Khamis, 5 Mei 2022

TIADA BEBAN BATU DIGALAS ?

 






TIADA BEBAN BATU DIGALAS ? 
 
Dahulunya
Sudah pun diberi tahu
Dia tidak akan bermain lagi panca silat
Cuma kalua diminta tunjuk ajar bpleh di luar gelangang saja
Itulah peringatan dan pesanan wasiat yang dilontar dari bibir dalam hatinya .
 
Tetapi kini
Berlainan pula jadinya
Tetiba dia masuk gelanggang semula
Lantas dia melompat memecah silat  menghunus kerisnya
Mencabar para ahli silat yang tidak sebulu dengan kehendak hati nuraninya .
 
Wah hebat
Kini ternyata berjaya
Menguasai gelanggang silat sepenuhnya
Mengangkat dirinya sebagai ketua gelanggang ke duakali
Kini dia terpaksalah menjalankan tugas bagaikan tidak ada beban batu digalas .
 

Oleh Geletek Petang
Catatan jam 3.30  petang
Hari  Khamis Tarikh 31hb Mach 2022.

Tiada ulasan: