Selasa, 31 Januari 2012

DUNIA SEMAKIN KABUR





 Hari ini kita lihat
Dunia semakin kabur bila kedudukan  dan kekuasaan
boleh menolak segala nilai kemanusiaan.

 Bila nilai agama
rohani dan jasmani sudah terpinggir kebenaran tiada nilainya lagi
keburukan dan  kemungkaran  diutamakan.

 Malah yang benar
diminta bermuhasabah melakukan onar bebas lepas
ternyata keangkuhan pada Tuhan pencipta

Inilah zaman akhir
kecelaruan minda berluasa tidak kira pangkat miskin kaya
ternyata kini dunia semakin kabur jadinya.


Oleh: Nurimanja,
Teluk Kumbar Pulau Pinang.
18hb Januari, 2012. Jam 10  Pagi rabu.



  

Isnin, 30 Januari 2012

JANGAN BIARKAN MELAYU MEREMPAT LAGI





Kata Atuk Aki
Aku dulu susah. Nak makan pun payah
Hidup kalian hari ini jangan lupa diri
Belajarlah berterima kasih sesama  manusia
Dan bersyukur kepada Allah  yang maha  berkuasa

Jika kamu pilih
Ketua berjiwa pengkianat. Negara akan lumpuh dan tenat
Jangan biarkan kemerdekaan ini hancur
Setelah datuk nenek kita bersusah payah
mengapa dibiarkan petualang meyebar dakyah

Ingat  PRU 13
Tentukan semangat juang. Jangan biarkan melayu merempat
Bersama pendurhaka yang mabuk kuasa
Pastikan murtabatkan  Ketuanan melayu terjaga
Agar  anak-anak  peribumi tidak hidup berputih mata 


Oleh: Nurimanja
5hb Disember, 2011. Ketika  jam delapan Malam.
Bila melihat kebenaran telah dipermainkan.



  

Sabtu, 28 Januari 2012

PEMINAT DUA TOKOH SI GELADANGAN





Sajak ini tidak ada kena menena dengan dua tokoh  
Sasterawan negara

Aku terlihat
Di pekan kecil Teluk Kumbar
ada dua tokoh geladangan Persis  gaya lagaknya semacam
Pak  A samad Said dan Pak Osman Awang.

Seorang china
Saban hari memekul se batang kayu
Mengalas beg palastiknya Dengan rambut dan janggut panjang putih
hebat semacam sastrawan negara

Seorang lagi melayu
Ternyata pakaiannya tidak terurus
Membaca sajak di mana saja Persis gaya lagak seorang penyair Agong
Membicarakan isu semasa

Sebenarnya mereka berdua
Mungkin peminat sastrawan negara
Tetapi sayanganya mereka cuma geladangan yang terbiar tidak terjaga
kini jadilah mereka seniman jalanan.
Di pekan kecil ini saja.


Oleh:  Nurimanja,
Cuti tahun baru china 23 Januari 2012
catatan Jam 10.30  pagi  Di pingger jalan Gerai roti canai salam




Jumaat, 27 Januari 2012

SIMPAM EMAS PERAK BERLEBIHAN HARAM







Siapa Menyimpan harta berlebihan haram
terutama barang kemas emas dan perak
kerana Allah memasak emas dan perak itu
menjadi panas disetereka ke atas mereka

Seksa pada orang yang menyimpan harta
di dahi mereka tempat wajah sesaorang
diperut mereka kerana makan berlebihan
di pnggung mereka berpaling dari si miskin

Kecuali tidak meragukan perentah Allah
boleh menyimpan harta benda berlebihan
kenalah keluarkan zakat bila cukup syarat
sebearnya rezeki si miskin ada pada harta si kaya


Oleh: Nurimanja,
catatan sehari lalu penceramah bebas
tanggal Mach, 2011





Khamis, 26 Januari 2012

BICARA ITU SEPERTI GARAM




 
Buat mereka yang mengerti


Berbicara yang berlebihan
Seakan sama seperti  masakan. Yang dimasukkan garam berlebihan
Tentu menjadikan kurang enak dimakan.

Begitulah perumpmaaan
Erti garam dalam kehidupan. Kita sebagai tukang masak harian
Sepatutnya pandai mengunakan garam
Dalam menentukankan asam garam kehidupan.


Oleh: Nurimanja,
Catatan dibuat Jam delapan  pagi.
Tarikh: 8hb, September 2011




Rabu, 25 Januari 2012

MULUT JERANGKUNG KEDAI KOPI





 
Ramai telah naik muak
Mendengar pitnah  mulut dari jerangkung kedai kopi

 Terlalu ramai memperkatakan
Lawan tetap lawan!
Sehingga terlupa dasar demokerasi

Adakah kita perlu menyokong?
Pada orang yang ada kepentingan diri
Angkuh cuba merosakan  sistem Negara ini


Berehati-hatilah anda semua
Dengan mulut jerangkong kedai kopi
Cakap berdegar-degar tetapi hati berniat busuk . 


Oleh: Nirimanja,
Bandar Baru Perda , Teluk Kumbar, Penang, 
13hb, Disember 2011





Selasa, 24 Januari 2012

ANAK KECIL BERAMBUT PANJANG 11




siri ke 2


Sudah se bulan  tidak kelihatan 
anak kecil berambut panjang yang persis bagaikan keladangan
kekadang beringus tidak berbaju
jam 6 pagi mula mengetuk pintu rumahku
untuk membeli sebungkus megge mungkin makan bersama ayahnya
van putih pun juga tidak kelihatan
mungkin telah berpindah agaknya gerangan
atau si ibu telah sihat semula atau abang dan kakak  kembali bersama
atau si ayahnya  telah bertukar kerja.
Doaku semoga anak kecil berambut panjang
Hidupnya  kembali tenang. 


Oleh: Nurimanja, 
7hb,/12/2011 Bandar Baru ,Tk kumbar
Pulau Pinang.