Jumaat, 19 Januari 2018

DULU KITA LAIN


batak.jpg


DULU KITA LAIN

Dulu kita lain
Hari ini kita lain pula
Esok dan hari akan datang
Kami belum tahu ragam kita bagaimana?
Bila kita dinaikkan adalah hasil usaha bukan saudara

Dulu kita Yb
Ada ramai penyokong
Di atas parti yang kita dokong
Tetiba kita melompat ke arah parti lain?
Bila kita kira banyak peluang dan ingin merebutnya ?

Hari ini kita
Hilang songkok ketayap
Lambang putih yang di bangga
Jangan lupa kawasan kita pengundinya
Mudah berubah hati jika mereka rasa dipermainkan.

Kami Cuma
Melihat tabiat pengundi
gemar menukar Yb kawasan
Jangan setelah songkok putih kita hilang
Diikuti PRU14 nanti kerusi lembut Yb pula akan hilang.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7.40 pagi
Hari Khamis 11 Januari 2018.

Tiada ulasan: