Isnin, 28 Mei 2018

AKU DIA DAN SESUATU





AKU DIA DAN SESUATU

Aku cuma sekadar Insan
Seorang kembara di bumi Allah
Yang total lemah dan daif sebenarnya
Mengapa mesti angkuh dan sombong
Jika kita tahu di hujung kembara ini
Ada tanda noktah penamatnya 

Dia adalah pencipta segala
Mengetahui yang nyata dan ghaib
Mengapa kita mesti mendustainya
Kerana kita akan dimatikan
Selepas kehidupan yang sedikit ini
Maka berzuhud, tawadaq dan bersyukur.

Sesuatu yang ada disekeliligi kita
Adalah satu perantaraan sahaja
Bagi menghidupkan  watak kita
Sebagai insani yang dikurniakan
Akal fikiran agar tidak sesat dan alpa.

Oleh: Nuri manja,
Pagi hari jam 5.30.
Tarikh 23hb  April 2014. 

AKU CUMA SETITIK AIR





AKU CUMA SETITIK AIR 

Kita Cuma setitik air
Najis yang hina dan keji
Hasil pencantuman kemesraan
Dua insan  lelaki dan perempuan …

Bila cukup waktunya
Kita pun berkembar alah
Di bumi yang penuh pancaroba
Jika kita gagal kecundang lah jadinya.

Jika kita memilih
Nilai kebaikan dan bijaksana
Berjaya lah kita di dunia dan akhirat
Jika tidak penderitaan  yang dirasainya.

Oleh: Nuri manja,
Catatan jam 2. pagi
Tanggal 23 April , 2014.