Isnin, 31 Ogos 2015

DI MANAKAH SILAPNYA KITA SEMUA?








DI MANAKAH   SILAPNYA  KITA  SEMUA?


Di mana silapnya kita semua?
kerana ada di antara kita telah teperdaya
dengan cerita seloka nyanyian puisi tari dera
proposional, cendewakan,, doktor,pensyarah,
guru, kerani, polis, tentera, ahli koprat, sasterawan,
para alim ulamak, ustaz, mahasiswa, peniaga
petani dan nelayan serta rakyat jelata.

Di mana silapnya kita semua?
Semuanya dibantu dari dalam rahim ibu,
dijaga, diasuh, dididik, dari sekolah rendah
kepringkat menengah dan pengajian tinggi
diberi biasiswa, bantuan, hadiah,  pingat
pangkat, gelaran YB, datuk, Tan Sri serta
dianugerah kan tanah, tapak kediaman,
pencen, atas jasa perkdimatan mereka.

Di mana silapnya kita semua?
tiba-tiba diserang penyakit kecelaruan minda
membakar batu api dengan tohmah dan fitnah
lantas dilanda tiupan angin kencang tsunami
yang menikam dari  arah depan  dan belakang
maka berlakulah arus penyokong berpaling tadah
maka berjaya lah segala musuh-musuh pemerintah
kononnya negara tidak Islamik dan berlaku zalim.

Di mana silapnya kita semua?
sekadar mendengar promokasi tohmah dan fitnah
atau ingin mencari kedudukan pangkat darjat
atau ingin membuat kacau bilau porak peranda
atau ingin menukar pemimpin atau pemerintah
atau tidak mengerti menilai kenikmatan  kemewahan
atau tidak mengerti mengenang budi  pada pemerintah
atau tidak mengerti berterima kasih dan bersyukur

Di mana silapnya kita semua?
perlukah  kembali kepada keinsafan dan muhasabah diri
menilai di mana kita menjadi pejuang atau penderhaka
mengapa di antara kita sedang sakit dilanda kecelaruan minda
apakah ini semuanya cuma satu retorik terlalu sukar dinilai
sehingga kini tenat diserang kuman viares penyakit unit
menjadikan kita semua digelar rasa ke tidak ketenangan jiwa
bagaimana mungkin  kita dapat untuk  masuk ke syurga Allah?


Oleh; Nuri manja,
11hb, Oktober, 2009. Malam hari.
Ketika hati mula marah tetapi tidak menjadi …

Sabtu, 29 Ogos 2015

LIHATLAH MASA DEPAN JANGAN KAU LUPA MASA LALU






LIHATLAH MASA DEPAN
JANGAN KAU LUPA MASA LALU

Buat anak muda yang celaru minda
Hari ini jika kau gagal melihat masa depanmu
Ternyata hari esok kau masih  bercanda dengan keharuan
Dan kalian pastinya tidak akan berjaya seperti apa yang ibu bapak  harapkan.

Genarasi Y yang kusut akal gak biasa
Dapat memimpin sebuah negara yang merdeka
Jikalau  dalam hidupnya kini  telah lupa sejarah masa lalu
Malah gagal pula meramalkan masa depan yang belum terjamin atau menentu.

Kembalilah berfikir dengan serius !
Adakah anda percaya masa depan dengan omong kosong
Atau langsong tidak mahu menilai atau melupai sejarah masa lalu
Jika benar begitu anda sedang mencipta masa depan yang gelap dan tercelaru .

Catatan Oleh: Nurimanja
Jam 4 45 petang
Tanggal 29 Ogos 2015


Jumaat, 28 Ogos 2015

MANUSIA MUDAH LUPA




 MANUSIA MUDAH LUPA
-buat mereka yang enggan kebar jalur gemilang-


Hari kemerdekaan sudah hamper tiba
Tidak Nampak ada rumah dan kereta kebar bendera
Adakah mereka sudah lupa hari kemerdekaan Negara kita?

Bila Negara aman makmur merdeka
Rakyat jelata pun  ada yang hidup sudah kaya raya
Mestikah kini hati dan jiwa mereka sudah lupa segala-galanya?

Ada Negara rakyatnya hidup berjuang                 
Demi mencari dan menegakkan satu kemerdekaan
Tetapi ada Negara yang sudah merdeka lupa hari kemerdekaan ya?                  


Oleh: Nuri manja
Jam 12.00 tengah hari
Tanggal 28 Ogos 2015 Asrama Desa bakti USM


Khamis, 27 Ogos 2015

BUAT YANG NGONG-NGONG KINI





 BUAT YANG NGONG-NGONG KINI  

Adakah ternyata telahan ini benar ?
apa yang telah kami  lihat dan dengar
demi menjayakan agenda yang tersembunyi
maka tidak peduli lagi apa saja terjadi
pada agama, bangsa dan Negara sendiri.

Kerjasama dengan dua badan Yahudi
Cerita biasa , bukan lagi luar biasa
Bagi mengulingkan kerajaan yang ada
Jika benar apa yang akan berlaku ini
Yang pasti menderita adalah rakyat biasa.

Rakyat jelata jangan jadi ngong-ngong
Fikir dahulu sebelum ikut membuta tuli
Apa yang ada selama ini akan punah ranah
Renungi lah sebelum anda hancur dan musnah     
Mengharap janji belum tentu dapat di tepati
.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan tanggal 27 Ogos 2015
Jam 5.20 pagi Khamis.

Rabu, 26 Ogos 2015

AGAK ANIH DAN MENGHAIRANKAN?





 AGAK ANEH DAN MENGHAIRANKAN?  


Agak aneh dan menghairankan juga?
Mungkinkah kerana minda telah dicelarukan
Akibat mabuk kuasa dan menyokong agenda gila-gila
Mangsanya orang melayu sendiri dan bertelagah sesama kita.

Angkara cuma seekor lembu tua
yang gemar membawa lumpur dan najis
maka sesiapa yang terkena palit terima lah baunya
sebagai bersubahat untuk menjayakan agenda nawaitu jahatnya.

Kini saban hari kian tenat nampaknya
Ramai orang kita yang siuman terperangkap sama
Untuk melangsungkan agenda mabuk dan merampas kuasa
 Berlakukanlah hasutan beradu domba dan demontrasi dijalanraya.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 pagi Rabu
Tanggal 26 Ogos 2015 Teluk Kumbar.