Sabtu, 24 Disember 2016

KEMBALI NYA ROH BERBEZA


 

 KEMBALI NYA ROH BERBEZA


Bagaimana keadaannya
Seorang selepas mati nanti
Mereka mengikut amalan roh  kembali.

Bila mati seorang itu
Roh-roh yang  kudus mereka
Akan di sambut oleh para malaikat al Kudus

Hanya orang beriman
Dan mereka yang beramal soleh
Mereka rasa cukup gembira untuk kembali

Tetapi mereka engkar
Banyak melakukan dosa kejahatan
Mereka jadi resah takut kembali kepada Nya.

Kerana para Malaikat
Datang dengan kasar dan bengis
Bersama kain kapan dicampakan dengan keras.

Oleh Pena Runcing
Catatan jam 7.25 pagi
Hari Jumaat 23hb Disember 2016.

.HANYA ALLAH PENGAMPUN NABI MEMBERI SEFAAT






.HANYA ALLAH PENGAMPUN NABI MEMBERI SEFAAT


Bagi seorang kita
Soal hidup dan mati seorang itu
Semuanya Allah S.W.T telah pun menetapkannya
Kita sekadar berikhtiar berusaha dan berdoa kepada Nya.

Bagi orang beriman
Mereka tetap yakin dan percaya
Segala kebaikan dan keburukan menimpa kita
Hanyalah satu ujian bagi menilai ketabahan keimanan kita.

 Sebab itu kena ingat
Segala dosa-dosa kita selama ini
Hanyalah Allah S.W.T yang dapat mengampunnya
Bagi mengharap safaat banyak bersolawat ke atas nabi kita.


Oleh Pena Runcing
Catatan jam 6.05 pagi
Hari Jumaat 23hb Disember 2016.