Selasa, 31 Januari 2012

DUNIA SEMAKIN KABUR





 Hari ini kita lihat
Dunia semakin kabur bila kedudukan  dan kekuasaan
boleh menolak segala nilai kemanusiaan.

 Bila nilai agama
rohani dan jasmani sudah terpinggir kebenaran tiada nilainya lagi
keburukan dan  kemungkaran  diutamakan.

 Malah yang benar
diminta bermuhasabah melakukan onar bebas lepas
ternyata keangkuhan pada Tuhan pencipta

Inilah zaman akhir
kecelaruan minda berluasa tidak kira pangkat miskin kaya
ternyata kini dunia semakin kabur jadinya.


Oleh: Nurimanja,
Teluk Kumbar Pulau Pinang.
18hb Januari, 2012. Jam 10  Pagi rabu.



  

30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

CERPEN INI PERNAH TERSIAR DALAM MAJALAH WARTA JOHOR 1980. BERTAJUK; H A T I O R A N G K A M P U N G . Oleh; Nurimanja.
Siri 3.

Pak Cik Nur faham sangat akan hal ini, sesekali Pak Cik Nur rasa tercabar bila melihat Pak Ndak Mahmud di ketawakan orang ramai dalam majlis mesyuarat, atau pun kenduri kendara,malah waktu hendak menyebelih lembu Qurban pun Pak Ndak Mahmud dimarahi Pak Ngah Deraman, kerana pegang tali lembu terlepas dengan tidak sengaja.
Tetapi tabiat Pak Ndak Mahmud dia suka bercakap juga, walaupun dia tidak berapa tahu, mahu rasanya Pak Cik Nur menahan akan muluh Pak Ndak Mahmud supaya jangan bercakap.

Tetapi apakan daya Pak Cik Nur menghormati Pak Ndak Mahmud sebagai seorang ayah, kalau tanpa Pak Ndak Mahmud , Pak Cik Nur tidak akan dapat melihat bulan dan matahari


Dari sinilah Pak Cik Nur berazam, dia kan membuktikan pada masyarakat penduduk kampungnya, satu hari nanti kalau dia sudah dewasa, dia tidak akan jadi seperti Pak Ndak Mahmud, Selalu diketawa orang ramai, dia mesti dapat tempat dalam masyarakat.


Pak Cik Nur paling sedih dan terharu bila menyedari akan keadaan ini,betapa pentingnya pendidikan agama, adik beradik sebelah Pak Ndak Mahmud dan Mak Ndak Mah tiada seorang pun yang ada pendidikan yang tertinggi agama,semuanya jahil bagaimana hendak menyelesaikan masalah agama.Cuma mengaku datuk nenek moyang dahulu beragama Islam.

Satu hari selepas makan tengah hari, Pak Cik Nur mendesak Pak Ndak Mahmud menghantarnya pergi belajar di sekolah Arab. Terbeliak mata Pak Ndak Mahmud, bila dia mendengar cita-cita Pak Cik Nur.

Setahu Pak Ndak Mahmud , kawan-kawan Pak Cik Nur , anak cucu mereka termasuk pak lang Ali , Jaafar gemuk, anak Jaafar kurus. anak Pak Ngah Deraman, anak Pak Ulung Jantan, dan Pak Ulung Hashim, semuanya lelaki dan perempuan mereka hantar ke sekolah bantuan penuh kerajaan.


Sambungan siri 4

Tinta Azimad berkata...

Puisi ini ada kaitan dengan isu semasa politik tanah air lewat kebelakangan ini. Banyak pihak yang amat dihormati dahulu,kini mulai dicurigai.

Cerpen di atas kisah benar yang berlaku di sebuah kampung di Tanjung Nipis bersebelahan dengan kampung Nibung Hangus!

Bgitulah kata En Nuri.
saya diahamkan. Dia amat jauh hati.

Ustaz Nasarudin berkata...

KANAK-KANAK BERLARI

Beberapa orang kanak-kanak berlari
berkaki mereka telanjang
dari putih bertukar hitam
Di tengah laut pulau berbalam-balam
gulungan ombak bertandang dan pergi
cahaya matahari senja bagai emas
memercikkan sinar pelbagai adunan
pandangan yang menakjubkan
Aku pulang dengan suatu bisikan
alangkah indah kejadian Tuhan.

Ustaz Nasarudin
sajak memuji kenindahan tuhan

Datuk Borhan berkata...

LIDAH DAN PENA

lidah dan pena ini
aku luahkan apa yang dinyata
tertulis dengan mata pena ini
apa yang lidah ini berbahasa
aku tintakan ia dengan mata pena
sama saja tajamnya dan lembutnya
tapi adakalanya jaga-jaga ia
boleh menjadi racun yang berbisa

Datuk Borhan
sajak sinis

Ustaz Mahfuz berkata...

HUJANG DAN KEMARAU

apalagi yang kau tunggu
hujan dan kemarau sudah kering
menjadi debu waktu
kau tadahlah tubuhmu di telaga
basuhlah kemelut kesilapan
dengan rasa penyesalan dan insaf
lepas itudalam kau pulanglah
kerana hujan kemarau sudah tiada

Ustaz Mahfuz
sajak simbolik

Raja Muda berkata...

BISIKAN ITU

bisikan itu masih kudengari
ia satu kalimah suci…
Menggamit hati nurani terasa semalam
Berlalu di bawa bayu…
Melintas sepintas lalu
Bisikan itu masih kuingati…
Kerana kutahu ia akan kembali…
Menggamit diriku menemui Ilahi…

Raja Muda
sajak ketuhahan

Zainal Arifin berkata...

IZIN

Butang izin ditekan
berkibarkan bendera harapan
kembang merayap tatapan bersilang pada garis dan lakaran
rangkuman wajah dan bentuk.
unik melata indah rakyat dijulang raja kebenaran segala penggerak
bermula saat giat laungan hasrat
madah semangat berkobar terlakar
meronta susunan coretan
ghairah bermain hiasan kata
dalam denyut nafas pantas

Zainal Arifin
sajak sinis

Penyair Agung berkata...

MELEPASI UJIANNYA

Deritaku mengalir ke muara pilu
menghempas tebing amalan
terukir di muka sejadah
namun pohon imanku tak pernah layu
terus menyubur di tanah setia
memeterai sebuah ketakwaan.
Kupasti mentari harapan
kembali membaja bahagia
membunga sekuntum kehidupan
mewangikan tapak pengorbanan
melepasi ujian-Nya perjalanan

Penyair Agung
sajak ketuahan

Sulaiman Embong berkata...

BAHASA

Bahasa tumbuh di kebun peladang:
ada bahasa burung ada belalang
ada bahasa sawah ada bendang
ada bahasa bunga ada kumbang
ada bahasa bukit ada bahasa langit
ada bahasa gunung ada bahasa awan
ada bahasa pohon ada bahasa haiwan.
Bahasa belayar di laut hidup:
jika kapal ada bahasa pelabuhan.
tapi bangsa tiada bahasa
layakkah bernama manusia?

Sulaiman Embong
sajak marah

Datuk Murad berkata...

CAKAP BENAR

Kalau diamal bercakap benar,
mulia peribadi akhlak bersinar.
bohong elok dihindar elak kejahatan
Mahkota diri baik pekerti,
Kata ditutur orang percaya,
Tulus bicara tidak berdusta,
tenangnya hidup tanpa sengketa.
Bercakap benar dalam perhubungan,
suasana harmoni kekal berpanjangan.
tegak sentiasa tiang kebenaran.
amalan diperbaiki diampuni dosa.
insan bertakwa hidupnya aman.
amal ibadah diterima tuhan.

Datuk Murad
sajak nasihat

Qalam Mutiara berkata...

1.Ustaz Nasarudin berkata...

KANAK-KANAK BERLARI (TBD)

Beberapa orang kanak-kanak berlari
mereka mengejar pelangi berkaki telanjang
dari warna keputihan bertukar menjadi hitam
Di tengah laut Nampak pulau berbalam-balam
gulungan ombak bertandang dan pergi
cahaya matahari senja bagaikan emas
memercikkan sinar pelbagai adunan
pandangan yang menakjubkan
Aku pulang dengan suatu bisikan
alangkah indah kejadian ciptaan Tuhan.

Oleh: Ustaz Nasarudin
sajak memuji kenindahan tuhan/1 Februari 2012 3:45 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Ustaz Nasarudin masih setia dengan blog Cr. Kali ini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:KANAK-KANAK BERLARI.Temanya memuji keindan alam laut pantai di waktu petang. Pengucapannya bersahaja sadikit ada pembetulan Mesejnya. Mengambarkan keindahan alam ciptaan tuhan Sajak ini semacam ada persamaan dengan sajak ahli terdahulu. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

2. Datuk Borhan berkata...

LIDAH DAN PENA (LSS)

lidah dan pena ini
aku luahkan dan catat apa yang dinyata
dengan mata pena ini aku menulis
apa yang telah lidah ini berbahasa
menjadi memori catatan dalam hidupku
sama saja tajamnya dan lembutnya
tapi adakalanya perlu berjaga-jaga
ia boleh menjadi racun yang amat berbisa.

Oleh;Datuk Borhan
sajak sinis/1 Februari 2012 3:48 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Datuk Borhan setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: LIDAH DAN PENA Tema sinis tajam nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya dalam kehidupan ini perlu berfikir dulu apa yang ingin diperkatakan sebelum menjadi fitnah yang boleh menyakitkan hati orang lain. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

3. Ustaz Mahfuz berkata...

HUJAN DAN KEMARAU (LSS)

Apa lagi yang kau tunggu
Banjir dan kemarau sudah brakhir
semuanya menjadi debu waktu
kau basuhlah tubuhmu di telaga
buangkan kemelut kesilapan
dengan rasa penyesalan dan keinsafan
pasrah lepas itu barulah kau pulang
kerana hujan dan kemarau sudah tiada lagi

Oleh: Ustaz Mahfuz
sajak simbolik/1 Februari 2012 3:50 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Ustaz Mahfuz masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: HUJAN DAN KEMARAU.Tema simbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya punya dua maksud agaknya. Pada sesaorang atau isu semasa dengan kemelut yang melanda situasi negara kita. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

4. Raja Muda berkata...

BISIKAN ITU (TBD)- P

bisikan itu masih kudengari
ia satu kalimah suci…
Menggamit hati nurani terasa semalam
Berlalu di bawa bayu…
Melintas sepintas lalu
Bisikan itu masih kuingati…
Kerana kutahu ia akan kembali…
Menggamit diriku menemui Ilahi…

Oleh: Raja Muda
sajak ketuhahan/1 Februari 2012 3:53 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Raja Muda masih setia dengan blog Cr. Kali ini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:ISIKAN ITU . Temanya seruan azan nampaknya. Pengucapannya bersahaja tapi perlu dipbaiki lagi. Mesejnya. bila mendengar seruan azan segera menunaikan solat. Sajak ini semacam ada persamaan dengan sajak ahli terdahulu. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

5. Zainal Arifin berkata...

KEIZINAN (LSS)

Butang keizinan ditekan
berkibarkan bendera harapan
kembang merayap bersilang tatapan
pada garis dan lakaran
rangkuman wajah dan bentuk.
unik melata indah rakyat dijulang
raja kebenaran segala penggerak
bermula saat giat laungan hasrat
madah bersemangat berkobar terlakar
meronta susunan coretan
ghairah bermain hiasan kata bermaana
dalam denyut nadi bernafas pantas

Oleh: Zainal Arifin
sajak sinis/1 Februari 2012 3:55 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PE NJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

En Zainal Arifin setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: KEIZINAN Tema sinis nampaknya Pengucapannya sadikit pembetulan bersahaja dan boleh diterima .Maksudnya bagai mendewakan lambang bendera penh makna dengan semangat perjuangan dalam menegakkan kebenaran demi kemajuan sebuah negara. cuma andaian. .Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

6. Penyair Agung berkata...

MELEPASI UJIANNYA (LSS)

Deritaku mengalir ke muara pilu
menghempas tebing amalanku
terukir di muka sejadah
namun pohon imanku tak pernah layu
terus menyubur di tanah setia
memeterai sebuah ketakwaan.
Kupasti mentari mnjadi harapan
kembali membaja hidup bahagia
membunga sekuntum kehidupan
mewangikan tapak pengorbanan
melepasi ujian-Nya perjalanan

Oleh: Penyair Agung
sajak ketuahan/1 Februari 2012 3:57 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Penyair Agung setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: MELEPASI UJIANNYA Tema Fasrah pada tuhan nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya masih sajak bersiri dengan pengalaman yang dihadapi sebagai ujian keimanan dan ibadat dalam kehidupan.Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

7. Sulaiman Embong berkata...

BAHASA (TBD)

Bahasa tumbuh di kebun peladang:
ada bahasa burung ada belalang
ada bahasa sawah ada bendang
ada bahasa bunga ada kumbang
ada bahasa bukit ada bahasa langit
ada bahasa gunung ada bahasa awan
ada bahasa pohon ada bahasa haiwan.
Bahasa belayar di laut hidup:
jika kapal ada bahasa pelabuhan.
tapi bangsa tiada bahasa
layakkah bernama manusia?

Oleh: Sulaiman Embong
sajak marah/1 Februari 2012 3:59 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Sulaiman Embong masih setia dengan Cr. Kali ini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BAHASA. Temanya trnyata marah pula nampaknya. Pengucapannya sadikit terbawa pada kata seloka. Mesejnya. buat mereka yang gemar mengunakan bahasa rojak yang merosakan bangsa dan budaya nampaknya. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. Mesej baik pengucapannya sadikit terkeluar (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

8.Datuk Murad berkata...

CAKAP BENAR (TBD)

Kalau diamal bercakap benar,
mulia peribadi akhlak bersinar.
bohong elok dihindar elak kejahatan
Mahkota diri baik pekerti,
Kata ditutur orang percaya,
Tulus bicara tidak berdusta,
tenangnya hidup tanpa sengketa.
Bercakap benar dalam perhubungan,
suasana harmoni kekal berpanjangan.
tegak sentiasa tiang kebenaran.
amalan diperbaiki diampuni dosa.
insan bertakwa hidupnya aman.
amal ibadah diterima tuhan.

Oleh: Datuk Murad
sajak nasihat/1 Februari 2012 4:01 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Datuk Murad kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: CAKAP BENAR Tema nasihat katanya. Pengucapannya sadikit terbawa pada rentak boria. Mesejnya. baik nasihat buat mereka yang gemar bercakap tanpa berfikir melontar kata. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. Mesej baik pengucapannya sadikit terkeluar (TBD)

Jalal Rafzee berkata...

KUM 1
1 Bos Kacak
2 Doktor Hasmawi
3 ustaz muda
4 Jalal Rafzee
5 Pak Kassim
6 Mat Noh
7 Bulan Terang
8 En Sanusi

KUM3
1 Lagenda Pulau
2 Abul Hassan
3 Datuk Borhan
4 Roy Rashid
5 Penyair Agung
6 Inspektor Halim
7 Ustaz Mahfuz
8 Zainal Arifin

Ustaz Muda berkata...

KAKI MENAPAK

Ketika kaki menapak
anak tangga yang tak berputar
Hati entah dimana pikiran terlempar
Mencari-cari jendela yang terbuka
Terbasuh angin dan debu
Aku menunggu aku yakin
Bahwa semua ini tak terbayangkan
Mungkin juga membosankan
Membuat kita bertanya-tanya
Sampai sebahagian dari diriku bertahan dalam genggaman waktu
Entah untuk apa

Ustaz Muda
sajak simbolik

Jalal Rafzee berkata...

SEGALA ARAH MENJADI SATU

Satu detik atau tiga
hanyalah membuat kita tahu
Bahwa kita menjadi
seorang buta yang bertanya
bagaimana bisa menjadi dusta,
jika kita tak tahu kebenaran
Tapi masih bisa tersenyum
dan ditertawakan
bukankah kita masih punya darah
Yang bebas kita alirkan
Kemana kita suka pada siapa menatap
Ketika segala arah menjadi satu

Jalal Rafzee
sajak sinis

en sanusi berkata...

MELEBUR DAN PECAH

Melebur dan pecah
berserakan di kepala
mata dan jiwa penuh harapan
Maka sanggupkah berhenti sejenak
Tidak usah berpaling
Tapi rumput yang kau pijak
Selangkah lagi menerpa wajahku
Bukan senyum dan sendu disana
Diantara decak lidahku yang kering
Tak mungkin kau paham
Terbelenggu tak kuingin
tertunjuk oleh jemari

en sanusi
sajak simbolik

Bulan Terang berkata...

SENJA HARI

seharusnya tak berhenti
Setidaknya untuk saat ini
Lalu mengapa harus disesali
Mencari jalannya sendiri
Berliku tak peduli
Seperih hati nurani
menuju lautan harapan luas disini
Bertebaran di sekeliling
Tapi benarkah harus diikuti
Titian senja hari

Bulan Terang
sajak simbolik

Doktor Hasmawi berkata...

KEINDAHAN

Untuk apa tundukkan kepala
jika hati tergenggam
Untuk apa pejamkan mata
jika Jiwa merindu bayangan hitam
debu di kakiku belum dibasuh
Memang belum saatnya aku tak tahu
Karena peluh di tengkuk
belum kering benar ketika
sekali lagi kukatakan
Keindahan tak selalu berarti

Doktor Hasmawi
sajak makan hati apabila keluarga buat keputusan tanpa saya

Mat Noh berkata...

RAHSIA BUKU EMAS

semalam aku bermimpi
di datangi seorang lelaki tua
di tangannya ada sesuatu
berkilau dan bercahaya
sangat aneh mimpi ini
rasa bagai jelas dan nyata
aku terjaga dan di tanganku
memegang buku emas
seratus rahsia aku membeleknya
dalam itu tersimpan berjuta azimat
belum sempat aku menyalin
aku terkejut dengan dentuman guruh
rupanya aku bermimpi dalam mimpi

Mat Noh
sajak ketika bermimpi aneh malam tahun baru

Pak Kassim berkata...

JANGAN SALAHKAN

Jangan salahkan takdir bila terjadi
jangan salahkan cuaca bila hujan
jangan salahkan sesiapa,
kerna semua hanya satu dugaan kecil
semua orang tempuhi..
kita hanya perlu yakin hati sendiri
bukan kerna paksaan
kita tak perlu tunduk pada semua,
kerna hidup kita tentukan sendiri,
fikirkan untuk berubah,
bukan mengorbankan sesuatu,
tetapi mencuba keluar dari ikatan

Pak Kassim
sajak beri semangat

Bos Kacak berkata...

BELUM MATI

bila aku buka mata,
aku cium bau hujan.
buatku rindu tenang dan damai hujan
setiap kali tubuhku dibasahi hujan.
bila bangun nyawa masih melekat.
kadang aku mengeluh kasar.
bertanya mengapa nyawabelum diambil
sedang sebelum pejam mata tadi,
aku sudah putus harapan.
dengan dugaan atas perkerjaan ini
Tapi setiap makhluk Tuhan ini.
ada tanggungjawab harus dipikul jadi tanggungjawab aku belum lepas.
maka nyawa belum masa ditarik.
dari sudut lain harus bersyukur.

Bos Kacak
sajak ketika satu ketiga sudah berputus asa apabila perkeja sy sendiri curi duit perniagaan sy

Tanpa Nama berkata...

htrhtrh

Tanpa Nama berkata...

rhrttrntrntr

Tanpa Nama berkata...

thtrbhtrhrhrt