Isnin, 15 April 2019

DUNIA PENUH DENGAN FITIGERI





DUNIA PENUH DENGAN FITIGERI

Kita kena awas
Janganlah mudah terpedaya 
Walaupun dunia tidak boleh di tinggalkan
Jangan kita terlalu terpukau dengan keindahannya
Kerana dunia fana ini  ianya hanya penuh dengan agenda fitigeri.

Dunia hanya fitnah
Bagi mereka yang pernah gagal
Penuh ujian dan godaan yang melalaikan
Bagaikan tumbuhan hijau yang tidak kekal selamanya
Biar merendang hijau indah bila kemarau panjang akan musnah.

Hanya mereka pintar
Selalu sahaja ingat berwaspada
Sukar di tawan dengan pengaruh dunia
Kerana menyakinkan hidup di dunia hanya sementara
Perjalanan yang sebenar di alam akhirat kita kekal abadi di sana.

Oleh. Nurimanja,
Catatan jam 2.30 ptg.
Tarikh Selasa 2hb, April 2019.

Tiada ulasan: