Khamis, 28 April 2016

SATU PESANAN DARI PAMANKU




34.  SATU PESANAN  DARI PAMANKU

Buat anak-anakku!
Jangan kalian suka
Ketawa besar terbahak
Atau jangan pula suka
Ketawa mengejek-ngejek
Semacam senyum sinis
jika ada perasaan orang
Tersinggung sakit hati
Boleh menjadi dosa pula
Ingat akhlak nabi kita
tidak pernah ketawa besar
melainkan senyum saja…


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 11.45 pagi
Tanggal 25hb Januari 2016.

BUAT LIMA NAMA PENA




 

33. BUAT LIMA NAMA PENA

Sebatang pena runcing
Bukan buat menikam sesiapa
Sekadar mencatat apa yang tersirat
Dan meluahkannya melalui muka surat.

Bagi penulis Suara Pulau
Bukan suara dari sebuah pulau
Cuma seorang yang meluahkan kata
Melalui tulisan yang sepatutnya diperkata.

Dan Qalam Mutiara pula
Cuma suka membuat  komentar
Melalui andaian dan telahan rasa hati
Dalam ulasan puisi- puisi sahabat citra nuri.

Dan Tinta Azimat juga
Mencatat cerita nakal  sahaja
Kekadang menulis bila ada mood saja
Biasanya Cuma jadi Admin bantu Fb sahaja.

Sedangkan Pena Utara
Cuma seorang penulis lawak
Jikalau ada cerita yang geletek hati
orang boleh tersenyum dan ketawa sendiri


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 11.30 pagi
Tanggal 25hb Januari 2016.