Rabu, 25 Mei 2022

PENYAKIT KECELARUAN MINDA DAN BUDAYA SONGANG










PENYAKIT KECELARUAN MINDA DAN BUDAYA SONGANG 
 
 
Perasankah?
Kita kini diserang wabak
Penyakit  tenat kecelaruan minda
Kemudian  diserang pula budaya  songsang
Dalam masyarakat  kita di kampung dan dikotaraya
Apa yang dapat aku katakana kini kerana ramai tidak menyedari?
 
Janganlah!?
Kalian tidak mengetahui
Kecelaruan minda ini menyerang
apabila kalian terus percaya dengan berita
Datangnya daripada seorang yang  tidak kita kenali
Cuba menuduh  memburukkan cerita yang sengaja direka cipta?
 
Percayalah?
Bila kita mulai percaya
Dengan mudah dan senang saja
Mereka mulai meresapkan pula di hati kita
Bagi menghidupkan mendewakan budaya spngsang
Kini cuba diminta sokongan tanpa sedar kita mengamalkan nya ?
 
Oleh: Pena Runcing
Tanggal 11 Syawal 1443H 
Bersamaan  Khamis  13/5/ 2022


RAMAI ORANG CUKUP GEMBIRA ?









RAMAI ORANG CUKUP GEMBIRA ? 
 
Ramai orang  bergembira
Apabila  datang hari raya
Tetapi aku tetap berdukacita
Kerana ibu bapa telah tiada
 
Apabila sambut hari raya
Semua orang bergembira
Tua muda miskindan kaya
Wajah berdiri tidak terkira
 
Aku kini di rantau orang
Terpencil bagaikan terbuang
Kemeseraan raya rasa hilang
Cukup terasa nasibku malang
 
 
Oleh: Pena Utara
Tanggal 2 Ramadan 1443H 
Bersamaan Salasa  3/5/ 2022

KINI BUDAYA SONGSANG PULA ?

 











KINI BUDAYA SONGSANG PULA ?
 
Setelah Kecewa
Pembangkang mulai resah gelisah
Ada yang terasa bagaikan kena penyakit meroyan
Lawin belum dapat anak tetiba terpaksa kena cerai pula talak tiga
Hati mana yang tidak terasa sedih luka parah bila kedudukkan terbang melayang?
 
Kini ternyata !
Banyak kepincangan yang berlaku
Cuba pula  untuk disembunyikannya dari khalayak
Takut tembelang pecah maka berlakulah agenda budaya songsang
Maka berlakukan yang benar dipersalahkan yang salah di angkat dan didewakan ?
 
PM7 berjasa !
Banyak pula tuduhan di ciptanya
Pecah Amanah, salahlaku guna kuasa penyamun,
Pantas terus mahu sahaja didakwa dedenda dan dipenjara sahaja.
Tanpa bicara yang sempurna saksi dan fakta ditolak apakah ini budaya songsang ?
 

Tinta Azimat
Tanggal 24 Ramadan 1443H 
Bersamaan Salasa hari 26 April 2022

AGENDA PENYAKIT KECELARUAN MINDA ?







 AGENDA PENYAKIT KECELARUAN MINDA ? 
 
 
11 Tahun dulu
Kita telah diserang penyakit
Kecelaruan Minda sehingga mengharubirukan
Keseluruhan rakyat jelata dalam negara Malaysia tercinta ini
Akibat iri hati , dendam kesumat  berlakulah hasut mengasut , tohmah dan fitnah ?
 
Ketika itu !
Ramailah dikalangan kita ini
Mulai tertarik dan percaya tanpa usul periksa
Maka berlakulah rasa tidak senang hati ingin memporotes ?
Sehingga samggup berpaling tadah menikam dari belakang dan ini kalilah kita ubah?
 
Akhirnya !
Kerajaan BN/UMNO tumbang
Maka berjayalah puak pembangkang berkuasa
Tetapi sayang PH setelah berjaya janji pula gagal ditunaikan ?
Bertahan 22 bulan diambil alih PN pula selama 18 bulan pun dibubar juga akhirnya?
 
 
Tinta Azimat
Tanggal 24 Ramadan 1443H 
Bersamaan Salasa hari 26 April 2022

WIRA LELUHUR KAU BAGAIKAN DAHAN LURUS

 







WIRA LELUHUR KAU BAGAIKAN DAHAN LURUS 
 
 
Gembar
Itulah yang kita dengar
Saban hari minggu  bulan dan tahun
Kes Najib rompakkan 1MDB sepanjang Penggal PRU14
Budaya songsang telah pun menguasai bumi tercinta negara kita ini ?
 
Dunia !
Kini tersenyum melihat
Agenda rangkus dua kerajaan PH/PN
Apabila seorang PM berwibawa di kambing hitamkan
Dengan tuduhan palsu kes SRC/1MDB berbillion ringgiut ke atas PM ?
 
Kantoi !
Kini telah terbongkar
Ada dalang dan petualang merancang
Dalam Konpirasi menjatuhkan UMNO/BN dan PMnya
Kini menggegarkan dunia begitu hebat bagi kalian yang mengikutinya ?
 
 
Tinta Azimat
Tanggal 18 Ramadan 1443H 
Bersamaan Rabu hari 20 April 2022

Ahad, 15 Mei 2022

.AKU INGIN JADI ORANG BIASA ?

 








.AKU INGIN JADI ORANG BIASA ? 
 
 
Kalau aku seorang pemimpin ?
Pepinana aku akan disoal si dunia dan akhirat ?
Baik saja aku jadi orang biasa tiada soalan bebas dan merdeka ?
 
Kalau jadi seorang Pak Ustaz ?
Kena mempunyai akhlak yang patut dicontohi ?
Mengajak orang ramai kearah amal makruf jauhi kemungkaran ?
 
Kalau jadi seorang yang kaya ?
Bila harta banyak kenalah keluar zakat harta ?
Kalau tidak di laksanakan kita telah mengkhianati hak 7 asnab ?
 
Kalau aku orang biasa sahaja ?
Aku tidak lagi fikir semua tanggunghawab itu ?
Aku pastinya bebas dan merdeka cukuplah sekadar bertakwa ?
 
Memang sudah lama aku fikir?
Jikalau mati pun tidak bawa dosa yang banyak ?
Siapa pun tidak kenak kita kerana kita cuma orang biasa saja ?
 
Tinta Azimat
Tanggal  18 Ramadan 1443H 
Bersamaan hari Rabu 19 April 2022

 


AKU TIDAK MAMPU BERFIKIR LAGI

 






AKU TIDAK MAMPU BERFIKIR LAGI 

Maafkan daku!
Rerakan Fb yang aku kasihi
Jangan tanya aku lagi  soal kehidupan hari ini
Sememangnya aku tewas tidak mampu berfikir Panjang lagi
Biarlah mereka mengatakan aku seorang yang gagal dan tewas melawan takder ?
 
Akanku terima!
Semua ketentuan hidup ini
Kerana kekurangan dan kelemahan selama ini
Memang menjadi inti parti hak keperibadian dalam hidupku
Mengapa mesti aku mengeloh kika segala usahaku selama ini menemui kegagalan?
 
Kini Berayalah!
Buat rakan berkemampuan
Belilah apa yang patut untuk keperluan raya .
Jangan ditanya tentang aku dan rerakan yang sama nasib
Kerana dalam kehidupan yang sedikit ini terpaksa jua kita lalui dengan hati tabah?
 
 
Geletek Petang,
Bicara dihujung senja
Tanggal 17 Ramadan 1443H 
Bersamaan Selasa 19 April 2022


ANGIN HITAM YANG MENGHENTAM WIRA LELUHUR ?







ANGIN HITAM YANG MENGHENTAM WIRA LELUHUR ? 
 
Wira Leluhur
Kini telah diangkat menjadi  MO1
Hamper lebih Sembilan tahun diberi kuasa
Kini dia Berjaya meraih  kepercayaan dan kejayaannya
Melakar sejarah dalam usaha meperbaiki ekonomi , kesihatan dan Pendidikan ?
 
Wira Luluhur
Tetiba ada  angin hitam datang
Menghentam seluruh tubuh  Wira leluhur !
Bertiup kencang memusnahkan segala rancangannya
Dalam masa yang tuntas terus mendakwa mendenda menghukum Wira leluhur ?
 
Wira Leluhur
Dia tenang tabah dan pasrah
Semuanya ujian yang mesti dihadapinya !
Satu musibah besar yang dilakar oleh mengenanya
Kini dia terpaksa menangkis segala urusan dihadapi dengan penuh keredhaan ?
 
 
Oleh Admin Muda 
Catatan jam 1.30  Tengah hari
Hari  Ahad  Tarikh 11hb April 2022.

GURUH BERDENTUM DI TENGAH HARI




 



61. GURUH BERDENTUM DI TENGAH HARI (BCN).Fb.
 
Tetiba
Tiada hujan atau rebut
Guruh berdentum di tengah hari ?
Apakah muslihat  pertanda yang luar biasa berlaku ?
Adakah negaraku akan menghadapi  satu keadaan yang mengerikan ?
 
Dunia
Kini agak menakjubkan
Cuaca nampak cerah dan bersih  ?
Mana munkin guruh boleh berdentum di tengah hari ?
Tanpa memberi isyarat terlebih dahili hujan akan turun di tengah hari ?
 
Tetapi
Mana mungkin terjadi
Tetiba sahaja guruh berdendum  ?
Kalau tidak ditunjukkan terlebih dahulu cuaca gelap ?
Sebelah pagi burung pun enggan berkicau malas keluar mencari makan ?
 
Itulah!
Apa yang aku ketahui
Kata orang tua-tua langit gelap ?
Cuawaca mendung hujan renyai-renyai mulai turun ?
Sebentar lagi guruh berdendum hujan lebat akan turun membasahi bumi ?

 
Oleh Admin Muda 
Catatan jam 1.30  Tengah hari
Hari  Ahad  Tarikh 11hb April 2022.

 


BILA HATI SAKIT KEYAKINAN DIRI PUN HILANG




 




BILA HATI SAKIT KEYAKINAN DIRI PUN HILANG 
 
Ingatlah!
Bila kita buat janji
Sepatutnya kita wakib ditepati
Bukan mempermainkan  setelah kita berkuasa?
 
Apabila
Keyakinan diri kita
Telah pun hilang susah jadinya
Kerana kuasa mendapkan mandate terpersia ?
 
Dinihari
Kita lihatlah sendiri
Kalau rakyat mulai membenci
Kepada semua Yang Berhormat  kerajan PH ?
 
Kenapa?
Sebab kita sendiri
Buat janji tidak pula ditunaikan
Malah dapat madah 22 bulan lupa segalanya ?
 
Apabila
Hati rakyat sakit
Untuk mendapatkan mandate
Jangan harap untuk rakyat  memberinya balik?
 
Oleh Admin Muda 
jam 3.30  petang Catatan
Hari  Khamis Tarikh 31hb Mach 2022.

Khamis, 5 Mei 2022

AKU MASIH DI SINI MENANTI

 






AKU MASIH DI SINI MENANTI 
 
Hey kawan !
sejak Mentari terbit
aku masih di sini menti
di kaki bukit
sehingga Mentari berada
di puncak gunung
Kelibatmu tiada juga ?
 
Aku masih setia
Tetapi engkau masih juga
tidak kelihatan
seperti mana yang aku harapkan
perlukah aku menanti lagi
sehingga Mentari jatuh
di hujung senja ?
 
 
Oleh Admin Muda 
Catatan jam 3.30  petang

Hari  Khamis Tarikh 31hb Mach 2022.


JANGAN MENCABAR TAKDIR ILAHI?

 







JANGAN MENCABAR TAKDIR ILAHI? 

 
Ternyta hari ini
Manusia terlalu celupar
Berani mereka mencabar takdir Illahii.
 
Ada melakukan
Kerja terkeji luar tabie,
Langsong tidak takut bencana Allah SWT.
 
Berjanji pandai
Bukan lagi kitab suci ?
Tidak lagi perlu kita tunaikan semuanya.
 
Bagi mereka !
Agama semua sama ?
Kawin senenis tohmah dan fitnah biasa ?
 
 
Oleh Geletek Petang
Catatan jam 3.30  petang
Hari  Khamis Tarikh 31hb Mach 2022.

TIADA BEBAN BATU DIGALAS ?

 






TIADA BEBAN BATU DIGALAS ? 
 
Dahulunya
Sudah pun diberi tahu
Dia tidak akan bermain lagi panca silat
Cuma kalua diminta tunjuk ajar bpleh di luar gelangang saja
Itulah peringatan dan pesanan wasiat yang dilontar dari bibir dalam hatinya .
 
Tetapi kini
Berlainan pula jadinya
Tetiba dia masuk gelanggang semula
Lantas dia melompat memecah silat  menghunus kerisnya
Mencabar para ahli silat yang tidak sebulu dengan kehendak hati nuraninya .
 
Wah hebat
Kini ternyata berjaya
Menguasai gelanggang silat sepenuhnya
Mengangkat dirinya sebagai ketua gelanggang ke duakali
Kini dia terpaksalah menjalankan tugas bagaikan tidak ada beban batu digalas .
 

Oleh Geletek Petang
Catatan jam 3.30  petang
Hari  Khamis Tarikh 31hb Mach 2022.

IBU AKU INGIN BERPUISI

 







IBU AKU INGIN BERPUISI 
 
Ibu,
Aku tahu
Kau telah lama pergi
Kini aku ingin mencatat puisi
Tentang segala cerita kehidupan aku dini hari.
 
Ibu,
Betapalah
Bila engkau tiada lagi
Aku selalu saja resah gelisah
Hilang segala panduan dalam perjalanan hidup.
 
Ibu,
Sedihnya
Bila aku mengenang
Susah senang kau mengharungi
Jerit pekek buat membesarkan aku di hari ini .
 
Oleh Tinta Azimat
Catatan jam 11.30 malam
Hari  Rabu Tarikh 30hb Mach 2022.

RINDU DI HUJUNG SEPI









RINDU DI HUJUNG SEPI 
 
 
Bila,
Aku berada di hujung sepi
Cukup terasa , bagaikan ada satu kehilangan
Bila orang yang aku  rindui selama ini telah Kembali kepangkuan Illah,i
 
Dulu,
Aku selalu saja melupainya
Kerana masa selalu saja menganggu diriku
Sehingga menjadikan Langkah-langkah aku selalu pincang dan goyang.
 
 
Kini,
Kerinduanku di hujung sepi
Tangisan serta  air mata tidak berguna lagi
Segalanya telah hilang rasa kekesalan dan kepiluan di hati tidak beerti.
 
 
Oleh Pena Utara,
Catatan jam 1.30 Tengah hari
Hari  Selasa  Tarikh 29hb Mach 2022.