Sabtu, 13 Februari 2016

ORANG KITA PAKAT NIAGA






24.ORANG  KITA PAKAT NIAGA

Wah hebat betul!
Dulu nak niaga malas
Sebab ekonome masih utuh
Hari ini semua orang kita pakat niaga.

Cuma di tepi jalan!
Dulu ada dua warung
Jual air kelapa dan buah pisang
Sekarang nasi tometo dan air kacang.

Barulah  meriah!
Nampak dari jauh lagi
Orang ramai singgah membeli
Bila tengah hari orang lapar dan dahaga.

Tetapi sayang!
Harga tetap sama juga
Di restoran dan  pusat beli belah
Sedangkan tepi jalan mana kena sewa ?

Oleh: Pena Utara
Catatan jam 4.30 ptg
Tanggal 21hb Januari 2016.

TIKA BULAN MENGAMBANG






22.TIKA BULAN MENGAMBANG.


Tika bulan mengambang
Aku di rantau orang
Hati  pun di ragut resah
Mengenang kampung di tinggalkan.

Tika bulan mengambang
Angin sepoi bahasa
Ada gonggongan anjing
Menyalak panjang aku pun resah.

Tika bulan mengambang.
Rinduku kain cemas
kepada kaum keluarga
yang kutinggalkan lama rasanya.

Tika bulan mengambang.
Diri bertambah sunyi
Mengenang untung nasib
Jauhnya  hidup di rantau orang


Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 8 30 pagi
Tanggal 20hb Januari 2016.

ORANG KITA DAN BANGSA KITA






19.ORANG KITA DAN BANGSA KITA

Aku pun tidak mengerti
Mengapa  dan kenapa ya!
Orang kita bangsa kita
Sering kali tersiar
Kisah di dada akhbar
Pembunuhan, perogolan
Penceraian dan penyeksaan?
Apakah orang kita bangsa kita
Gagal menyelesaikan masalah
Atau tabiat semula jadi
Suka marah, cemburu ,iri hati
Tidak boleh melihat
Orang lain lebih sedikit
Rasa malu pun hilang
Malah bertambah seronok
Dengan penghinaan ini
Memang orang kita bangsa kita
Tidak punya sikap menyedari
Maka lakukan apa sahaja
Mengikut perasaan hati .

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.10 minit pagi
Tanggal 16hb Januari 2016M