Memaparkan catatan dengan label buat renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat renungan. Papar semua catatan

Ahad, 26 Februari 2012

DENGAN HASIL RIBA MEREKA MEMBUNUH



cuba renungkanlah

Orang-oang Arab takut pada riba atau bunga
tetapi simpan wang di bank Swiss wang itu diternak dan beranak-pinak
lalu mereka orang kapir dan orang Yahudi mengambilnya
membuat senjata moden membunuh orang-orang Islam
kini ternyata apa yang kita lihat di bumi Asia barat hari ini.

kini lihatlah! Gaya saudara kita  Husni Mubarak!
Berbelioun simpan di bank konvensional yang untung wang ternak dan beranak-pinak itu
bukan untuk membantu kesusahan saudara sesama Islam sendiri
tetapi untuk menyerang memusnahkan apa yang dinekmati
dengan menyembeleh dan membunuh saudara kita sesama  Islam sendiri.

Oleh: Nurimanja,
catatan apa yang dilihat, apa yang dirasa.
tanggal seminggu lalu February,2011.





Khamis, 1 Disember 2011

ANAK KECIL BERMBUT PAJANG





Di blok 1 aku lihat
ada anak kecil berambut panjang
persis bagaikan geladangan terbuang
tidur sebarangan di bangku panjang
di  bawah pokok di pingger jalanan
biasa terbiar keseorangan anak siapa ini gerangan?
Ini pasti akibat kerisis rumah tangga
setelah ibu gila meroyan abang kakak ke rumah kebajikan
bila ayah pergi bekerja ibu pula di hospital gila
anak kecil berambut panjang
pastinya terbiar tidak dapat penjagaan…

 
Oleh; Nurimanja,
Penghuni Bandar Baru Telok Kembar, 
Taikh; 21hb. November, 2011.



Jumaat, 9 September 2011

DARI RAUT WAJAH





 


Dari riak raut wajah
Sesiapa pun boleh membaca
Akan segala isi hatinya yang berserabut
Bersama ungapan kata yang ternyata ada cerita.


Raut wajah kemerahan
Megambarkan ada kemarahan
Wajah tenang boleh dipercayai dan diterima
Harap nyatakanlah rasut wajah yang sebenarnya.

Wajah  yang  sebenar
Mengyakinkan akan segalanya
Orang lain pun boleh membaca dan menerima
Akan peribadi dan juga isi hati kita yang  sebenarnya.


Oleh: Nurimanja,
Caratatan Buat mereka
suka menegak  Benang basah.
31hb, julai, 2011.



Jumaat, 12 Ogos 2011

SEDARLAH DIRI SIAPA.



sajak pilihan warga cr.


Apa kau sudah gila hilang akal agaknya
masih waras lagikah
sia-sia saja amalanmu
mengapa diterjah kandang harimau
mahu mengaum bersama
sedarlah diri siapa
mana mungkin kau jadi harimau
pasti kau dibahamnya
kukumu tiada tajam taringmu tiada tajam
mana mampu merobek
pandanglah ke atas lihat tingginya langit
pandanglah ke bawah
jejakkan kakimu ke tanah
sedarlah diri siapa wahai tuan xxxxxxxi…

Oleh: Ustaz Syukri
sajak buat xxxxx xxxxxxx  utk sayembara/2011 Januari 19 15:20
sesiapa yang membacanya dermalah sekalung al fatihah.




Rabu, 29 Jun 2011

BICARA SEORANG ANAK KEMBARA PADA SKETSA DUNIA.



sajak lagenda bumi kenyalang.


Bunga-bunga kecil
Telah melihatkan
Tanda keruntuhan alam
Banjir besar berlaku
Gunung berapi meletup
Pembenuhan berlaku
Maksiat jadi biasa
Tiada halal haram
Perempuan hilang malu
Lelaki tinggal sadikit
leluhur bukan ukuran
Penyelewegan diutamakan

Anak seorang miskin
menjadi ketua Negara
Manusia sudah bosan
Mengejar kebendaan
Sehingga yang hidup
membeli tapak kubur
amat kesal pada diri
konon lewat mati
Ilmu dan agama
manusia sudah alpa
kini cuma hidup
bagai membabi buta.


Oleh; Nurimanja,
Rajang, Sarikei, Serawak.
Tanggal 2/10/1982.




Selasa, 28 Jun 2011

KOTA KATA





Sajak pilihan warga Cr

terbina kota
di atas kata-kata
bagaikan mahligai indah
dalam impian
dapat dipandang
namun bukan untuk dipegang

tiada janji
tiada harapan ditaruhkan
semuanya bagai angin
serta membiarkan takdir
menentukan arahnya sendiri
yang tak pasti

tangan kiriku
mengenggam bara
tangan kananku
entah mengenggam apa
ada terdengar suara
tapi entah dari mana
entah suara siapa

kota diatas kata
didalamnya sebuah cinta
hangat dan membara
seperti 7 lautan api
kemudian sepi
kemudiannya mati

 
Oleh: Guest
jam 5pagi
kota kinabalu/2010 Julai 2 05:47






Sabtu, 25 Jun 2011

BUKAN SEKALI DIA MEMUNKIRI JANJI





sajak pilihan warga Cr.

Bukan sekali dia mungkiri
Sebuah janji yang terpatri
Berulangkali menabur janji
Sesal di hatiku menggunung tinggi

Namun dirinya tidak mengerti
Mengapa dia masih begini
Semakin hari makin bertambah
Beratnya dosa yang dia galas

Oh tuhan
Kurniakanlah dia hidayah
Bantulah dia untuk berubah
Dia insan yang lemah

Air mataku menjadi saksi
Biar penyesalannya sepenuh hati
Biar dia berjanji takkan mungkiri
Dan lepas ni takkan di ulangi

Oleh: Bulan Terang
buat orang penting dalam pembangkang
6.4.2010 2010 April 9 21:58






Jumaat, 17 Jun 2011

INSAFLAH



sajak pilihan warga Cr.



Kita cuba pengulangan kata kali ini
ada apa dengan janji
kalau kau tak bisa kotakan.
segala nya di lempar dan dihembur.
tapi cuma sebagai kata
ada apa dengan kawan
bila masa kita perlu mereka tiada?
bila masa kita susah mereka cabut?
bila masa kita senang
senang pula mereka di sisi!
ini manusia tiada apa-apa..
tidak wujud pun tidak mengapa.
ada apa dengan ijazah
bila kita sudah tidak erti
menghormati terbongkok-bongkok itu?
bila kita sudah tidak erti
dengan apa di seru itu?
bila kita sudah tidak erti
dengan halal dan yang haram.
segulung ijazah jadi kebanggaan .
air yang tidak diterima amalan
untuk 40 hari lamanya
diteguk bagaikan air suling?
ada apa ! di desa itu keciciran
yang hina itu lebih tinggi martabat
renunglah ada apa semua
ini kiranya tiada pegangan .
ada apa semua ini kiranya
tidak diredha oleh Dia.
ada apa semua ini? ada apa!
tiada apa-apa. kau tinggal kau..
dia tinggal dia.. aku tinggal aku..
 
 
 
Oleh: Zain Issac
sajak utk sayembara sajak2011 Januari 17 14:05