Khamis, 5 Mei 2022

IBU AKU INGIN BERPUISI

 







IBU AKU INGIN BERPUISI 
 
Ibu,
Aku tahu
Kau telah lama pergi
Kini aku ingin mencatat puisi
Tentang segala cerita kehidupan aku dini hari.
 
Ibu,
Betapalah
Bila engkau tiada lagi
Aku selalu saja resah gelisah
Hilang segala panduan dalam perjalanan hidup.
 
Ibu,
Sedihnya
Bila aku mengenang
Susah senang kau mengharungi
Jerit pekek buat membesarkan aku di hari ini .
 
Oleh Tinta Azimat
Catatan jam 11.30 malam
Hari  Rabu Tarikh 30hb Mach 2022.

Tiada ulasan: