Selasa, 30 Ogos 2016

SESEKALI AKU PUN KEHILANGAN ILHAM






 SESEKALI AKU PUN KEHILANGAN ILHAM


Ada masa dan ketika
Aku juga kehilangan ilham
Untuk mencita puisi harianku

Kekalutan bias saja
Membantutkan minda kita
Untuk melahirkan sebuah puisi yang puitis.

Gangguan minda juga
Boleh belaku bila permasalahan
Sering datang melanda gagal diselesaikan.

Maka aku pun gagal
Mencari ilham untuk melahirkan
Sebuah puisi yang aku catatan saban hari.

Kini aku kena menunggu
Sehingga permasalahan selesai
Barulah aku akan dapat ilaham yang segar semula.


Oleh:  Suara Pulau,
Catatan jam 6. 50 pagi
Hari  Sabtu Tanggal 20 Ogos 2016 .

HENTIKANLAH SENGKETA SESAMA KITA







HENTIKAN LAH SENGKETA SESAMA  KITA

Ingatlah selawat nabi
Semoga kita hentikan sengketa ini
Lupakah kita pada agama,  bangsa, dan negara
Lima hari lagi kita bersama sambut ulang tahun merdeka .

Jika  besok ada juga
Perhimpunan baju kuning dan merah
Pasti ada  petanda yang kurang sihat melanda
Di antara rakyat jelata dalam fahaman politik sesama kita .

Hentikan lah agenda
Di antara baju kuning dan baju merah
Tidak perlu ada cabar mencabar beradu domba
Harap jangan gadai kan harga kemerdekaan negara kita.

Oleh:  Tinta Azimat,
Catatan jam 6.35 pagi hari
Jumaat Tanggal 26ahb Ogos 2016.