Rabu, 25 April 2018

.JANGAN LANGGAR KOTA TAKDIR





JANGAN LANGGAR KOTA TAKDIR

Takdir buat seorang ibu
Assma binti  Abu BakarAl Sidek
Melahirkan anak bernama Abdullah bin Zuber
Nabi Muhamad membelah mulut Abdullah dengan air liurnya
Nabi berkata Abdullah bin Zuber seorang yang pintar dan luhur orangnya
Lantas setelah menjadi remaja bakatnya itu  dalam pentadbiran nyata amat terserlah.

Abdullah bin Zuber ini
Seorang yang leluhur dan ikhlas
Sewaktu dia memerintah ikut cara datuknya
Bani Umaiyah yang tidak senang hati melihat pentakbirannya
Bani Umaiyah Hijaz bin Aup yang terkenal  dengan kaya raya harta benda itu
Cuba memeranginya dengan mengasut  dan memberi harta bendanya kepada pengikutnya.

Dalam peperangan itu
Ternyata Abdullah bin Zuber ini
Sering sahaja tewas disebabkan kekurangan
Sehingga Hijjaz bin Aup sanggup membeli pengikut dan pejuang
Malah ada perjuangan yang berpaling tadah melihat habuan yang ditawarkannya
Sehingga di saat akhir Abdullah bin Zuber sendiri ditawarkan harta benda jika mengalah.

Sebuah kota ketentuan
Yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T
Begitulah kata Asma anak Abu Bakar Al; Sidek
Sewaktu mendoakan anaknya Abdullah bin Zuber mati berjihad
Kemudian selepas 10 hari anaknya pergi Assma berusia 100 tahun ikut serta.
Semoga Allah S.W.T menjanjikan syurga buat ibu dan anak cucu sahabat Rasullullh ini amin!

Oleh: Nuri manja,
Catatan pagi jam 5.30.
Isnin Tanggal  23hb  April  2018.


Tiada ulasan: