Rabu, 24 Ogos 2016

DULU KITA SAMA BERJUANG




 
 DULU KITA SAMA BERJUANG

Dulu kita sama berjuang
Membuka dan meneroka hutan ini
Kita menanam pokok durian raja musang
Lebih puluhan tahun hasilnya kini berbuah lebat
Maka di makan dan dinematilah anak cucu cicit kita bersama
Sehingga kini hasil dan pungutan jualannya dapat menampung kehidupan.

Walaupun ada juga puak
Kurang senang hati dan iri hati
Mahu menebang pokok durian raja musang
Kita bersama bagi mempertahan kan keutuhannya
Malah sehingga kini bau dan rasa nikmati durian raja musang
Telah pun terkenal di seantirul dunia menjadi idaman rakyat menyebutnya.

Tetiba kini ada cerita pula
Angin yang mula bertiup dari dalam
Pokok durian raja musang hendak di tebang
Ingin diganti pokok durian asli dari baka tak puas hati
Kononnya tuan penjaga yang menguruskan tidak amanah lagi
Maka hendak diganti dengan kroni anak cucu kaum kerabat mereka sendiri.


Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.50  pagi
Tarikh: Hari Rabu 10hb Ogos 2016


1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dalam kehidupan kita seharian , kita mesti awas dan berhati-hati kerana hati manusia sering saja berubah, kalau dahulu kita kawan kekadang boleh jadi lawan ... Itulah kehidupan manusia bila hati berjaya dipijuk dan dibujuk jin dan syaitan .....