Ahad, 28 Januari 2018

AKU DIBERI TUGAS UNTUK MEMILIH?


langkah baru.jpeg


 AKU DIBERI TUGAS UNTUK MEMILIH?

Bila cukup lima tahun
Sesuatu penggal pemerentahan tamat
Sebagai rakyat biasa kami  diminta perlu memilih
Sewaktu PRU ikut bilangan kami akan memilih dan mencorakkan
Pemilihan baru atau ingin menentukan pemerentahan yang sedia ada seterusnya.

Setiap rakyat 21 tahun
Di wajibkan kami memilih seorang wakil
Digelar Yb wakil rakyat di kawasan Parlimen/DUN
Pilihlah calunlah dan undi lah mana parti yang ada meminatinya
Tetapi jangan menyesal kalau kita  terpilih calon yang  cuma  cakap sahaja pandai?

Oleh sebab itu kita perlu
Memilih dan menilai kerja tanggung jawab
Yb wakil rakyat yang benar–benar ada kemampuan
Bukan ada agenda yang tersembunyi atau dendam kesumatnya
Terhadap ke tidak kepuasan ingin merebut dan menguasai kedudukan pemerintah?

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.40 pagi
Ahad  Tarikh: 28hb Januari 2018.

PERJALANAN HIDUP KITA BAGAIKAN MENDAKI BUKIT


bumi ambiak.jpg


PERJALANAN HIDUP KITA BAGAIKAN MENDAKI BUKIT

Perjalanan hidup kita
Bagai mendaki se buah bukit tinggi
Bila kita berusia 50an pendakian mesti di puncak
Jikalau tidak kita akan gagal dalam perjalanan pendakian ini
Kerana pendakian hidup kita ini  Allah S.W.T yang menentukan setiap seorang.

Jika pada usia muda
Kita gagal merebut peluang dan masa
Perjalanan hidup kita sewaktu turun bukit ini nanti
Terasa gagal melengkapkan diri sewaktu menuruni pendakian ini
Bila usia 60an kita mulai menurun bukit pendakian yang  berbagai penyesalan.

Justeru itulah kita ini
Jangan sesekali asyik membuang masa
Pendakian perjalanan kehidupan ini mesti diteruskan
Perlu ada persiapan yang secukup rapi  dan sepatutnya berilmu
Kerana kejayaan dan kegagalan kita ini  berkait rapat di dunia dan juga akhirat.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.20  pagi hari
Sabtu tanggal 27Januari 2018.

SATU SURAH ADA HIKMAHNYA


tahana.jpg

 SATU SURAH ADA HIKMAHNYA


Ada satu surah
Mengandungi 30 ayat
Surah al Mulk  atau surah tabaruk
Sebagai amalan elok  kita cuba menghafalkannya.

Bagi siapa saja
Yang selalu membaca
Setiap malam amalan sebelum tidur
Ianya menghalang kita daripada seksa  azab kubur.

Inilah satu surah
Bagi menyelamat  kita
Menghalang kita dari soalan kubur
Untuk kesejahteraan kita di dunia dan alam barzah.

Bagi siapa  saja
Menghafal surah al Mulk ini
Eloklah membaca mengamalkannya
Sebagai amalan atau rutin dalam kehidupan  amin.

Oleh : Tinta Azimad,
Catatan jam 6.55 pagi
Jumaat  Tanggal 26hb Januari 2018.

BELANJAKANLAH HARTA YANG ALLAH BERIKAN.


wang.jpeg


BELANJAKAN LAH HARTA YANG ALLAH BERIKAN.

Allah meminta
Segala rezeki yang Allah berikan.
Belanjakan lah harta yang Allah S.W.T berikan kepadanya.

Tetapi manusia
Lupa dan lalai di hasut ketamakkan
Tetapi apabila ajalnya sampai mereka terasa kerugian.

Lantas Manusia
Meminta dan berdoa kepada Allah
Untuk memanjang kan umur untuk melakukan kebajikan.

Tetapi Allah S.W.T
Tidak akan memberi peluang lagi
Apabila nyawa kita  kini  sudah pun  berada di khakum.

Wahai anak Adam
Kamu tidak ada apa harta pun
Kecuali apa yang anda telah derma dan sedekahkannya.

Justeru itu manusia
Bagi menjauhkan daripada kerugian
Impakkanlah harta kita kepada mereka yg memerlukan.

Oleh: Qalam Mutiara
Catatan dilakukan  jam 6.40 pagi
Hari Khamis bersamaan 24hb Januari 2018.

CARILAH RAHMAT


mimpi sama.jpg


CARILAH RAHMAT 

Sebenarnya
Hati ini  bertanya
Selalu saja resah gelisah
Ingin mencari  sesuatu
dan menganyam rasa  cinta
 kepada Rasulullah  dan Khalid
yang menjadikan
Walaupun dahulu kita
sering saja lepak di  jalanan
dan lorong-lorong sempit
Kini setelah  kita
menghampiri dinding masjid
Waktu  waktu ceramah maulidurrasul
Terasa kita telah kembali
 beriman  kepada Allah S.W.T
melalui sirah daripada rasul Nya
menjadikan kita
terasa mendapat Rahmat
dan ketenangan
dalam hati.

Oleh  Suara Pulau
Catatan jam 755. Pagi
Tarikh Isnin 22hb Januari 2018.

Ahad, 21 Januari 2018

HADIR MAJLIS MAULIDUR RASUL


tahui.jpg


 HADIR MAJLIS MAULIDUR RASUL

Terasa semacam kita
Menghadiri satu juadah jamuan
Yang diolah dengan berbagai  cara  perisa
Diaduh kemudian dicampur aduk bicara dunia dan akhrawi
Mengingati dan menghormati sirah dan kehidupan Rasullullah Alaihissalam
Seolah-olah  kita sedang menekmati satu hidangan makanan rohani yang sukar diterjemahkan.

Hati dan iman kita ini
Perlu ada kemantapan iman
Bila kita ada keyakinan dan keimanan itu
Bila kita dapat menyemlami perkara yang ghaib seperti pahala
Bila kita mengetahui tiap amalan kita hukuman balasan syurga dan negara
Demi penambahan ebolosi kebaikkan kita mencari  jalan-jalan mendapat kebaikan di zamannya. 

Kanival cintai rasul
Satu kemeriahan maulidurrasul
Bagi menunjukkan kecintaan kita padanya
Sesungguhnya nabi ini rahmah Allah kepada umat manusianya
Maka kita perlulah mengadakan nabi sebagai nabi seorang edola wajib dicontohi
Maka banyakkanlah kita bersolawat ke atas nabi sebagai satu zikir rahmat Allah dalam kehidupan.

Oleh: Qalam Mutiara
Catatan jam 7.40 pagi
Ahad tarikh 21hb Januari, 2018.

.MEREKA ORANG BERMUKA MASAM


bila janji.jpg

.MEREKA ORANG BERMUKA MASAM

Mereka bermuka masam
Mereka orang yang tidak beriman
Mereka rasa malu hina dan berbagai lagi
Mereka sewaktu di dunia dahulu hidup mahu dipuji.
Mereka di dunia mahu pujian kerana bukan kerana Allah SWT

Mereka telah berkumpul
Mereka berada di padang Masyar
Mereka menerima kesulitan berpanjangan
Mereka akan di beri keredhaan Allah SWT kepadanya
Mereka  bagi orang beriman berseri-seri wajah kegembiraan.

Mereka orang yang ikhlas
Mereka menerima berbagai kelebihan
Mereka orang mengerjakan ibadullah al Ibrar
Mereka dikurnia wajah berseri keputihan kegimbiraan
Mereka berbeza dengan orang kupur minta di puji di dunia dahulu.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 6.45 pagi
Khamis Tanggal 15 hb  Februari 2017.

JANGAN BIARKAN MOTIVASI ANDA TERUS BASI


mimpi.jpg

JANGAN BIARKAN MOTIVASI ANDA TERUS BASI

Masa sekolah duhulu
Murid-murid diminta ke majlis mutavasi
Dari darjah 4 5 dan 6 hingga ke menengah dan atas
Semua teknik dan cara kehidupan di ajar menghadapi kehidupan
Sebagai kemahiran dan pembelajaran yang betul semoga mampu berdikari.

Hidup mesti  berfikir
Jikalau tidak pastinya anak-anak gagal
Bagaimana untuk menyelesaikan segala masalah
Kita mahu mereka berjaya pada permulaannya sehingga akhirnya
Bukan pada darjah rendah menenagah tetapi ke penganjian tinggi gagal pula?

Sebab itu mutivasi
Yang kita ada  perlu diguna da diamalkan
Bukan pasrah kemudian tanpa usaha menyerah
Sebenarnya Ibu bapa guru dan rakan sebaya  tempat kita belajar
Bersekolah itu mencari ilmu untuk menyelesaikan permasalahan kehidupan.

Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 7 .50 pagi
Rabu Tanggal 17hb Januari 2017.

JIKA ESOK 2018




alam berubah.jpg


JIKA ESOK 2018

Jika esok
Kita masih bernafas
Masih menyedut udara Allah
Bersyukurlah banyak-banyak kepada Nya
Kerana kita masih punya usia  di alam dunia maya ini
Berbeza dengan rerakan kita yang telah lama berkubur meninggal nisan.

Kau ingat!
Jangan  buang masa
Segala rezeki yang  dikurniakan
Perjalanan kita di dunia ini  cuma sementara
Jangan kau mabuk dengan harta pangkat dan kedudukan
Kerana semuanya ini pancarobasatu  permainan tohmah dan fitnah di dunia. 

Kata Pamanku
Cattan sepontan jam 4.40
Sebelum azan assar 30hb Desember 2017.



KITA MUDAH DIPERMAINKAN?


kenal aku.jpg

KITA MUDAH DIPERMAINKAN? 

Agama Islam
Kita mudah dipermainkan
Kerana sering adanya perpecahan
Walaupun Allah berkata Islam itu bersaudara
Tetapi pengaruh kita mudah tergoda dan terperdaya.

Jangan hairan
Kalau  Palastine di cabur
Tiap perpecahan dicuri kesempatan
Berapa kali sudah berdamai dan berperang
Itulah budaya musuh Islam mereka mempermainkan.

Berapa lama?
Kita perlu bertolak ansur
Dengan membiarkan sandiwara mereka
Budaya mempermain  dan  memperbodohkan
Umat di negara  Islam yang berada di bumi Allah ini ?


Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 6.45 pagi
Tanggal 14hb Disember 2017.

Jumaat, 19 Januari 2018

CARILAH KEBERUNTUNGAN



lagaknya.jpg


CARILAH KEBERUNTUNGAN 

Sesungguhnya kata Saidina Ali
Beruntung lah orang yang lebih baik hari ini
Berbeza dengan kehidupan daripada hari semalam.

Perlulah kita menanam azam
Setiap kali menjelang tahun baru yang datang
Jangan biarkan sekadar mencatat tidak melakukannya,

Kerana datang awal tahun itu
Kita bagaikan membuka satu lembaran baru
Jikalau kita masih gagal melaksana cita-cita teruskan.

Sebenarnya  bagi orang Islam
Kita mempunyai hari , bulan dan tahun hijrah
Perlulah kita rebut peluang yang Allah S.W.T menentukan.

Sebelum tidur perlu muhasabah
Tanam azam dan cita-cita itu perlu dilakukan
Bukan sekadar catat dalam diari dan simpan di hati saja.

Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 7 .30petang
Ahad Tanggal 8hb Januari 2017.

HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK




lakonan.jpg

HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK 

Hati ini
Jangan dibiarkan
Berdolak dalik setiap hari
Jika kita ingin dipercayai selalu
Kerana orang ramai sering menilainya.

Hati ini
Suka berubah
Dan berdolak dalik saja
Ungkapan hari ini esok berubah
Kerana tabiatnya suka berubah-ubah.

Hati ini
Tidak dikawal
Ianya akan menguasai
Segala kehendak hawa nafsu
Menjadikan diri kita ini letih dan lesu.

Hati ini
Kena diawasi
Pada setiap tindakannya
Jikalau  ikhlas baiklah jadinya
Jikalau  jahat buruk lah jadi padahnya.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .10  pagi
Sabtu Tanggal 18hb Januari 2018.

KINI JWA DATANG LAGI



wang.jpeg


 KINI JWA DATANG LAGI

Bagaikan satu permainan
Tempat latihan budak suruhan JWA
Membuat persediaan sebelum mengambil dan menyerah
Bagi seseorang menerima  JWA di dalam bekas simpanan gula dan kopi
Atau mengambil dan menukar wang kertas kecil atau besar sebelum di serah

Malam tadi berlaku lagi
Di dalam kocek mama ada RM13.00
Berbunyi telephon di bawahnya ada wang kertas RM1.00
Semasa aku terkejut malam disisiku ada wang kertas tepi bantal RM1.00
Waktu bagun tidur ke dapur ternampak dalam bekas gula ada wang RM1.00.

Ternyata semuanya ini
Kepunyaan duit mama juga RM3.00
Wang kertas mama yang hilang RM3.00 dalam koceknya
Campur dan tolak sama saja wang hilang dan jumpa Cuma satu permainan 
Latihan buat anak cucunya untuk diberi tarbiah cara persediaan bagi satu  JWA.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 6.45 pagi
Ahad Tarikh 14hb Januari 2018.

ISLAM DAN IMAN


al quran.jpg


ISLAM DAN IMAN


Seorang itu
Kena ada proses tarbiah
Antara Islam dan keimanannya.

Kerana rukun Islam
Dan rukun Iman itu berbeza
Apa pula itu ihsan sangat hamper.

Kerana mula dan penutup
Seorang Islam itu mampu satu pengakuan
Benar-benar dapat mengucap dua kalimah syahadah.

Bila dengar seruan azan bersegeralah
Kerana rukun Islam kita hormati
Rukun Iman kita hayati
Kerana tiada iman
Hilang Islam.


Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.30 pagi.
Khamis Tarikh 11hb Januari, 2018.

.TIADA PAKATAN YANG BOLEH BAWA HARAPAN?


helo Melayu.jpg


TIADA PAKATAN YANG BOLEH BAWA HARAPAN?

Satu satu wujud
Kemudian hilang dan tenggelam
Berbagai parti perjuangan harapan dan pakatan
Konon semuanya untuk rakyat jelata  bukan individu tertentu
Akhirnya terbongkar rahsia  parti kroni dan kaum keluarga nampaknya.

Bila PKR dan DAP
Berpaksikan bapa anak isteri
Di Majlis tertinggi dikuasai keluarga dan kroni
Akhirnya segala harapan pada cogan kata tinggal begitu sahaja
Kini ahli parti yang bekerja keras selama ini rasa terpedaya dan terseksa .

Di mana harapan?
Kalau setiap kali PRU berlaku
Nama parti puak pembangkang bertukar lagi
Demi untuk mengegarkan hati rakyat yang asyik mendengar
sandiwara bersiri daripada pimpinan bapa anak isteri dan kroni sendiri.


Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 6 petang.
Khamis Tarikh 11hb Januari, 2018.


DULU KITA LAIN


batak.jpg


DULU KITA LAIN

Dulu kita lain
Hari ini kita lain pula
Esok dan hari akan datang
Kami belum tahu ragam kita bagaimana?
Bila kita dinaikkan adalah hasil usaha bukan saudara

Dulu kita Yb
Ada ramai penyokong
Di atas parti yang kita dokong
Tetiba kita melompat ke arah parti lain?
Bila kita kira banyak peluang dan ingin merebutnya ?

Hari ini kita
Hilang songkok ketayap
Lambang putih yang di bangga
Jangan lupa kawasan kita pengundinya
Mudah berubah hati jika mereka rasa dipermainkan.

Kami Cuma
Melihat tabiat pengundi
gemar menukar Yb kawasan
Jangan setelah songkok putih kita hilang
Diikuti PRU14 nanti kerusi lembut Yb pula akan hilang.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7.40 pagi
Hari Khamis 11 Januari 2018.

JANGAN MENIDAKKAN HAK ORANG LAIN


images.jpg


JANGAN MENIDAKKAN HAK ORANG LAIN 


Di mana silapnya kita ?
Jika cuba menidakkan hak orang lain
Sedangkan itulah hak dan rezeki mereka ditetapkan
Kita bertugas sebagai yang berwajib enggan memberi sokongan
Adakah kita inginkan sedikit ganjaran atau tip dipanggil sebagai rasuah ?

Bertugas kerana Allah!
Pasti banyak ganjaran berlipat ganda
Kerja kita itu tanggung jawab sebagai satu ibadah
Jikalau  kita jalankan dengan penuh rasa ikhlas hati dan didik kasi
Bukan buat lebih kurang atau ala kadar suka hati rasa tak suka tidak buat.



Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.40 pagi
Hari Sabtu  6hb Januari 2018.