Isnin, 29 April 2019

MAKANAN YANG HARAM





 MAKANAN YANG HARAM

Allah sesungguhnya maha mengetahui
Semua benda yang diharamkan tetapi bila darurat
Allah membenarkan kalau keadaan  terpaksa melakukannya
Sesungguhnya Allah membenarkan terpaksa dalam keadaan  darurat
Bagi mereka sudah habis Ikhtiar dan usaha terpaksa memakan tidaklah menjadi dosa.

Allah S.W.T amat faham dan memudahkan
Allah menghendaki kemudahan bukan kesusahan
Jikalau keadaan sudah terdesak dan darurat diizinkan Allah
Tetapi bukanlah sewenang-wenangnya kita melakukannya dengan mudah
Walaupun Allah itu maha pengampun dan maha mengasihani dalam keadaan terpaksa.

Tetapi Allah S.W.T juga memberi amaran
kepada manusia  mereka tidak boleh melakukannya
Sesuka hati atau bebas memakan nan yang Allah haram kan
Begitu juga manusia  jangan melakukan sesuatu dengan tersembunyi kan
Kerana itu ianya  termasuk dalam sesuatu yang keji patut  manusia meninggalkannya .

Oleh; Nuri manja,
Catatan 17hb April, 2019. Jam 7 pagi
Gambar Cuma hiasan saja.