Ahad, 25 Oktober 2020

DULU KAMILAH PEMBAWA PANAH

 


DULU KAMILAH PEMBAWA PANAH 
 
Jika Atok seorang wira
Kamilah pengering yang setia
Membawa panah , kuda dan mengiringinya
Kami sanggup bergadai nyawa asalkan Atok terus berkuasa.

Tetapi hari ini tiada lagi
Semangat juang telah  hilang
Bagaikan telah dilanda tiupan agin petang
Panah dan kuda tiada lagi disisi semuanya telah dimusnahkan.

Kerana rasa kekecewaan
Cukup sakit dan tenat dalami
Luka parah di hati ini bukannya sedikit
Setelah Atok berjaya berkuasa kembali Atok lupa segala janji?


Oleh; Pena Runcing
Catatan jam 7.00 pagi.
Tarikh: Khamis 3hb September 2020.

NABI MEMBUAT KEPUTUSAN

 


NABI MEMBUAT KEPUTUSAN 
 
Ada seorang Munafik
Suka mendakwa mereka beriman
Tetapi mereka suka menipu dan memberi amarah ?
 
Wajah rang munafik
Mereka suka berpura-pura beriman
Kepada Allah , kepada Nabi dan kitab suci alquran ?
 
Mereka ialah Atahut
Suka mendewa orang bukan Islam
Malah mereka banyak melakukan banyak kesalahan?
 
Mereka berniat jahat
Sengaja melakukan bertentangan
Dengan apa yang di ajar dan perintah syariat Allah ?
 
Syaitan sudah Berjaya
Mereka ini disesat yang amat jauh
Kerana ingin menegakkan sesuatu yang nyata salah ?
 
Omar sanggup bunuh !
Beginilah aku membuat keputusan
Kerana sesiapa yang menolak keputusan Nabi dan Allah?
 
Oleh Nureimanja,
Catatan jam 7.50 pagi
Jumaat Tarikh 4hb Septembewr 2020 .

 

 


TANGAN-TANGAN YANG BERDOSA DULU



TANGAN-TANGAN YANG BERDOSA DULU 
 
Palastine!
Dulu orang-orang lamamu
Telah menjadi dalang pada bangsamu
Kini segala penderitaan dosa mereka yang dilaku dulu
Anak-anak genarasi baru mereka kini terpaksa dibayar dengan darah.

Palastine!
Bila berlaku persubahatan
Diantara orang-orang dari bangsamu
Bersekongkol dengan bangsa Yahudi laknatullah itu
Segala kemunduran dan penyeksaan anak cucu dan cicitmu menanggungnya.

Palastine!
Satu pengajaran buat kita
Bangsa melayu yang telah merdeka
Jangan sesekali menghasut , mentohmah dan memfitnah
Kemerdekaan yang hilang untuk mendapatkannya kembali satu penyeksaan.

Oleh; Nurimanja
Catatn jam 6.30 petang
Hari Khamis Tanggal  3hb September  2020.

.RASA HORMAT TIADA LAGI


RASA HORMAT TIADA LAGI 
 
Aku lihat saban hari
Cerita hormat menghormati
Satu budaya bangsa kita sudah tiada lagi
Ternyata hilang kini
Orang muda tiada segan silu
Mentertawakan pula orang tua lanjut usia .
Malah orang tua pula
Memperlekehkah anak muda
Keduanya sama hilang rasa menghormati.
Ini dilema budaya kita
Orang tua dan orang muda
Tiada lagi rasa hormat dan menghormati.
 
Oleh Pena Utara,
Catatn jam 5.45 pagi
Hari Rabu Tanggal  2hb Septemner 2020.

AL QURAN DAN PERADAPAN

 


AL QURAN DAN PERADAPAN 

Kitab suci al Quran
Bukan sekadar untuk dipertandingkan
Belajar hukum tajuid dan  berbagai taranum layak untuk bertanding
Atau Al Quran itru Cuma dibuat hiasan di dalam ala mari dengan harga yang tinggi
Amatlah sedih dan kecewa bagi umat Islam tidak mengambil pengajaran di dalam al Quran itu ?
 
Al Quran Peradapan
Banyak pengajaran dan juga hikmahnya
Bicara Peradapan tentang hidup dan mati kita dunia dan juga akhirat
Mengajarkan kita tentang kejadian alam peridaran siang malam dan pelenat lainnya.
Peradapan tentang manusia , haiwan dan tumbuhan serta ikhsan pada alam jamadat didunia ini?
 
Al Quran dan Sains
Bila kita mengenal situasa pergerakan
Kita mampu mencpita perjalan dan perhubungan melalui gelombang
Malah manusia berjaya berhubung melalui hujung jari gelombang seluruh alam maya
Semua peradapan dalam Al Quran ini perlulah kita gunakan sebaik mungkin bukan membinasakan?
 
Oleh; Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Selasa Tarikh 1 hb September 2020.

Khamis, 15 Oktober 2020

TAAT KEPADA ALLAH , RASUL DAN PEMERINTAH

 







 TAAT KEPADA ALLAH  RASUL DAN PEMERINTAH

Taat kepada Allah S.W.T
Kemudian taat kepada Rasulnya
Kemudian lagi barulah kita taat kepada pemerintah.
 
Jika kalian ada masaalah
Kembalilah kepada sunat rasulnya
Jikalau kamu benar -bear beriman kepada Allah SWT
 
Bagi orang yang  beriman
Jikalau kita benar-benar beriman
Rujukkanlah kepada ajaran Quran dan sunat Nabi SAW.
 
Allah mengasihani kita !
Dengan itu jelas apa saja perselesihan
Kembalikanlah rujukkan berpandukan Quran dan Sunat
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Selasa Tarikh 1 hb September 2020.
 

.LIDAH BOLEH TERGELINCER





.LIDAH BOLEH TERGELINCER   
 
Apabila lidah kita tergelincer
Malaikat rahmat pun melarikan diri
Kerana terlalu banyak mencaci dan mengeji
Mencritakan tentang  perkara yang dusta
Yang pasti boleh terperangkap di api neraka
 
Jagalah lidah jangan tergelincer
Daripada terjatuh dilembah kehinaan
Jangan cuba menempah kegelinceran lidah
Kerana pengucapan kita akan dicatat malaikat
Pastikan ucapan kita lidah tidak tergelencer.
 
Oleh: Nurimanja,
Terlalu banyak dengar ceramah,
Sehingga diri menjadi takut dan lesu.
November 2010, 9 malam. Galas jangan patah



MUFAKAT MEMBAWA BERKAT?



MUFAKAT MEMBAWA BERKAT? 
 
Tambunan !
Anak tangga 1001
Kini telah menjadi tempat pelancongan
Sebuah perkampung tradisiniol suku kaum di atas bukit
WaHasil mufakat kerja memberi memfaat dan kini membawa berkat .
 
1001 Tangga
Kudrat kita kita
Telah ernyata ini! Di atas Bukit Nenas
Buat Penduduk Kampung. Libang Ulu di Tambunan, Sabah,
Mulai dikenali rakyat jelata Sabah Sarawak Semenanjung  Malaysia .
 
Di Tambunan
Selain 1001 tangga
Ada tempat menarik untuk di kunjungi
Lebih dari 10 tempat menarik mempunyai daya tarikannya

Tidak rugi untuk melancung bawa keluarga bereyadah di Tambuna ini

 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5 20 pagi
Ahad tanggal 30 Ogos 2020.


MEREKA YANG MENJATUHKAN HUKUM!



MEREKA YANG MENJATUHKAN HUKUM! 
 
Para menjatuhkan hukum
Sepatutnya wajib bertanggung jawab
Mesti melakukan keadilan yang sebaik-baiknya
Setiap para penjatuhkan hukum mesti dipilih dari kehendak rakyat
Kerana Islam itu satu nasihat membenarkan keadilan bukan mengikut hawa nafsu ?
 
Allah SWT menyuruh kita
Semoga berlaku adil  mematuhinya
Nabi Daut dijadikan seorang Khalifah dib umi ini
Jalankan tugas kamu dengan penuh keadilan menjalankan tugasmu
Di hari akhirat akan diangkat cahaya -cahaya bagi mereka yang berlaku keadilan ?
 
Sesungguhnya Allah SWT
Memerintahkan kamu memberi hak
Bagi mereka yang hak menjatuhkan hukumanini
Menunaikan amanah dan menjatuhkan hukluman yang sebenarnya
Inilah tanda nikmat iman yang dikurniakan kepada para penjatuh hukum ditugaskan?
 
Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.45 pagi
Isnin Tarikh 31hb Ogos 2020

SIKAP GOLONGAN YAHUDI



SIKAP GOLONGAN YAHUDI

Gulangan orang Yahudi
Selalu menganggap mereka orang yang suci
Kalau mereka jadi pemerintah pasti mengutamakan gulungan sendiri.

Mereka kononnya bersih
Mereka orang yang terpilih dari Allah S.W.T
Mereka juga selalu bersifat hasad dengki melihat kelebihan orang lain.
 
Gulongan puak Yahudi ini
Terdapat juga sifat iri hati dan hasad dengki
Kerana Nabi Muhamad SAW telah pun terpilih sebagai nabi dan rasul .
 
Wahai kaum bangsaYahudi
Datuk nenek kamu dahulu keturunan terpilih
Darpadai golongan orang terpilih nabi dan rasul keturunan Bani Israeil.
 
Kini mengapa berdengki ?
Kalau Allah SWT memilih nabi dan rasul  itu
Daripada golong kaum Qurais juga dari datuk nenek  Ishak dan Ibrahim?
 
Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Tarikh Rabu 26hb Ogos 2020



Isnin, 5 Oktober 2020

ALLAH MENGAKAT NABI ISA ALASHISSALAM



ALLAH MENGAKAT NABI ISA ALASHISSALAM 
 
Ali Imran 58
Demekian apa yang kamu baca
Wahai Muhammmad tentang Ali Imran Mariam dan Ibu
Dan kisah Nabi Zakarian dan Yahya berturut inilah bukti kebenaran
Sedangkan kamu tidak mengetahu sebelunm ini kami terangkan nabi Isa tanpa bapak.
 
Tidak mustahil
Kami cipta nabi Isa tiada bapak
Kami cipta nabi Adam juga tidak mempunai ibu  bapak
Semuanya ini ada keajaiban dan keanihan kepada kedua-dua  nabi ini
Wahai bani Israel kalua kamu menjangkan Isa anak Tuhan atau Tuhan terbatal jadinya.
 
Sesungguhnya
Allah mencipta nabi Adam dari tanah
Bila Allah berkata kun pa kun maka jadilah ia manusia
Inilah kuasa Allah itu sentiasa berlaku bila Allah berkehendakinya
Maka jadilah tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikannya kehenmdak Allah SWT..
 
 
Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.00 pagi
Tanggal 25hb Ogos 2020.

BUAT PENOREH GETAH PEKEBUN KECIL




BUAT PENOREH GETAH PEKEBUN KECIL 
 

Ini pokok yang kami sembah
Saban pagi sebelum subuh batangmu kami toreh
Apabila batang pokokmu sudah tua susu getah mu mengalir lesu
Kami penghuni pekebun kecil getah akan merasa kegelisahan jikajatuh  harga getahmu
Kami cukup terasa sewaktu zaman kerajan Pakatan Harapan memotong bantuan sara hidup di kurangkan .
 
Cuma kini kami berasa lega
Harga getah naik sedikit sekelo jadi RM3.80sen
Kalau dulu zaman PH hatga getah kian turun Rm2.00 sekilogram
Kini ada sedikit peningkatan alhamdullilah kepada kerajan baru PM8 pimpinan  TSMY .
Semua pekebun kecil getah berasa lega dan semoga gapat Kembali ceria menghdapi masa depan kehidupan.
 
Kami ini penghuni kampung
Tidak perlu kemewahan dan kekayan yang lebih
Cukup sajalah asal dapat bernafas dengan hasil penorah getah
Kami tidak harap gaji bulan cukup sekadar boleh makan dan beli barang keperluan
Adakala bila harga getah naik melambung penoreh pergi ke kebun  pakai kereta proton saga buatan Malaysia.
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 9.15  pagi
Isnin Tarikh 24hb Ogos 2020.
 

.LIHATLAH WAHAI MUHAMAD!



LIHATLAH WAHAI MUHAMAD?

Umatmu di akhir zaman
Telah melanggar segala syariat Allah SWT
Orang kapir dan kupar mendurhaka kepada Allah SWT
Seolah saksi yang Allah sediakan tidak beerti kepada mereka ?
Semacam utusan nabi Muhamad SAW itu sebagai pembawa cerita donging ?
 
Amatlah sedih rasanya
Langsung tidak merasa takut dan gentar
Malah mendewa-dewakan seorang yang menjadi edola
Cukup fanatic sanggup berkorban malah mengistiharkan jihad ?
Sedangkan ketua yang mereka dewa-dewakan bukannya muslim non muslim ?
 
Terlalu suka senangnya
Mereka melakukan  segala kemungkaran,
Melakukan pembohongan tohmah fitnah dan hasutan
Kemudian mereka mendakwa merekalah pembela umat Islam ?
Tetapi mereka sebenarnya orang munafik yang bersembunyi dalam Islamik ?
 
Mereka ini tidak takut
Malah berani mencabar mempersendanya
Bawaha merekalah yang membawa kehidupan terkini
Idea baru kebebasan hak asasi insan normal dalam kehidupan ?
Sesuai dengan kehendak jiwa nalori yang diperlu dalam kehidupan manusia?
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 7 .00 pagi
Rabu Tarikh 12hb Ogos 2020.
 

SEORANG WIRA



SEORANG WIRA 


Seorang Pewira
Pernah berkhidmat 42 tahun dalam kerajaan
Membantu pemerintah dalam usaha membangunkan negara
Kini setelah negara makmur rakyat pun terasa mewah dia dipermainkan
Disebabkan ada rasa cemburu dan tidak senang hati di kalangan sahabat dan seterunya.
 
Setelah  kerajaan
Bertukar tangan akibat tohmahan dan fitnah
Dia didapati bersalahan kerana melakukan salah guna kuasa
Kini dedenda penjara 12 tahun dan denda 210 juta  kerana 42 juta hilang
Maka tidak ada nilainya berkhidmat bagi memajukan negara dan kemewahan raktnyanya.
 
Kini wira  cuma
Mengharap Mahkamah Rayuan dan Persekutuan
Bagi menilai semula mahkamah Ngara menjatuhkan hukuman
Jikalau ada terbukti bersalah atau ada usur fitnah dan tomahan sahaja
Nasib wira kini untuk menebus maruah dan membersih namanya akan Kembali diingati .
 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 7.30 pagi
Jumaat Tarikh 14hb Ogos  2020.

 

SEORANG PERJUANG POLITIK DIHUJUNG SENJA




SEORANG PERJUANG POLITIK DIHUJUNG SENJA 

Kini 95 Tahun
Atok masih berjuang
Siapakah yang tidak kenal PM4
Kisah seorang perjuang di hujung senja
Kini telah dua dua kali  mendapat  jawatan Perdana Menteri.

Rakyat ingat
Presiden parti UMNO
Setelah 22 tahun berkuasa
Berjaya melaksanakan berbagai agenda
Dahulu dia berkata Melayu dilema hidup dalam kemiskinan .
 
Atok bangkit
Dalam kerjaya politik
Atok ini biasa keluar masuk
Mencipta dua buah partinya tersendiri
Pernah jadi PM7 cuma 22  bulan parti PH telah dibubarkan.

Bila tercabar
Kini Atok berjuang lagi
Di pentas politik era baru
Dengan parti barunya Perjuang bangsa
Bukan untuk orang melayu sahaja semua bangsa di Malaysia.

Oleh Nurimanja,
Catatan jam 7.45 pagi
Khamis tanggal 13hb Ogos 2020.