Khamis, 30 Jun 2011

Tanah




sajak pilihan warga CR.

Lagikan jatuh
orang mengenang
Mana tawa orang lupakan
Pesan-pesan kera sekangkang
Biar putih tulang
Putih mata jangan
Tanah tumpah darah
Tumpah jasa tumpah kudrat
Kian diingat
Tanah jangan dipertaruh sifat
Biar mati anak
Jangan mati adat
Tanah Tumpah darah disiat
Tumpang tempat ambil tempat
Hanya satu hajat tersurat
Bagai ribu maksud tersirat
Tanah tumpah darah
Pekat..likat..
Sehabis kudrat..



Oleh: Suara Rakyat
perak
2pagi





SEMUA MAKHLUK MENYANYIKAN PUISI ZIKERULLAH




Semua makhlauk d alam ini bisa berlagu puisi zikrullah
Pernahkah anda dengar akan nyanyian puisi zikirullah?
lagu-lagu pemujian berirama pumujaan pada maha suci
ingat ketika dalam tidur, jaga, diam, duduk, dan berdir

setiap lontaran suara bagai pagar dinding pada hatinya
menjadi terlalu kental sukar untuk ditembusi dari gudaan
segala bujukan syaitan ataupun  godaan iblis laknatullah
tidak bisa kerana bibir dibasahi, tahlil, tahmit,tasbih, takbir.

Sebenarnya pokok, beburung, serangga dan ikan di lautan
semuanya menyanyikan puisi ini pada waktu pagi dan petang
cuma kita  yang bergelar manusia masih pekak, bisu dan tuli
dan berat lidah, ingkar hati untuk menyebut puisi zikrullah ini.

Hanya orang beriman sering menyanyikan puisi zikrullah ini
kerana hatinya tersentuh mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
lalu seluruh tubuh mereka menjadi gementar , kecut dan takut
keangkuhan terlerai, begitulah rasa penghayatan puisi zikrullah.

 
Oleh : Nurimanja,
malam  sebelum tidur, 18hb,
April, 2010 jamembangunan.





Rabu, 29 Jun 2011

LUAHAN SI KODOK



sajak pilihan warga Cr.


Adakah masih kau ingat
sewaktu kita di bawah tempurung
itulah dunia kita
di situ kita bermain bersama
di situ kita menangis bersama
di situ kita meniti hari
disaat kau mula menjengah keluar
aku merelakan demi bahagia
aku merelakan demi cinta
aku merelakan demi cita
kau mula melompat bebas
mula kenal isi dunia
mula mabuk lupakan segala
aku kau tinggalkan sendirian
kau mula jijik padaku
katak di bawah tempurung
jangan kau lupa
kau juga kodok sepertiku
kau tak mungkin jadi katak pisang
tolong kembalilah...

 
Oleh: Hadi Hamzah
teluk kumbar
10pagi/2010 Ogos 6 23:30





BICARA SEORANG ANAK KEMBARA PADA SKETSA DUNIA.



sajak lagenda bumi kenyalang.


Bunga-bunga kecil
Telah melihatkan
Tanda keruntuhan alam
Banjir besar berlaku
Gunung berapi meletup
Pembenuhan berlaku
Maksiat jadi biasa
Tiada halal haram
Perempuan hilang malu
Lelaki tinggal sadikit
leluhur bukan ukuran
Penyelewegan diutamakan

Anak seorang miskin
menjadi ketua Negara
Manusia sudah bosan
Mengejar kebendaan
Sehingga yang hidup
membeli tapak kubur
amat kesal pada diri
konon lewat mati
Ilmu dan agama
manusia sudah alpa
kini cuma hidup
bagai membabi buta.


Oleh; Nurimanja,
Rajang, Sarikei, Serawak.
Tanggal 2/10/1982.




Selasa, 28 Jun 2011

BILA QIAMAT DATANG PELUANG TIADA LAGI








KOTA KATA





Sajak pilihan warga Cr

terbina kota
di atas kata-kata
bagaikan mahligai indah
dalam impian
dapat dipandang
namun bukan untuk dipegang

tiada janji
tiada harapan ditaruhkan
semuanya bagai angin
serta membiarkan takdir
menentukan arahnya sendiri
yang tak pasti

tangan kiriku
mengenggam bara
tangan kananku
entah mengenggam apa
ada terdengar suara
tapi entah dari mana
entah suara siapa

kota diatas kata
didalamnya sebuah cinta
hangat dan membara
seperti 7 lautan api
kemudian sepi
kemudiannya mati

 
Oleh: Guest
jam 5pagi
kota kinabalu/2010 Julai 2 05:47






Isnin, 27 Jun 2011

SEBUAH NEGARA ADIL




buat mereka kecelaruan minda.


Untuk
wujudkan,
se buah pemerentahan,
Baladun taiyibatun warabbul ghapur,

Natijah
Negara adil,
perlukah kita melakukan,
perkara mungkar bukan ketelusan?

lantas
Perlukah,
kita mengunakan laptop
teknologi memutar belikkan fakta?

Perlulah
Kita Ingat,
kerana dunia tidak abadi
cuma tempat bermain dan suka–suka saja.

 
Oleh ; Nurimanja, Telok Kumbar,
petekan sajak lagenda Nurimanja,
beberapa tahun yang lalu. 2008 - 2009.



KENANGAN ROMATIK




Sajak pilihan warga Cr

Saat lengan menjadi hamparan
paling empuk malam ini
Hati tegarnya dikau mencuit rasa
Rasa rindukan suara penuh mesra
Rindukan nada gurau senda..
Mata ku arahkan ke seiring
putaran kipas di siling..
Ku sedar dikau tiada..
Dikau tidak pernah ada..
Dan bukan hadir kau buat aku
Lenyapnya indah malam..
Kabur sudah cahaya pagi..
Hilang segala harapan setia...
Kini ingin ku lebarkan sayap duka..
Terbang menelusuri malam
tanpa bintang kejora..
Meraih tangis menutup nada..
Menerima hakikat suaramu
takkan kunjung tiba...


Oleh: Ezad Emir
12malam/2010 Jun 3 16:34



Sabtu, 25 Jun 2011

APAKAH BENAR ALLH ?




renungkanlah


Manusia paling bijak
banyak mengingati mati
dan bersedia menghadapinya.
 
Manusia paling rugi
banyak mengumpul harta
kurang pula untuk memfaatnya.
 
Manusia paling jahil,
banyak mengejar  kehidupan
enggan pula menerima kematian.

Manusia paling hina,
Melakukan kesalhan bbangga pula
Mencritakan kepada orang ramai
Dia difitnah  dan dianiaya


Oleh ; Nurimanja,
Catatan dinihari 2010,
Pulau Mutiara, Salam 1Malaysia.





BUKAN SEKALI DIA MEMUNKIRI JANJI





sajak pilihan warga Cr.

Bukan sekali dia mungkiri
Sebuah janji yang terpatri
Berulangkali menabur janji
Sesal di hatiku menggunung tinggi

Namun dirinya tidak mengerti
Mengapa dia masih begini
Semakin hari makin bertambah
Beratnya dosa yang dia galas

Oh tuhan
Kurniakanlah dia hidayah
Bantulah dia untuk berubah
Dia insan yang lemah

Air mataku menjadi saksi
Biar penyesalannya sepenuh hati
Biar dia berjanji takkan mungkiri
Dan lepas ni takkan di ulangi

Oleh: Bulan Terang
buat orang penting dalam pembangkang
6.4.2010 2010 April 9 21:58






Jumaat, 24 Jun 2011

PUISI ORANG BERIMAN





Buat orang-orang yang beriman
mereka terlalu banyak muhasabah diri
kerana sehari semalam baginya
cuma ada tiga waktu sahaja
Siang bekerja bersama keluarga
malam menulis mencatat peristiwa
bangun malam menyerah diri ke hujung pagi

Seorang iman Attabari
ternyata tidak ada masa memfitnah
jauh sekali membuat perkara yang laghou
apatah lagi melakukan maksiat dan mungkar
sesungguhnya Allah tidak menjadikan
sesuatu itu bukan perkara yang main-main
kerana ada syuga dan neraka bukannya sia-sia.


Oleh : Nurimanja,
jumaat pagi jam 9.00
sajak Lagnda waktu Malaysia Barat 2010.



KOTA DALAM MIMPI






Sajak plihan warga Cr.



Sesi pencarian diteruskan berulang
Pencarian jiwa yang terus menghilang.
Dalam ikatan kata-kata.
Di tengah kesibukan kota.
Kota dalam nadi.
Nadi dalam diri.
Diri dalam hati
Kota dalam mimpi

 
Oleh: Roslan Bidin
Ketika terjaga dari lena
4pagi 2010 Mei 9 14:0