Ahad, 15 April 2018

.MUNAJAT DIHUJUNG MALAM




.MUNAJAT DI HUJUNG MALAM 
 -buat ahli club tahajud

Menunggu waktu di hujung malam,
bukanlah satu rasa penyeksaan
cuma kemalasan hati di dunia ini.
jika kita dapat menguasai diri.
seperti perjanjian yang di tepati
mudah di kejut pada setiap malam,

Setelah kita berada di dalam kubur,
jangan harap untuk meminta lagi
berilah aku bangun di malam hari
ingin hidup kembali melakukan solat sunat
walaupun sebanyak dua rakaat.

Bagunlah untuk berzikir dan munajat,
dan bermuhasabah diri anda sendiri
agar jiwa lebih tenang zuhud bertawadok
pada Allah s.w.t pencipta kita dan segala
Mengapa kita masih enggan sujud kepada Nya?

Oleh: Nuri manja,
Catatan malam hari,
Gambar cuma hiasan sahaja.2014

Tiada ulasan: