Khamis, 4 Februari 2016

.SISA-SISA HIDUP







15.SISA-SISA HIDUP

Aku ini sisa-sisa hidup
Dahulu amat seksa nak bernyawa
Kerana diserang penyakit gesek biola
Kata orang penyakit lelah atau pun asma.

Memanglah seksanya
Nak makan pun susah penat saja
Tidak makan perut lapar jadi kuruslah
Hingga wajah dan badan jadi kurus kering.

Hari ini aku lupa pula
Setelah puluhan tahun sembuh
Dahulu banyak berzikir dan zuhudnya
Kini solat waktu pun kurang doa  zikirnya.

Itulah kehidupan kita
Bila sihat lupa segala-segalanya
Waktu sakit merayu minta panjang umur
Bila Allah perkenankan lupa pula segalanya.


 Oleh Pensil Kontot,
Catatan jam 5.20 pagi
Tanggal 14hb Januari 2016.


20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...



PUSINGAN KE2 (KUM2)

Zainal Arifin berkata...
5.PINTAKU DI SENJA INI (LS)

Cuma yang aku pinta
adalah secebis doa
daripada orang yang berjaya
di tengah kota ini
aku cuba isikan di dalam dada
buat kuusir segala kesunyian
yang semakin hari semakin pekat
bergetaran di urat nadi
apa yang aku kehendaki
sentiasa sukar Kau penuhi
walau cuma permintaan kecil
janji tatkala remaja
kutiti hingga ke hujung usia
Amat terkilan sehingga kini
masih menantikan dalam senja ini

Zainal arifin
sajak sedih
K.Lumpur3 Februari 2016 12:02 PTG

ULASAN BEBAS

ZA masih dalam kesedihan sajak PINTAKU DI SEWNJA INI mungkin doa yang dipanjatkan ke hadrat ilahi. Pengucapanya bersahaja , mesejnya nyata menceritakan bagaimana kita menghadapi satu musibah atau kemelut kehidupan bagi seorang yang hidup di kotaraya bila diberi ujian oleh Allah SWT dengan berbagai musibah dalam usia kehidupan meniti senja . Sebai hambaNya kita hanya mampu berdoa lepas solat 5 waktu , kemudian berusaha dan bersabar sebelum kita fasrah minta Allah lepaskan kita dari kemelut kehidupan ini.
(LS)

nurimanja49@gmail.com berkata...

Hero Kampung berkata...
6.KITA TAK PERNAH SESEKALI(TK)


Kita tak pernah sesekali
melihat mata kita sendiri
kerana itu kita mudah melihat
pandangan diluar yang sempurna
tapi dalam penuh iri hati dan dengki

Kita tak pernah sesekali
melihat hidung kita sendiri
kerana itu kita cuba menghidu
walau bau cukup harum mewangi
tapi dalamnya busuk dan kotor

Kita tak pernah sesekali
melihat telinga kita sendiri
kerana itu kita hanya mendengar
semuanya terasa bagaikan benar
tapi dalamnya penuh onar dan mungkar

Kita tak pernah sesekali
melihat mulut kita sendiri
kerana itu kita mudah berbicara
dengan hujah yang lantang
tapi dalamnya ada diselitkan fitnah

jadi jika tak pernah sesekali
melihat wajah kita sendiri
berdirilah didepan cermin sedarlah
diri sendiri lebih banyak cacat celanya

HERO KAMPUNG
sajak nasihat
pasir puteh 3 Februari 2016 12:02 PTG

ULASAN BEBAS

Dalam sajak bertajuk: KITA TAK PERNAH MELIHAT puisi HK themakan peringatan atau nasihat.Pengucapannya terlalu biasa namun HK ingin berfalasafah dalam mesej nasihatnya itu Bagi menilai diri kita Allah menjadikan cermen utk kita melihat wajah kita luar dan dalamnya.
Apa pun ada puisi yg lain lebih puitis dan kreatif kami terpaksa mengenepikannya dahulu . Harap maklum usaha lagi .
(TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...





Ungku Zubir berkata..
7.CAKERAWALA DAN BUMI (LS)


Apa khabar cakerawala dan bumi,
kau masih jujur menjadi keakraban hakiki,
kerdil akal fikiran bersama kekhusyukan
bersama nafsu dan cinta renungan
pengembara yang bersama di perjalanan
akulah terfana di kandang ujian
tapi tetap istighfar yang berpanjangan
memimpin diri ke tempat asal

Ungku Zubir
sajak simbolik tentang diri ini yang kadang kala lalai
perak 3 Februari 2016 12:04 PTG


ULASAN BEBAS

Tajuk Puisi Cakrawala dan bumi ,thema keinsafan; Pengucapannya bersahaja ada simbolik pada alam maya. Bagi membandingkan kehidupan kita sebagai mahkluk manusia dengan cakerawala atau bumi memang jauh bezanya , mereka juga mahkluk yang dijadikan lebih setia taat tunduk dan patuh kepada perentah Allah SWT. Berbandingan dengan kita kekadang ada juga melakukan dosa-dosa.Apa pun kita punya peluang utk kembali mengingatinya dg banyak beristigfar kepadaNya.

(LS)

nurimanja49@gmail.com berkata...


Keris Berlian berkata..
8.BANGGA (TK)

ini bukankah zaman untuk berbangga
sambil menceritakan kejayaan atau mengatakan sebaliknya
kerana keduanya sama saja
ini adalah zaman untuk kita berasa kecil
walau pengalaman hidup yang kian tua
mata semakin kabur perjalanan tidak sampai ke mana
memang orang tidak akan terhibur
dengan kata-kata yang dilemparkan
tetapi ini waktunya untuk berbangga sebagai manusia
kerana kita tidak hidup bagai haiwan
jangan berputus asa atau rasa kehilangan

Keris Berlian
sajak simbolik
kedah

ULASAN BEBAS

KB dengan tajuk BANGGA , mungkin thema perjuangan dan kebanggaan . Pengucapannya Agak bersimbolik sukar khalayak dapat menangkap maksud atau mesej penceritaannya Apa pun kami rasa peristiwa issu semasa apa yg bergolak di negeri utara tanah air agaknya.Kerana rakyat jelata terasa berbelah bagi atau rasa satu kehilangan walaupun ada penganti keduanya rakyat Kedah juga perlulah berbangga . Tetapi itu semua terpulang kepada usaha kebijaksanaan akal kita yang Allah berikan menyelesaikan kemelut berbau politik kehidupan. Baik buruk ketentuan Allah SWT juga. MAAF Kerana persaingan puis kali ini agak hebat kami terpaksa memilih puisi yang lebih kreatif dan puitis pengucapannya. Harap maklum dan usaha lagi (TK).

nurimanja49@gmail.com berkata...

PUSINGAN KE 2 (KUM 3)

Lagenda Pulau berkata...
9.SERANGGA (LS)

aku masih seekor serangga
yang memanjat ranting diri
setelah kutinggalkan rerumput sunyi
menjadi renek di padang peribadi.
Aku merangkak di antara kalian
dari akar semi ke puncak tertinggi
dari benih putik ke buahan ranum
dedaun hijau yang aku berteduh
kini tersimbah embun yang mencurah
tetapi di negeri yang inilah
aku tersesat mencari matahari
betapa makin kuterokai diri sendiri

Lagenda Pulau
sajak simbolik tentang kehidupan
31 januari 2016

ULASAN BEBAS

Sdra LP tajuk SERANGGA thema puisi kehidupan. Pengucapannya agak berbeza kalau kita menjadi makhluk haiwan atau serangga dan hidup dalam dunia pepohon hijau tempat berteduh. setelah kita bermula dari bawah tanah rumput merangkak mencelah kehidupan maka Kita terpaksa mempelajari memanjat dari daun, ranting dahan mengenali benih dan buah ranum, sebelum sampai ke puncak tinggi . Namun kehidupan saekor serangga biasa berakhir dengan kematian dalam dunianya tersendiri. (LS)

nurimanja49@gmail.com berkata...



Pilot Hafizah berkata...
10.PEKAT BERDAKWAT (TK)

Di luar malam pekat berdakwat
Hingga pagi membocorkannya
Lewat sepi mergastua berkicau
Membalut belukar dengan suaranya
menanda diri riangan sekali
Ada beberapa bintang jauh
Menebuk kain hitam di langit
untuk memberi nikmat cahaya.
malam berlalu hingga tiba pada debu

Pilot Hafizah
sajak ketika waktu malam didalam kapal terbang
30 januari 2016

ULASAN BEBAS

Tajuk puisi PEKAT BERDAKWAT oleh PH Thema semacam perjalan di alam mayapada waktu malam . Pengucapannya terlalu biasa mesejnya menceritakan suasana alam dan kehidupan dalam satu perjalanan malam di udara dan turun ke bumi semula . Di udara munkin indah pemandangannya cahaya bulan bintang menembusi kegelapan tetapi di kuasai kecemasan , Setibanya di bumi kehidupan seperti biasa penuh debu dan kebisangan hiruk pikuk bunyi haiwan ungas dan manusia . Maaf kerana kami menilai puisi yang lebih puitis dan kreatif puisi anda Cuma terhenti di sini .cuba lagi (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tuan Haji berkata...
11.LUMPUR (LS)

Beratus tahun lagi mungkin rumahku
akan tetap sebuah batu berlantai lumpur
membenamkan kaki yang telanjang dan sakit.
meja tulis yang mengatur tangan digari
pikiran dibuka buat ladang bunga
matahari digantungkan pada atap
lumpur sebagai lantai yang masih bersama.
orang-orang pintar mencatat huruf
syair sakit dalam otak kita
melambung angin dan menempelnya pada perut

Tuan haji
sajak simbolik
Kelantan 4 Februari 2016 7:53 PG

ULASAN BEBAS

Puis Tuan Haji dengan tajuk LUMPUR . Thema andaian . Pengucapannya menarik. Mesej yang hendak disampaian berbentuk andaian atau seandainya .Jikalau apa yang diungapan jika terjadi , walaupun kini sudah nampak sedikit gambaran , kita mungkin kembali di zaman penjajahan yang lebih dahsat dari zaman dahulu. Dulu kita jijajah tanah air dan warisan dan buudaya serta kekuatan kita .kini mungkin dijajah minda kita terutma org bijak pandai yang akan menjadi boneka zaman gelobal, malah dengan ganjaran dan habuan kita akan tenduk pada kemahuan mereka..Adakah kita ingin kembali ke zaman hidup di dalam lumpur? Jika kita gagal menangani Kemelut dan huru hara yang meanda kehidupan di negara kita. Cuma andaian sahaja (LS)

nurimanja49@gmail.com berkata...

Pak Kassim berkata...
12.UNDANG-UNDANG RIMBA

Undang rimba tiada adab adat budi akal.
Nescaya musnah hancur berkecai
makhluk taksub pelarian mencari rumah.
Atas usaha siapa jika diusir keluar
walau pasir bertabur di mata
pisau mencucuk telinga hingga ke kepala
Kononnya menurut perintah si manusia durjana
Menggeletar mawar ditinggalkan duri
rebah insan tiada berbudi
mati harimau bersembunyi
laksana makhluk lupa diri.

Pak Kassim
sajak simbolik
sungai petani 4 Februari 2016 7:53 PG (TK)

ULASAN BEBAS

Puisi PK Tajuk UNDANG-UNDANG RIMBA thema nilai hidup kemanusiaan , Pengucapannya ada mesej sinis yang kurang menyenangkan pada pihak tertentu. Bila keadaan begitu keterlaluan maka undang-undang pakai utk kemanusian sudah bertukar menjadi undang-undang rimba nampaknya bila ada manusia itu sendiri cuba melakukan apa sahaja demi kepentingan diri dan kelompok keroninya sendiri.Harap maaf kerana kami menilai puisi yang lebih puitis dan kreatif puisi anda Cuma terhenti di sini .cuba lagi (TK)

Lukiee berkata...

penyakit gesek biola??? apa tu??

penyair agung berkata...

kna penyakit buatan org ke en nuri????

Lagenda Pulau berkata...

eh! penyakit apa en nuri kena tu????

Pak Kassim berkata...

sama la dgn sy dulu msa muda kurus kering sbb susah lps pencen ni baru la perut jalan ke depan...

Malik Wariya berkata...

aik! smpai seksa en nuri kena penyakit apa???

Hero Kampung berkata...

en nuri msti tolak cinta org ni tu yg kena buatan org

Kembara Budiman berkata...

smpai kurus kering en nuri???? penyakit apa kena tu en nuri

Penduga Akal berkata...

msti en nuri kena asma sbb mcm sy jgk la masa remaja kena asma smpai kurus kering melidi

Mozaire berkata...

eh! en nuri kena santau ke???

seri suri berkata...

eh! smpai teruk kurus kering??? kena penyakit apa plak

Quratul Aini berkata...

en nuri x berubat ke dulu

Satria Juragan berkata...

eh! smpai mcm tu sekali sakit??? x pergi bomoh ke check tgk sakit apa??