Isnin, 28 Mei 2018

AKU DIA DAN SESUATU





AKU DIA DAN SESUATU

Aku cuma sekadar Insan
Seorang kembara di bumi Allah
Yang total lemah dan daif sebenarnya
Mengapa mesti angkuh dan sombong
Jika kita tahu di hujung kembara ini
Ada tanda noktah penamatnya 

Dia adalah pencipta segala
Mengetahui yang nyata dan ghaib
Mengapa kita mesti mendustainya
Kerana kita akan dimatikan
Selepas kehidupan yang sedikit ini
Maka berzuhud, tawadaq dan bersyukur.

Sesuatu yang ada disekeliligi kita
Adalah satu perantaraan sahaja
Bagi menghidupkan  watak kita
Sebagai insani yang dikurniakan
Akal fikiran agar tidak sesat dan alpa.

Oleh: Nuri manja,
Pagi hari jam 5.30.
Tarikh 23hb  April 2014. 

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Hidup kita bagaikan lelayang !

Terbang di mana sahaja walaupun di awan yang tinggi, tetapi kita kena ingat , Ada yang menerajui kita ? Ada masa kita di tarek turun atau tali putus ? Jadi kita tidak boleh lupa siapa kita dan pemain teraju kita yang lebih berkuasa.