Sabtu, 30 Januari 2016

MISKIN TEGAR DI BANDAR





12. MISKIN TEGAR DI BANDAR

Miskin tegar
Anak-anak di Bandar
Bila pendapatan bawah 2 ribu
Ramai keluarga menghadapi masalah.

Anak pelajar
Miskin tegar di Bandar
Ramai yang ponteng sekolah
Kerana tidak cukup wang saku sekolah.

Mereka miskin
Perlu bantu ibu ayah
Dalam kerja-kerja seharian
Demi mencari wang nafkah se keluarga.

Orang miskin
Di Bandar bangsa kita
Perlu mencari jalan penyelesaian
Agar tidak tambah parah dan menyulitkan.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 9.40 pagi
Tanggal 10hb Januari 2016.

Jumaat, 29 Januari 2016

BILA NAFSU SYAITAN MENGGODA






11.BILA NAFSU SYAITAN MENGGODA


Bila hawa nafsu kita menggoda
Hati pun tidak tidak dapat di kawal
Segala pertimbangan akal yang matang
Hilang bagaikan se buah negara di langgar geruda
Begitulah dahsatnya apabila nafsu ganas datang menggoda.

Bila hawa nafsu kita menggoda
Kita bagaikan lembu dicucuk hidung
Ikut sahaja apa kata nafsu syaitan semata
Tanpa bantah atau tanpa halangan tunduk dan patuh
Mengikut selagi keinginan hawa nafsu tidak di tunaikannya.

Bila saja syaitan menggoda kita
Hawa nafsu menguasai hati dan fikiran
Akal yang waras dan matang terbang hilang
Segala  iman dan ketakwaan turut di heret  bersama
Di waktu itu iblis dan syaitan menguasai diri kita sepenuhnya.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 3.40 pagi
Tanggal Jumaat 9hb Januari 2016.