Rabu, 25 April 2018

MATI ITU KITA BEREHAT








 MATI ITU KITA BEREHAT

Setelah sekian lama
Kita bergelut dengan dunia
Terlalu letih dan penat puluhan tahun
Di masa itu kita pun dimatikan  dan terus berehat.

Pilihlah dua rehat
Satu rehat pada kematian
Orang lain yang kita kenal atau tidak
Kedua rehat di atas kematian pada diri kita sendiri.

Allah menetapkan .
Setiap tingkah laku kita itu
Semuanya dikira ibadah ada pahala
Sama ada ibadah yang khusus atau pun ibadah am.

Oleh: Nuri manja,
Catatan pagi jam 6.50.pagi
Rabu Tanggal  11hb  April  2018.   

CARILAH TIGA PEKARA INI



 

CARILAH TIGA PEKARA INI

Sakinah
Satu ketenangan
Bagi seorang bernama manusia
Bila sudah berumah tangga sesama manusia.
Sebagai sepasang suami dan isteri dan kaum keluarga.

Mawatdah
Cinta mencintai
Saling ada perhubungan mesra
Sehingga dapat melahirkan zuriat keturunan.
Begitulah lumrah kehendak  Allah menentukan takdirnya.

Warahmah
Wujudnya ikhwah
Ada rasa kasih sayang sesama
Baik orang tua atau yang muda dalam keluarga
Sentiasa sahaja bantu membantu memelihara kekeluargaan.

Oleh: Nuri manja,
Catatan pagi jam 6.50.pagi
Rabu Tanggal   25hb  April  2018.