terus dia angkat barang jualannya
semua barang keperluan dapur itu nampak dari negeri china .
Dia tak putar tetapi nak bilik juga .

Oleh: Suara Pulau,
Catatan jam 8.00 pagi
Tarikh Khamis 3hb  Mach 2022.


SANG GILA KUASA MAHU UNDUR

 







SANG GILA KUASA MAHU UNDUR 
 
 
Gemparkah!
Bersempatikah penyokong?
Nangis dan keluarlah air mata  patriotiuk?
Sang saka tua mahu umdurkan  darinya dariupada politik ?
Apa pandangan kalian  buat Sang Mabuk Kuasa dan Sang Tamak Kuasa ?
 
Di Parlimen!
Bolehkah kalian percaya ?
Sebab dahulu pun nak keluar gekanggang?
Lantas masuk balik gelanggang menari berdondang sayang?
Dengan bantuan Sang Mabuk Kuasa dengan Sang Tamak Kuasa Berjaya ?
 
Kalau benar!
Sang Saka tua berundur ?
Tetapi Anaknya masih ada mengantikan ?
Semangat perjuangan politiknya masih membara menyala?
Jangan terlalu mengharap Sang Mabuk Kuasa dan Sang Tamak kuasa ?

 
Oleh Pena Utara,
Catatan jam 11.30 pagi
Hari Jumaat  Tarikh 11hb Mac 2022.

Selasa, 5 April 2022

REZEKI NELAYAN PUKAT JERUT LKIM

 








 REZEKI NELAYAN PUKAT JERUT LKIM 

Bermula dari  LKIM
Kuala Marang di Terangganu
Bembeli air batu sebelum ke lautan dalam
Bertolak jam 6 petang untuk menuju ke lokasi penangkapan ikan
Langkah pertanama jatuhkan anak unjang di tengah lautan sebelum dilingkung ikan-kan.
 
Anak unjang dijatuh
Diikuti pukat jerut dilabuhkan
Bot induk mulai mengelilingi anak unjang
Setelah pukat jerut ditarikkan seorang tekong terjun kelautan
Mengawal pergerakkan pukat jerut agar para pekerja berkerjasama dan berjalan lancar
 
Apabila pukat ditarik
Nampak wajah kegembiraan
Semua ikat terkumpul di dalam jerutan
Masing-masing punya tugas tersendiri menarik ikan tangakapan
Satu jerutan ke satu jerutan ikan-ikan dinaikankan  sehingga pemenuhi perut bot induk.
 
Oleh Suara Pulau
Catatan Jam 8.00 pagi
Hari Selasa Tarikh 8hb Mach 2022



SAWAH PADI DAN KEBUN TEH

 



SAWAH PADI DAN KEBUN TEH
 
Apa khabar ?
Kini ziarah Kembara
Sedang berada  Di kampung Karanganyer
Desa Banyuasih Kecamatan Teraju Kabupaten Tasikmalayala
Sebuah Desa yang tenang dan aman di kelilingi dengan sawah padi dan kebun teh.
 
Sawah padi ?
Bertingkat tingkat ,
Rumah tradisinol bercat dinding bertam
Anak kecil bermain dihalaman rumah menunggu ayah pulang
Mengerjakan sawah padi dan kebun teh di lereng bukit dan kaki gunung curam ?
 
Air mengalir ?
Jernih dari bebukit
Masuk ke dalam sawah dan peparitan
Para petani sentiasa menjaga rahmat air yang Allah berikan
Begitu juga dengan kebun Teh yanghijau bagai sumber rezeki buat para petani ?

 
Oleh: Pena Runcing
Catatan jam 5.45 pagi
Ahad Tarikh 6hb Mach 2022.

PRN JOHOR DITANGAN PENGUNDI?

 






PRN JOHOR DITANGAN PENGUNDI?
 
Perlu diingat
kemenangan totol PRU14 2018 dulu
Luka belum habis kesan di dalam hati pengundi
Satu angenda konspirasi licik sang sangka bersama kuncu-kuncunya
Lalu mereka berjaya menumbangkan sebuah parti keramat orang melayu berusia 63 tahun.
 
Luka di hati !
Masih lagi parah dan berdarah ?
Bukan kerana penyerahan mandat yang diberi ?
Tetapi janji 100 hari semuanya masuk parit hanyut terjun ke lautan?
Sebaiknya biarlah kita menang atas kebenaran bukannya penipuan licik tohmah dan fitnah.
 
PRN Johor !
Rakyat jelata cukup terseksa ?
Bila kuasa telah diberi pemerintahan kerajaan
Ternyata kezaliman dan pembohongan yang luar biasa berlaku pula ?
Bantuan dipotong, jabatan dikecilkan, ada pekerja diberhentikan,  rakyat diminta ikat perut?
 
Cukup saja !
Sampai disini sayang  PH/PN ?
22 bulan 18 bulan dicampur jadilah 40 bulan .
Kami sudah tidak percaya lagi dengan nawaitu penipuan dihati anda ?
Kini berpecah seribu parti PH/PN untuk menawan hati kami tidak mungkin dapat Kembali ?

 
Oleh: Pena Runcing
Catatan jam 5.45 pagi
Khamis Tarikh 3hb Mach 2022.


DAILOG PORPAGANDA

 













DAIKOG PROPAGADA

Ada seorang cayanunalip niaga tepi jalan :
cakap duit Malaysia sudah jatuh,
balang semua ata naik ,
Gua jual apa pun susah laku ma!
Bila kami cakap dengan dia : Gua malik kampung malu ma!
semua org kampung ada keleta dua tiga buah .
Gua masih lagi keleta lama. Mana ada susah?
Dia jawab dasar tak mahu kalah putar belit:
Woi itu olang kampung semua pinjam bank maa!
Lu ingat bank bodoh ke ?
Kalau tak ada kerja, tak ada duit boleh kasi pinjam ke?
Akhir sekali dia kata: Sorry kawan gua mahu balik cepat hali mau hujan .
.Terus dia angkat barang jualannya
semua barang keperluan dapur itu nampak dari negeri china .
Dia tak putar tetapi Cuma nak bilik juga .

Oleh: Suara Pulau,
Catatan jam 8.00 pagi
Tarikh Khamis 3hb  Mach 2022.

 


KALAU KITA PUNYA WANG ?

 







KALAU KITA  PUNYA WANG ?
 

Tiada maaf
kalua kita nak sembang ?
Kita punya wang kita boleh sembang ,
Kita boleh bohong sembang banyak temberang
Kita punya wang kita boleh beli siapa sahaja yang kita sika ?
 
Apa sahaja
Kalau kita hendak buat ?
Kita punya wang apa hendak hairan ..
Kita boleh beli ahli politik  perudangan negara,
Malah siapa sahaja musuh politik akan kita rampas kuasanya ?
 
Ingat rakan
Jangan hairan hati kita
Boleh cair dan tunduk kalua kita hulur
Bila disigok sengan wang yang banyak berbillion
Siapa sahaja akan ikut dan patuh perintah dan telunjuk kita  ?
 
Oleh Suara Pulau.
Ctatan jam 7.25 pagi
Isnin 28hb Februari 2022.