Selasa, 25 Julai 2023

ADA SEBUAH KAMPUNG ASYEK MEREBUT KETUA ?

 








ADA SEBUAH KAMPUNG ASYEK MEREBUT KETUA ? 
 
 
Ada se buah kampung
Entah beratah namanya diberi
Memang banyak hasil mahsulnya djadikan Allah
Mungkin untuk menguji hati ketua kampung yang beriman?
Apakah niat dan nawaitu mereka ingin jadi ketua kampung semula kadi ini ?
 
Seruap 5 tahun sekali
Ada pemilihan menjadi ketua
Bagi  memimpin dan menjaga hasil mahsulnya
Demi untuk kesejahteraan ekonomi pendidikan kesihatan
Dan menjaga segala agama bangsa dan harta warisan kampung keramat ?
 
Tetapi sangat malang
Setelah lebih setengah abad
Ketua kampung selih berganti dilantik menjaga
Sebuah kampung yang telah berjaya melepasi kemelut
Tetiba berlaku kekalutan agenda ingin merebut kuasa ketua lama dan baru?
 
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 6.30 pagi
Hari  Ahad Tarikh  16 /7/2023

 

,ADAKAH KITA MASIH MAHU BERSILAT LAGI ?

 







,ADAKAH KITA MASIH MAHU BERSILAT LAGI ?

 

Kekayaan yang kita buru  ?
Masih belum habis lagi isi khazanahnya
Agenda mahu sakau cekau dan gagau belum tamat
 
Bagaimana Panglima kita ?
Adakah masih lagi mahu main bertikam
Untuk menyambung sandiwara yang belum tamat
Ayuh kita mulai langkah ?
Tunjuk bunga seni silat kegemaranmu
Jika bergerak patah kaki melompat tercabut sendi
 
Kini kita sedang bersilat ?
Mulai langkah sepak tendang terajang
Selepas itu kita mulai pula dengan menguhus keris
 
Kita lihat siapa tertewas ?
Siapa yang berkubur atau dikafankan
Jangan biar gendang dipalu pendekar pula  hilang
 
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 6.30 pagi
Hari  Sabtu Tarikh  15 /7/2023

 



KECELARUAN MINDA KIAN MEMNENGINGKAN ?







 KECELARUAN MINDA KIAN MEMNENGINGKAN ?

Neraca
Sia-sia aajakah
Kita selama ini  membawa neraca
Agar timbang sama rata dapat filaksanakan
Tetaoi ada pula puak sakau , cekau dan gagau cuba vuat kacau ?
 
Apakah
Sepatutnya kita
Kita lakukan membiaekan sahaja
Penyakit tiga serangkai ini bermaharajalela
Sehingga orang yang tidak sakit disumbatkan di dalam tahanan ?
 
Kenapa
Ada tidak kena
Ataupun perasaan hasad dengki
Yang telah mencengkam hatinurani kalian
Sehingga sanggup melakukan dosa agenda tohmah dan fitnah ?
 
Sekali
Kalau berfikir
Ada hikmah dan kebaikkannya
Agar manusia ingat kalau mereka di atas
Tidak boleh jatuh dipijak semuala bagaimana rumput merata ?
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 11.30 pagi
Hari Khamis Tarikh  13 /7/2023

 

.BILA KATAK MULAI BERATIB







.BILA KATAK MULAI BERATIB                                    
 
 
Tahuii!!
Lihat budaya
Bila musim hujan lebat tica
Banyak sang katak  beratip memuja diti sendiri
Lantas keluar berbagai jenis sang katak melompat dan menari ?
 
Waduh!
Banyaknya
Manusia katak jadi peminpin
Beratip sepanjang bulan bagi menentukan nasib
Sebulan Ogos datang membawa berita menag atau kevundang ?
 
Panas!
36 C naik
Suhu dahsat  waktu petang
Hujan lebat tidak mematikan ratip dan tarian ..
Semua sangkatak memimpikan kemenangan berganda rasanya?
 
Hebat!
Ada katak
Lana dan baru meeratipkan
Kisah tohmah dan fitnah peda penyokongnya
Kalau kita menang  budaya sakau dan cekau akan berterusan ?
 
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 9.30 pagi
Hari Salasa Tarikh 11 /7/2023

 

SE ORANG GADIS DUSUN YANG AKU RINDUI



SE ORANG GADIS DUSUN YANG AKU RINDUI
 
Duku aku pernah ziarah se buah dusun
Selepas puas makan buahannya
Di jamu oleh tuan Dusunnya
Aku terlihat wajah hadis
 
Se orang gadis dusun yang aku rindui
Yang bernama Seri Idayu Manja
Wajahmu selalu terbayang
Di ruangan mata hatiku
Aku gelisah jadinya
Sehingga kini
Wajahmu
Di hati
 
Aku pun cari pen dan se cobek kertas
Ingin ku lukis wajahmu nan ayu itu
Tetaoi gagal sekali nampaknya
Aku lihat wajahmu di awan
Senyummu manis sekali
Hatiku berdebar
dan berkata
Cintaimu
 
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 8.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 9 /7/2023

 

Sabtu, 15 Julai 2023

.WANITA AMAZON HIDUP TANPA PRIA

 







.WANITA AMAZON HIDUP TANPA PRIA
 
 
Penulis puisi
Berkelana  ziarah ke hutan belanyara
Lantas bertemu Wanita Amazon hidup tanpa kaum pria ?
Di oendalaman hutan belantara yang terpencil dari orang kainnya
 
Kaum Wanita
Apabila mereka rasa ingin berkawun
Mereka mengintai peria suku lain untuk dijadikan suami ?
Dalam suku ini tidak dibenarkan seorabg pun peria berada di sini
 
Untuk Hanel
Meeeka mencari suku kaum pria lain
laku menculik  dan dijadikan suami berkonsi gelirannya ?
Jika anak yang lahir perempuan mereka menyambut bergembira
 
Kemudianya
Peria dipulangkan kepada kaumnya
Jika anak perempuan mereka jaga menjadi pwrajueud
Jikalau anak lelaki mereka buangkan ke dalam hutan belantara
 
 
Oleh  Nurimanja
Catatan jam 8.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 22 /6/2023
 


SEMALAM PUN AKU BERMIMPI LAGI ?

 








 SEMALAM PUN AKU BERMIMPI LAGI ? 
 
 
Entah kenapa
Tetiba aku erada di bawah perut gajah
Gajah besar itu cuba menghulurkan belalaunya
Di hujung belalainya itu ada kad warna putuh berbentuk love
Ia menghulurkan kepadaku aku vuba mengelak ke kiri dan ke kanan sahaja
Aku tahu kalua ianya  piajal matilaj aku tetapi ianya cuma ingin bergurau saja denganku
 
Kata Blogger
Bermimpi bermain dengan gajah itu?
Satu petanda baik anda akan dapat kemuliaan
Kesenangan dan penghormatan daripada rakan orang ramai
Mungkin ada sedikit kejayaan anda tunjukkan permaian kongsi bersama
Apa pun jangan hairan kalua itu benar ? Malah ada rajan tidak senang hati nampaknya
 
Oleh  Nuri Gegar
Catatan jam 1.30 Tengah  hari
Hari Salasa Tarikh  4 /7/2023

 

 


BILA WANG MEMPENGARUHI KITA

 






BILA WANG MEMPENGARUHI KITA 
 
Wang Wang Wang !
Ternyata sudah nampaknya
Bila wang mempengaruhi kita semua ?
Iblis dan syaitan akan mendampingi diri kita kemana saja
Lantas hati kita tidak ada lagi rasa segan dan silu iman pun tidak menentu?
 
Wang Wang Wang !
Ada wang  semua boleh jadi
Apa yang kita mahu pasti diperolehi ?
Kereta besar rumah besar dikelilingi orang ramai selalu
Biasanya mereka ini mewarisi harta kekayaan peninggalan keluarganya?
 
Wang Wang Wang !
Harap jangan dibiarkan diri
Diolek dengan wang berjuta ringgit ?
Leka diipengaruhi wang bukan kita mempengaruhi wang
Akhirnya wang harta benda kalua tidak diga jadi bahan bakar diri kita ?
 
 
Oleh  Suara Pulau
Catatan jam 1.30 Tengah  hari
Hari Khamis Tarikh  6 /7/2023

 


SUKU KAUM PENAN RASA TERANCAM

 



SUKU KAUM PENAN RASA TERANCAM  
 
 
Suku kaum penan
Kini mulai rasa tercabar hakasasi
Warisan hutan belantara nereka diganggui
Agenda kerangkusan tanpa belas kasihan pengusaannya
Hutan belantara mereka dilanda pembalakan dan kebun kelapa sawit ?
Sedangkan anak cucu mereka telah ditempatkan di Kawasan kehidupan cara kemodenan.
 
Pak Asun terasa ?
Kalau hutan belantara ini musnah
Hilang harta warisan keturunan datuk nenek
Makanan ubi hutan buahan perubatan haiwan hasil ayaman
Lebih baik dia mati sebelum keyunitan dan kedamaian kicauan burung?
Semuanya musnah jika pemerentah tidak tinggal sedikit pun pemeliharaan hutan belantara
 
 
Oleh  Suara Pulau
Catatan jam 1.30 Tengah  hari
Hari Rabu Tarikh  5 /7/2023

 

BILA KITA SUDAH TUA?

 







BILA KITA SUDAH TUA? 
 
 
Bila kita sudah tua
Semua orang akan ketawa
Buat yang muda mereka ketawa sekali saja ?
Bagi mereka usia yang sebaya dengan kita 2 kali ketawa
Paling malang buat kita mereka usia lebih tua daripada kita 3 kali keyawa ?
 
Kata yang muda ?
Sudah tua mahu main gila
Kata yang sebaya tua usia tidak sedar diri ?
Rumah kata pergi kubur kata mari hidup ini adanya mati
Kata pula yang lebih tua daripadanya sudah nyanyok apa tidak ingat mati ?
 
Kesimoulannya ?
Manusia hidup di dunia ini
Tidak kekal abadi akhirat juga kita kembali ?
Dunia ini banyak ujian satu tempat kita bercucuk tanam
Di akhirat nanti kita akan mendapatkan hasil apa yang kita usaha didunia?
 
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 11.30 Tengah hari
Hari Jumaat Tarikh 7 /7/2023

 

Rabu, 5 Julai 2023

APAKAH PENGORBANAN KITA ?

 




APAKAH PENGORBANAN KITA ?

 
Allah hu akbar!
Apakah penorbanan kita ?
Setiap tahun kita mengambut  hari raya korban
Takkan sekadar sembeleh kambing kibas lembu dan unta ?
Kena juga nilai pengorbana kita kepada agama bangsa dan juga negara .?
 
Cuma 2 hari lagi
Peluang melakukan ibadat
Pencukup rukun jemaah digelar Haji dan Hajjahh
Esok jemaah berangkat ke Arafah bermalam di Muzalifah
Kemudian melontar 3 Jumrah boleh dikatakan ibadat haji selesai sufah?
 
Esok kita disini
Berpuasa sunat 9 ZulHijjah
Dapat keampunam setahun lalu dan akan datang
Seleasi solat Adil Azhar lakukanlah sembelehan korban
Sedekah kepada orang susah fakir miskin menyenangkan hati mereka?

 
Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 3.30 oagi
Hari Selasa Tarikh 27 /6/2023
 
 

SETELAH SETAHUB KAU PERGI ?


















 SETELAH SETAHUN KAU PERGI ?

Wahai anakku
Setelah setahun engkau pergi
Kami sekeluarga masih merinduimu ?
 
Pagi tadi kami
Meletakkan batu bata merah
Ziarah pusaranu nisan marmar putih?
 
Ini ibu papamu
Cuma membisu dan terharu
Kami terasa sebak mengalir airmata?
 
Kami berempat
Membersih Kawasan sekitar
Bersama doa dan sekalong al Fatehah?
 
 
Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 3.30 oagi
Hari Isnin Tarikh 26 /6/2023
 


IBLIS & SYAITAN SERING MEMBISEKKAN SESUATU

 






IBLIS & SYAITAN SERING MEMBISEKKAN SESUATU
 
 
Iblis dan Syaitan
Selalu memnesikkan sesuatu
Terutama bila aku bersendirian dikala senyi
Katanya kau dah lama hidup tidak pewrnah rasa senang
Lebih baik kau bunuh diri saja mati lebih senang tidak menyusahkan orang?
 
Pernah juga ya !
Iblis dan syaitan mengajakku
Menjadi penjahat merompak dan menyamun
Apa sahaja membuatkan masyarakat marah dan meluat
Paling seronon kalua kau Berjaya jadi seorang perogol bersiri dikehendaki?
 
Mana ada kerja ?
Baik untuk Iblis dan Syaitan
Mengajak manusia jangan berhasad dengki
Melaikan bergaduh  hasut mengumpat tohmah dan fitnah
Selepas apa yang  disuruh lita lakukan Iblis dan Staitan bertepuk tangan ?
 
Justeruitu kawan!
Perlulah awas berwaspada
Selain banyak mengingati pada Allah S,W.T
Iblis dan Syaitan juga musuh yang menanti menjerat kita
Manusia yang banyak mengingat Allah ? Tetapi terlupa hasutan keduanya ?
 
 
Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 4.30 oagi
Hari Ahad Tarikh 25 /6/2023

 

BILA WANG TUHAN NUMBER 1

 





 

BILA WANG TUHAN NUMBER 1 
 
 
Apabila wang
Menjadi Tuhan number 1
Apa sahaja kita mahu boleh beli
Ikut suka hati kita dan nafsu serakah kita
Jangan siapa cuba berani menghalang dan menentang ?
 
Hinanya besi
Kerana lama berkarat !
Hina manusia kerana melarat
Tetapi itulah sebenarnya yang kita alami
Ada wang orang pandang tidak wang kerja terhalang >
 
Lihat dinihari
Orang ada wang buat !
Apa sahaja yang dia sukainya
Tidak perlu rasa takut atau pun bimbang
Kerana dunia ini seumpama  dia yang mempunyainya?
 
Buat mereka
Punyai wang berjuta !
Jangan hairan jika mahu apa
Sebut sahaja boleh datang dengan segera
Itulah pengaruh Wang Tuhan number 1 dalam dunia ?
 
 
Oleh  Nurimanja
Catatan jam 4.30 petang
Hari Sabtu Tarikh 24 /6/2023

 

.BILAKAH AWAN HITAM BERARAK PERGI ?







.BILAKAH AWAN HITAM BERARAK PERGI ? 

 
Maaf cakap rerakanku
Kenapa ya di ruang udara rumah hita
Di penuhi awan hitam yang berlegar hamper dua penggal ?
 
Tiap kali buka jendela
Aku pun menjadi cemas serta remas
Bilakah awan hitam akan pergi di ruang udara rumahku ini?
 
Kini panas strok haba
Menyerang anak kecil dan orang tua
Bersama angin mencelah dalam hujan lebat dan kilat banjir ?
 
Biar hujan suhu panas
Ramai kena penyakit ruam dan gatal
Walaupun tidak merbahaya tetapi menburukkan diri sendiri ?
 
Bersama kita berdoa
Agar keburukan ruang segera cerah
Semoga kita mudah bernafas menghirup udara sedia kala  ?
 
Oleh  Nurimanja
Catatan jam 8.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 22 /6/2023