Sabtu, 20 April 2024

SEMOGA AWAN HITAM BERARAK PERGI







SEMOGA  AWAN HITAM BERARAK PERGI
 
Ta Allah
Ya Tuhan kami
Kami mohon dan mengharap
Semoga awan hitam segera berarak pergi
Agar langit mendung kembali ceria semula bumi kami
 
Ta Allah
Ya Tuhan kami
Hanya padaMu pertolongan
Kami mampu merancang Kau menentukan
Aedala Apa yang baik kepadaMu jua kami mengharap      
 
Ta Allah
Ya Tuhan kami
Kembalikanlah keceriaan
Seperti yang pernah kami nikmatinya dulu
Agar menjadi Balladun Thaiyibatun warabbul ghafur..
 
 
Oleh Pena Utara
Catatan 5.30 pagi
Selasa Tarikh 29hb Januari 2024




DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN CUKUP BAIK TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.






DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN CUKUP BAIK
TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.
 
Wahai manusia!
Ketahuilah Dunia ini
Punya umur ada penghakhirnya.
Kini digambarkan dunia sudah tua nampaknya
Maka perlulah kita ketahui gambarannya kepada manusia ?
 
Contohnya kini
Seorang sudah tua
Banyak fungsinya telah hilang.
Mata rabun, telinga kurang pendengarannya
Kulit pula mulai berkedut tenaga dan fikiran kian lemah.
 
Justeruitulah!
Kita jangan pula lupa
Sebagi orang yang beriman
Mereka kena faham dan mengerti kehidupan
Kerana kehidupan ini ada penghujung di perjalanannya.
 
Maka rugilah !
Mereka tidak beriman
Memburu kehidupan dunia
Bagaikan tidak ada penamat atau kematian
Sejarah kehidupan kita di dunia ini pasti ada hari kiamat.
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan Ahad jam 6.00 pagi
Tarikh; 25hb Mach 2021/siqr semula 1./4/.2023

 





BICARA KITA SESAMA KITA DI BLOG SAHAJA






BICARA KITA SESAMA KITA DI BLOG SAHAJA
 
Maaf rakan!
Kami Cuma suka berseloka
Khasnya buat kita sesama kita
Jangan rasa ragu dan bimbang
Kita sekadar cuma sembang-sembang?
 
Cerita yang baik
jadikanlah tauladan
cerit yang buruk jadikalah sempadan
Kita sesama kita bagaikan air
Mana mungkin jika dicincang boleh putus?
 
Justeruitu ingat!
Lapangkanlah dada
Terimalah dengan seikhlas hati
Bahawa hidup ini cuma sementara sahaja
Berbicaralah sebelum kita meninggalkan dunia fana in….
 
 
Oleh Pena Utara
Sajak Percubaan anak muda kita
Catatan 27hb Mac, 2018.



DAKAH DUNIA MULAI BOSAN







ADAKAH DUNIA MULAI BOSAN

Dunia
Salam mualaikum !
Adakah Engkau kini mulai bosan
Melihat tingkah laku manusia yang lupa segala
Malah berbangga diri dengan keangkuhan dosa-dosa mereka?
 
Insan
Lihatlah musibah!
Kini bala bencana wabak melanda
Satu serangan penyakit yang membegongkan
Seluruh penghuni dunia menjadi cemas dan membimbangkan ?
 
Lihat
Wabak covid 19 !
Petanda kemurkaan Allah S.W.T.
Ingin mengantikan kita dengan genarasi lain
Kerana manusia kini banyak berbohong mencipta tohmah .

fitnah ?
Oleh Admin Muda
Cattan jam 5.00 petang
Jumaat Tanggal 20hb Mac, 2020

 

.NYANYIAN PUISI-PUISI TASBIH






NYANYIAN PUISI-PUISI TASBIH

 
Pernahkah kalian mendengar
nyanyian makhluk puisi-puisi tasbih?
dalam diam duduk berdiri dan bergerak
cuma orang-orang beriman menekmatinya.
Puisi-puisi tasbih bagai pagar di hati
terlalu sukar untuk dibolos dan ditembusi
daripada godaan syaitan dan juga iblis
merobek dan hancurkan hati anak Adam
Segala pokok, haiwan, dan ungas kecil
juga beburung terbang dan ikan-kan dilaut
semuanya acap bertasbih pagi dan petang
makhluk manusia yang masih pekak dan tuli
Orang-orang beriman tidak akan mungkar
akan segala kurniaan Allah swt ke atasanya
hati mereka akan gementar dan rasa takut
bila mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
begitulah bentuk rupa orang-orang beriman.
 
Oleh: Nurimanja,
Tanggal 7, jamadal awal, 1431.
Pagi yang bergabus BBPBL, Pulau Pinang.
Photo hiasan saja.

 


Ahad, 14 April 2024

BILA AKU BERKUASA ?









BILA AKU BERKUASA ?

 
Ingat!
Bila aku berkuasa
Ikut suka hati aku nak buat ?
Jikalau naik harga atau nak turun harga
Iku sajalah bagaimana kalian dulu berkuasa  ikut saja
 
 
Sudah
Selian lama lawan
Aku menunggu danbersabar ?
Alu dltohmah dan difitnah  dipenjara pul
Hebatnya sandiwara ka;ian untuk menjatuhkan diriku.
 
Terkini
Aku bangkit Kembali
Dalam menegak kebenaran ?
Agar dunia politik tanah air sedar semera
Kebenaran akan bersinar semula menguasai kejahatan
 

Oleh Qalam Mutiara
Catatan 5.30 pagi
Selasa Tarikh 29hb Januari 2024
 

 

 


PAGI INI DAMAIMU SUKAR AKU MENILAI?

 







PAGI INI DAMAIMU SUKAR AKU MENILAI?

Sesekali aku terharu
sesekali aku terkeliru
melihat pagi yang damai ini
dengan langit yang putih bersih
di sebelah petang telah bertukar menjadi kelabu
begitulah kehidupan yang perlu kita lalui.
semoga kita semua mengerti 
......
Catatan Rengkas
Oleh Qalam Mutiara
3hb Ogos,2015 jam 6.45 pagi.

RINDU DI HUJUNG SEPI

 





RINDU DI HUJUNG SEPI

Bila,
Aku berada di hujung sepi
Cukup terasa , bagaikan ada satu kehilangan
Bila orang yang aku rindui selama ini telah Kembali kepangkuan Illah,i

Dulu,
Aku selalu saja melupainya
Kerana masa selalu saja menganggu diriku
Sehingga menjadikan Langkah-langkah aku selalu pincang dan goyang.

Kini,
Kerinduanku di hujung sepi
Tangisan serta air mata tidak berguna lagi
Segalanya telah hilang rasa kekesalan dan kepiluan di hati tidak beerti.

Oleh Pena Utara,
Catatan jam 1.30 Tengah hari
Hari Selasa Tarikh 29hb Mach 

MARAH ITU FITRAH







.
MARAH ITU FITRAH

Marah hal besar
penghinaan agama mungkin terpuji,
Marah hal kecil pekara yang remeh
mungkin terkeji,

Marah perlu berhati
tidak ada anjing dipukul setelah mati,
Marah jika tiada dikatakan dayus
tidak marah hangus,

Marah dari syaitan
dijadikan dari api air jadi pemadamnya,
Marah lihat cermin dimana ada kehodohan
tentu tidak diteruskan,

Marah yang mengeletar
darah dimasuk syaitan segeralah ambil uduk.

Oleh; Nurimanja,
Catatan ceramah Bebas, 3hb, june. 2010.
Photo hiasan cuma.

ALLAH MAHA KUASA LAGI BIJAKSANA

 





ALLAH MAHA KUASA LAGI BIJAKSANA

.

Allah SWT telah memberi penerangan
Apa yang di ceritakan Allah kisah nabi Isa benar belaka
Tidak ada Tuhan selain Allah SWT dia Allah yang maha perkasa dan besar

Setiap pengurusannya tidak siapa dapat menafikannya akan kemampuan Allah tiadak banduingan.
Siapa berpaling enggan menurutinya

Allah SWT amat mengetahui wahai nabi Muhamad saw .
Apa juga yang mereka laku semuanya manah a balasannya dari Allah SWT

Bagi mereka yang berpaling dari kebenaran mereka akan menerima balasan pedih dari Allah SWT.
Ingatlah mujizat Al Quran itu benar

Bagaimana Allah menceritakan di dalam kitab al Quran
Semua dalam kitab suci Al Quran cerita -cerita berkaitan surah ali Imran

Kisah Nabi Isa alaihissalam dan keturunan dari Nabi Allah Zakarian dan Yahya serta ibu Mariam .
Wajiblah mengakui apa yang benar

Menolak segala apa kepalsuan tidak benar dan palsu
Jangan sesaklali beriman selain daripada di perintahkan Allah kepada rasul .

Wahai ahli kitab serulah kepada kalimah keadilan dan kesamaan yang diturunkan tetap dan benar.
 
Oleh Qalam Mutiara,
Catatan 12.40 tengah malam,
Awal tahun Rabu Tanggal 1hb Januari 2020.
Siar semula 1/4/2023 photo hiasan

Rabu, 10 April 2024

PENYAKITDERBA SALAH







.PENYAKIT SERBA SALAH

 

 

Kini 75 tahun

Penyakit serba salah ?

Melingkari bersama hidupku

Apakah yang dapat aku kaatakan?

Semua rerakan waktu kecil telah pergi dahulu

 

Aku menjadi

Hidup ini serba salah ?

Daripada  kecil hingga dewasa

Aku sering diserang penyakit aneh

Dulu asma kini kalua tak resedung sembelit ?

 

Waktu pagi ?

Bila bangun dari tidur

Aku akan bersing berouluh kali

Telan sebiji dilianya akan berhenti

Tetapi diganti dengan sembelit pulaberhar i

 

 

Oleh Qalam Mutiara

Catatan 5.30 pagi

Selasa Tarikh 24hb Januari 2024







BILA KITA BERHUTANG

 








BILA KITA BERUTANG
-buat kaki utang yang liat nak bayar sewa-

Bila kita berutang
Peganglah pada niat hati ini
Kalau kita berjanji akan membayar
Inshaallah akan kita dapat membayarnya
Tetapi kalau kita mula pasang niat susah nak bayar
Memang hutang kita payah nak bayar membuat orang marah.

Kalau kita berjanji
Mestilah kita perlu menepati
Mesti tepat tarikh dan waktunya
Bukan berkata tunggu esok,minggu depan
Dengan berbagai beri alasan yang tidak menasabah
Sehingga orang yang telah memberi utang mulai

 menyampah.
Oleh: Suara Pulau,
Catatan jam 4.50 ptg
Sabtu Tanggal 19hb Mac 2018.

 

 

 

 

 

BILA MELAYU PECAH TUJUH?

 







Bila melayu pecah tujuh

Ternyata akan ramailah pemimpin parti.

Akan didakwa dimahkamah lalu dipejara di sungai buluh

Sebelum ini pecah enam

Zaman PH membenar pelancong datang.

Waktu covid19 menyerang ramai melayu mangsa korban.

Dahulu pula pecah lima

Siapa tidak sangka PRU14 DAP berkuasa.

Maka ramailah dalam dewan yang mulia India dan China.

Kalau melayu berpecah

Empat atau tiga atau dua atau pun satu,

BN masih berkuasa Bersama MIC dan MCA serta PGBSS.

Lihat fakta parti melayu

Kini kian tenat sedang berpecah belah?

UMNO, PAS, PKR, PPBM.PAN.PERJUANG,MUDA,san PUTRA.

Admin Muda

Catatan jam 5.pagi

Tarikh Selasa 25hb Januari 2022

Photo cuma hiasan sahaja .

 

 

 

 


.CERITA PENGKALAN KUBUR



 

 

.CERITA PENGKALAN KUBUR

 


Jangan takut kita semua ke situ
Jadi berusahalah menguasainya sebelum mati
Kini Pengakalan Kubur jadi medan perebutan kuasa
Tidak kira lagi bulan bintang dan mentari ingin menguasainya
Kawasan yang cuma se kangkang kera dikuasai pemikiran berbagai cara
 
Anak-anak bumi Pengkalan Kubur
Mesti bijak memilih penguasa dan pentakbirnya
Jika kesilapan yang berlaku kekecewaannya bukan sadikit
Maka jadilah sebuah nyanyian puisi taridera cetra seloka akhirenya
Masing-masing penduduk ingin tunjuk laga dan gaya pemahaman mereka .
 
Lihatlah Perak, Kedah dan Selangor!
Ternyata kini bercempera cerita pentakbirannya
Apabila sudah berjaya dengan nyanyian dogingan janjian
Timbul pula acara dan agenda perebutan menjadi ketua penguasa.
Siapa yang terharu dicelarukan minda ? Mangsanya ialah si rakyat jelata.
 
 
Oleh: Suara Pulau,
3.30 petang, Rabu 27/8/2014.
siar semula 31/1/2023 photo hiasan