Ahad, 28 Januari 2018

SATU SURAH ADA HIKMAHNYA


tahana.jpg

 SATU SURAH ADA HIKMAHNYA


Ada satu surah
Mengandungi 30 ayat
Surah al Mulk  atau surah tabaruk
Sebagai amalan elok  kita cuba menghafalkannya.

Bagi siapa saja
Yang selalu membaca
Setiap malam amalan sebelum tidur
Ianya menghalang kita daripada seksa  azab kubur.

Inilah satu surah
Bagi menyelamat  kita
Menghalang kita dari soalan kubur
Untuk kesejahteraan kita di dunia dan alam barzah.

Bagi siapa  saja
Menghafal surah al Mulk ini
Eloklah membaca mengamalkannya
Sebagai amalan atau rutin dalam kehidupan  amin.

Oleh : Tinta Azimad,
Catatan jam 6.55 pagi
Jumaat  Tanggal 26hb Januari 2018.

Tiada ulasan: