Selasa, 17 Januari 2012

LENGKARAN LANGIT MALAM MENJALAR





 
Sayembara puisi Cr.ke 5 

Lengkungan langit malam menjalar
disitu terlihat dedaunan berbisik
menutur pilu sedu pada akar-akar
dan rerumputan di bawah sana
jika memang tidak ada  keadilan dalam hidup ini 

maka bukanlah kebetulan 
bahawaku berlayar ketika di dasar lautan
mereka mengukur jarak bintang
walau teka-teki tak terpecah
anak tangga dengan huruf tiap kali
kau bacakan dengan lantang
sekumpulan debu dan gas
bintang sekarat menjelang padam
meredup di deret berita kematian
lantas berjatuhan runtuh
di bawah gaya gravitasi kita sendiri

 
Oleh: Datuk Hasbi
sajak simbolik/28 Disember 2011 4:21 PG




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI SEPARUH AKHIR CITRARASANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Daripada Datuk Hasbi sajak separuh akhirnya yang bertajuk atau tidak bertajuk? Atau sajak tanpa kepala? .Tema simbolik ada berbau politik sama dengan Anjang Aki. Pengucapannya agak samar tapi punya maksud tersembunyi Mesejnya menyentuh tentang isu semasa yang dialaminya Apa pun ceritasemacam mencari keadilan. Jika tersalah perhitongan akan runtuhlah segala harapan dengan gaya dan cara kita sendiri. Hanya andain sahaja. Harap maaf. Mungkin beri peluang kepada Anjang Aki? cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan separuh akhir ini, usaha lagi. (TK)

Tinta Azimad berkata...

CERPEN SIRI 2 BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA ____________________________________________________________________

“Beri tahu bang. Apa katanya bang?”
“Dia nak khawin,”
“Nak khawin!!”
“Ia dia nak khawin,”
“Dengan siapa?”
“Orang kulit putih,”

Dia bangun dari kerusi, berjalan menuju ke bilik tidurnya, kemudian keluar semula, tidak ada apa satu yang diambilnya, kelihatan gayanya bagai tidak menentu.

“Orang kulit putih jahanam, mereka semua memang seteru aku. Mengapa Taip memilih mereka orang kulit putih menjadi isterinya?” Bentak suaranya meninggi.Isterinya juga terdiam, tidak terdapat mengucapkan kata-kata seperti terpukau dengan penerimaan berita itu.

Di ketika itulah kenangannya masa silam tersingkap kembali. Kira-kira usianya dua puluh lima tahun yang lalu, masih belia dan rumaja , dia bekerja sebagai salah seorang
Budak suruhan di pejabat kastam di Gelugur.

Pagi-pagi buta lagi, sebelum tuan Brader Joe datang , dia yang datang dulu. Menyampu dan menyusun fail di atas meja di ruang pejabatnya. Sebelum tuan Brader Joe datang, jika tidak dia nanti kena maki hamun. Very stupid!” kata tuan Berader Joe

Jadi untuk mengelak dari kena maki hamun, dia terpaksa datang awal daripada orang lain ke pejabat dan setelah selesai kerja hariannya, dia berdiri tegak di hadapan pintu pejabat, jika tuan Berdar Joe lintas di hadapannya, dia kena memberi tabit hormat dengan mengangkat tangan ke dahi, dengan menyebut “Good moning sir!”

Memang hatinya rasa panas, lebih panas dari sinar matahari pagi. Sesekali terasa dirinya bagaikan saekor lembu yang telah dicucuk lubang hidungnya dan ditarik talinya sesuka hati.

Memang dia terasa dirinya terbakar di api yang tidak menyala, geram dan dendamnya
Membuak-buak, sudahlah dia datang memerentah nagara ini, kena beri tabik hormat pula, Bukannya dia bodoh sangat, jika dia diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, dia juga boleh jadi seorang pegawai takbir negaranya.

Tetapi peluang itu telah dibunuh oleh penjajah, anak melayu cukup setakat darjah lima atau enam saja, paling tinggi kerja kerani rendah atau budak pejabat. Atau pun guru sekolah kampung. Cukup jangan lebih,

Semua buku dilabel sebagai canai bacaan, awang kenit cuma boleh panjat pokok perecut, kisah mat jenin dengan angan kosong, pak pander lelaki bebal yang tak boleh diharap, lebai malang dengan kerja tidak menjadi.

SAMBUNG.ESOK siri ke 3

Geletek Petang. berkata...

PELIK TETAPI BENAR

Hasan Ali tepaksa berkokok seorang diri apabila pemuda sebuah parti yg
pernah diceburi memintanya muhasabah diri. Tetapi orang yg buat onar dan mungkar diberi sokongan sepenuhnya.

Dimana silapnya? Adakah istilah agama muhasabah hanya utk orang yang insaf bukan utuk orang yang melakukan onar dan kemungkaran?

Dunia semakin kabur jadinya?

Qalam Mutiara berkata...

1. mak mah berkata...

DEBARAN DEGUP JANTUNG (LSS)

Debaran degupan jantung
seakan berirama mengandungi arti
hingga mungkin bibirku menjadi
ungkapan kata-kata indah.
Kau yang dicintai hatiku,
hingga ragaku melunglai
oleh getaran jiwa aku hanya
ingin kamu mengerti,
setiap hembusan kalimat terucap,

Oleh: Mak Mah
sajak dari anak dara saya sy x mahu masuk sayembara tapi jalal ajak utk penuhkan koata sy x ada idea./19 Januari 2012 4:47 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARARENGKAS

Buat Mah Mah kali ini kembali dengan sajak anak daranya bertajuk: KEMDEBARAN JANTUNGKU Temanya jiwa2 nampaknya. Pengucapannya boleh diterima dan bersahaja. Mesejnya soal mengenang nasib kisah orang muda punya biasa. Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

2. Datin maimun berkata...

OTAK (LSS)

awalnya dari teriakan hati,
hingga menuntun jemariku
menulis kata-kata mungkin berarti
Aku ingin kamu tahu,
apa yang ingin disampaikan
hati seorang manusia dicipta
Sesaat aku tersadar dari buaian.
aku jatuh dari tempatku menulis
menatap langit dari kamar tidur
sesaat aku terbangun dari otakku

Oleh: Datin maimun
sajak simbolik maaf agak tunggang langgang xda ilham/19 Januari 2012 4:50 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARARENGKAS

Buat Datin Maimun kali ini kembali dengan sajaknya yang bertajuk: OTAK Temanya simbolikk nampaknya. Pengucapannya boleh diterima dan bersahaja. Mesejnya semacam tersadar dari mimpi yang panjang . Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

3. Anis Syahila berkata...

CENGKAM LANGIT(TBD)-P

Suara detik berputar
menyusuri masa aroma lilin
terbakar menenangkan
bagai kejutan bulan dari balik awan
hingga terpesona menatap
Masih suara berkumandang,
melantunkan pujian datang
bersama rentetan burung samudera,
seakan menyapaku disini
mencengkam langit senja

Oleh: Anis Syahila
sajak fantasi/19 Januari 2012 4:52 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARARENGKAS

Buat Anis Syahila kini muncul kembali walaupun belum pernah melangkah ke gerbang final. namun kali ini dengan sajaknya: CENGKAM LANGIT Tema fantasi tiada pula peneranganya?. pengucapannya kabur bersahaja perlu diperbaiki ungapannya.. Mesejnya soal pribadi agaknya... Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)-P

Qalam Mutiara berkata...

4.Sarah berkata...

SEMUA TAHU (LSS)

Tersadar bahwa aku berteman kertas
pohon merindukan bisikan angin.
terik panas matahari membakar kulit
Tidak ku sangka hati keras
hanya karena senyuman
dan hangatnya dapat mencair
aku jatuh ke dalam alurmu.
aku juga membayangkan disuatu masa
dirimu damai penuh dengan kasih
mengelilingi bumi sejagad raya ini,
agar semuanya tahu,

Oleh: Sarah
sajak simbolik/19 Januari 2012 4:56 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARARENGKAS

Buat Sarah kini kembali dengan sajaknya bertajuk: \SEMUA TAHU Temanya simbolik tanpa peneranganya?.,.Pengucapannya kabur tapi boleh dibuat berbagai andaian, soal peribadi dan dlln Mesejnya megambarkan kehidupan semasa setiap manusia mesti pantai menilai tugas dan tanggung jawab pemimpin yang memerentah. mengisi kemerdekaaan ini. Layak untuk sayembara seterusnya \ (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

5. Mona berkata...

LONCAT KUCING (TBD)

dari dunia kuturunkan wajah
ke buku terus pudar
keletihan ku tersimpan
pada loncatan si kucing
kelincahanmu menyelinap
pergi menumbuk kepalaku
dalam sepi dunia merindu
tubrukmu menempa kaki
jika kau tak kunjung
aku akan di angin saja
kupindahkan angkasa
ke mataku yang silau

Oleh: Mona
sajak simbolik/19 Januari 2012 4:59 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARARENGKAS

Buat Mona kini kembali dengan sajaknya bertajuk: \LONCAT KUCIG Temanya simbolik nampaknya. Pengucapannya kabur dan perlu diperbaiki ungapannya. Mesejnya mencelarukan dan sukar digambarkan semacam lompatan kucing juga.Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

6. Nurse Lisa berkata...

CAHAYA SURIA (TBD)
cahaya suria kuraba di udara
tiada meluncuri dinding
aku turun melamun sembunyi
di titik entah mana
sana langkahku sunyi
kuseret longlai langkahku,
kuberi kakiku pulang
nanti di rumah kubilas
semua kepedulian ini
akan kujemur di tali sikapku
tidur dalam rentang
waktu pendek yang penuh sandung

Oleh: Nurse Lisa
sajak simbolik/19 Januari 2012 5:01 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARARENGKAS

Buat Nyrse Lisa kini kembali dengan sajaknya bertajuk: \CAHAYA SURIA Temanya simboliktanpa penerangan . Pengucapannya kabur dan perlu diperbaiki ungapannya. Mesejnya mencelarukan dan sukar digambarkan untuk menangkap maksud. .Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

7. Yusmanira berkata...

PENING DI KENING TBD)

ketika ku tidur petang itu
aku dibangunkan oleh pening di kening
bangkit dari kekejangan tidur
ku gagahi dan kupakai baju yang lusuh
mencarimu sesautu tatkala
kudapati mataku sendiri yang buta.

Oleh: Yusmanira
sajak ketika pening bangun dari tidur petang/Januari 2012 5:03 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARARENGKAS

Buat Yusmanira kini kembali dengan sajaknya bertajuk: \PENING DI KENING Temanya tiada dinyatakan munkin cerita mimpi tidur petang. . Pengucapannya kabur dan perlu diperbaiki ungapannya. Mesejnya mencelarukan dan sukar digambarkan untuk diterjemahkan maksudnya..Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

8. Sharifah AL Habsi berkata

TIKAM DIULU HATI(LSS)

Apalah arti senyummu itu
ketikaku sakit kau tikam diulu hati
Aku tak perlu senyum seindah itu
Bagiku tetap tiada keindahan lagi
kerana sebilah pisau telah terlanjur
telah kau benamkan di dadaku ini
lalu dengan senyum di bibirmu itu
bagaikan sinis bersama setumpuk tawa
terkapar aku oleh rasa sakit di ulu hati
yang kau torehkan dengan sempurna.
Jangan kau harap tebus sebuah kata maaf

Oleh: Sharifah AL Habsi
sajak marah/ 19Januari 2012 5:05 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARARENGKAS

Buat Sharifah Al Habsi kini kembali dengan sajaknya bertajuk: TIKAM DIULU HATI Temanya marah berbau jiwa2 . Pengucapannya bersahaja dan perlu diperbaiki ungapannya. Mesejnya mengambarkan rasa kurang senang dengan di dia yang menyakitkan hati, Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Zuraifah berkata...

taib kwin org putih ke

Brader Joe berkata...

hehehe nama aku pun ada

Saizul maizav berkata...

cerpen mcm pnh baca tp lupa la

Ambuyak berkata...

hbis la hassan ali dlu action sgt

Suara rakyat berkata...

hassan ali jd kambing hitam je

Nabil Quldi berkata...

hassan ali berkokok sendirian? apa benda tu

Warga Emas berkata...

cerpen psl penjajah ke

Anjang Aki berkata...

dunia skrg makin lama makin jd x betol dh geletek pagi

Sulaiman Embong berkata...

bgus info yg diberikan geletek petang hassan ali dh tersepit

Pak Awang berkata...

hassan ali skrg bebas ke dia masuk BN?

Apek Liew berkata...

cerpen mcm penh baca psl komunis kan en nuli?

Pak Kassim berkata...

cerpen ni ke yg org tumpang rumah dia smpai ke dapur

Dayang berkata...

kesian org malyu dlu smua pangkat kecik2 je

Orang Lama berkata...

org melayu btol2 kena tindas walau pandai mcm mana pun x keja tinggi

Pak Ngah But berkata...

dulu org melyu kena tindas hussin on yg beri merdeka tp byk yg x hargai mmg x kenang budi

Jalil Janggut berkata...

hehehe mcm2 kes hassan ali ni

Seri Suri berkata...

hassan ali dlm dilema la agaknya skrg ni... hehhe

Sarah berkata...

cerpen ni menarik jgk

Emily Osman berkata...

cerpen peperangan ke