CARILAH KEBERUNTUNGAN
Sesungguhnya kata Saidina Ali
Beruntung lah orang yang lebih baik
hari ini
Berbeza dengan kehidupan daripada
hari semalam.
Perlulah kita menanam azam
Setiap kali menjelang tahun baru
yang datang
Jangan biarkan sekadar mencatat
tidak melakukannya,
Kerana datang awal tahun itu
Kita bagaikan membuka satu
lembaran baru
Jikalau kita masih gagal melaksana
cita-cita teruskan.
Sebenarnya bagi orang Islam
Kita mempunyai hari , bulan dan
tahun hijrah
Perlulah kita rebut peluang yang
Allah S.W.T menentukan.
Sebelum tidur perlu muhasabah
Tanam azam dan cita-cita itu perlu
dilakukan
Bukan sekadar catat dalam diari
dan simpan di hati saja.
Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 7 .30petang
Ahad Tanggal 8hb Januari 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan