Khamis, 14 Januari 2016

HARI PERTAMA AKU KE SEKOLAH






6.HARI PERTAMA AKU KE SEKOLAH

Hari pertama aku ke sekolah
Naik basikal ayah pelantar besar
Duduk di belakang makan tepung talam
Ayah tolong beli seketul cuma 5 sen sahaja.

Pergi ke sekolah lewat sampai
Murid-murid lain duduk berhimpun
Aku  berdiri di tepian perhimpunan saja
Bila aku hendak masuk kata cikgu tunggu dahulu.

Nama sekolah SK Matang Gerdu
Nama cikgu Pn Rafeah binti haji Menon
Aku diberi bangku ke 2 sebab kecil agaknya
Kawan sebelahku pendiam  Abas bin Sarif namanya.

Semua murid diberi kad nama
Bila dipanggil kami pun berkata ada
Tetiba aku dengar sekali lagi namaku disebut
Rupanya ada serang murid nama dan bin agak sama.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.50 ptg
Tanggal 5hb Januari 2016.

30 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Nahul Hidzar berkata...
16.LADANG (P2)TK

Terima kasih kerana membawaku ke ladang
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum kasturi
Terima kasih yang budiman
merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.

Nahul Hidzar
sajak tentang mengapai satu kejayaan
kuala sepetang

ULASAN RENGKAS !

Sajak anda mesej yang hendak disampaikannya tetapi dari segi bentuknya perlulah diperbetulkan sedikit , agar ia lebih menyerlah dan dapat diketengahnya dengan lebih sempurna. Jika terlalu simbolik ungapan kata menjadikan anda sahaja yang memahaminya , Tujuan kita menulis puisi agar khalayak dapat membaca dan memahami mesej yg hendak sisampaikan. Harap maklum!

MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN KE2 ATAU TOLAK KELUAR

nurimanja49@gmail.com berkata...



15.SETIA BERJANJI (TK) PK2


Tika fajar menyinsing suasana
Dalam desas-desus nafas jiwa
tangan menadah berdoa
Tangis sedih, sendu dan duka
Mengadu pada Yang Mendengar Bicara
Berharap pada Yang Memenuhi Segala Cita.
Tercambahlah benih di sawah hati
Diairi dan menghijau bawah lembayung nurani
Dipagar serta dijaga rapi
Dengan sebuah janji termeterai
Dihiasi dengan rimbunan pekerti dan budi
Walaupun ia sunyi dan sepi kini
Apabila tibanya takdir Ilahi
Namun ia tetap terjaga rapi
Sehingga waktu masa datang lagi
Ia pasti akan indah kembali
Sebagaimana yang telah kita lalui
Selama mana kita bersetia janji

Tetamu Malam
sajak ketika melangsungkan perkawinan dgn bekas isteri semula
Sungai Ara 2015
ULASAN RENGKAS !

Sajak anda ada isi atau mesej yang hendak disampaikannya tetapi dari segi bentuknya perlulah diperbetulkan sedikit , agar ia lebih menyerlah dan dapat diketengahnya dengan lebih sempurna.
Puisi ini menyentuh soal peripadi yang sepatutnya tidak perlu didedahkan kepada orang lain kecuali mereka yang benar boleh dipercayai dan dapat membantu menyelesaikan masalah kita dengan baik dan saksama .seperti yang di kehendaki dalam syariat Islam. Harap Maklum!

MAAF TERPAKSA KELUAR. ATAU MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN 2

nurimanja49@gmail.com berkata...




14.PENA MELUKIS (P2)TK

bilaku genggam pena dan mula untuk melukis
dan aku hampar satu lembaran kertas putih,
Inginku lukis satu wajah tersenyum
tetapi pena tiba melayang,
kertas putih terus menghilang,
idea dan ilham terus menghilang
Hanya warna mengisi ruang,
Baruku sedar banyak yang kurang,
Tidak seperti apa dirancang dan dipandang,
Warna warni dipinta tetapi hitam yang datang,
Terasa ingin saja lukisanku buang.

Satria Juragan
sajak buat pelukis seperti aku bila nak melukis idea dan ada masa
tu jugak macam-macam masalah datang ketika melukis di Masjib India

ULASAN RENGKAS !

Biasanya begitulah dalam kerja kita seharian , bila kita sudah merancang sesuati yang kita ingin lakukan tetapi bila ada gangguan segala perancangan akan terbatal , begitu juga dengan Ilham yang datang kekadang senang kekang bukan main susah kita menanti . Haram tidak menjelma sehingga boleh menjadikan kita hilang kawalan fikiran.

MAAF TERPAKSA TOLAK KELUAR. ATAU MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN KE2

nurimanja49@gmail.com berkata...




13.MENYULAM ALAM DITITIAN JATI DIRI (LS)4


Dalam malam menyulam alam…
aku letih sambil berlatih…
dalam hujah yang menerjah wajah…
melangkah merekah terpanah khazanah…
Dalam malam menyelam alam…
Lembut disambut dalam serabut…
Basah gelisah kian menjadi susah…
Kalimat yang tersemat
Menyelam dalam kolam alam ini
menusuk masuk ke seluruh pelusuk
dalam menanti mati di dititian jati diri

Lagenda Pulau
sajak simbolik kehidupan
Sarawak 17 disember 2015
ULASAN RENGKAS !

Puisi kehidupan ! Semacam dilanda kemelut dalam kehidupan , bagaikan mencari sesuatu yang belum pasti? Terasa semacam gelisah dan gelabah untuk meneruskan cabaran di alam kehidupan ini, jika kerja tidak menjadi dan mengena dalam usaha melawan kemelut kehidupan, jangan sekali berputus asa, sebagai seorang kelahiran anak pulau jadi diri , dan semangat juang perlu bagi mengekalkan identiti legenda di bumi sendiri, walau bagaimana hebatnya cabaran dalam kehidupan seharian . selagi ada nama dan nafas kehidupan seharusnya diteruskan

LAYAK SETERUSNYA!

nurimanja49@gmail.com berkata...




Abang Japp berkata...
12.MIMPI KEMARAU(LS)

Harus bagaimana mentafsir mimpi
yang sering menjengah lena
bila gelap malam seribu rahsia
menjengah gelita di mana-mana.
aku selalu mimpikan tentang sawah bendang
kontang bagai padang jarak
sayang tiada indah tidak lagi mesra menyambut
lesu bagai kemarau dan tengkujuh
tidak lagi akur dengan giliran
mengikut musimnya seperti dulu.
Sukarnya mentafsir mimpiku ini


Abang Japp
sajak tentang mimpi aneh ketika terlelap msa tgh membaiki kereta dibengkel

ULASAN RENGKAS !

Keresahan yang melanda kehidupan kita kekadang kita menjadi kalut dan kelibut, sehingga boleh terbawa-bawa ke alam mimpi sehingga menganggu tidur malam . Mimpi ini kekadang ada juga benarnya semacam mimpi Raja Firuan yang mana diminta nabi Yusof alaihisalam.cuba mentafsirkanya.Biasanya mimpi begini ada kemungkinan musibah besar akan melanda. Sekadar andaian saja. JK

LAYAK SETERUSNYA!

nurimanja49@gmail.com berkata...

11.MEMANAH SEGALA HASUTAN (LS)2


Bersatulah kita menjana minda
membentuk bangsa yang benci tohmah
dengan memanah segala hasutan
dengan menghala tepat ke jantung si durjana
lakarkan sebuah kemenangan hakiki
demi menjulang bendera kemurniaan diri.
Cantaskanlah segala ranting yang menganggu
keratkanlah segala dahan yang menjalar
cabutkanlah akar yang mencengkam
lalu menggugurkan dedaun keiklasan
agar tumbuh pohon generasi yang sihat
daripada baja penghasut yang meracunkan bangsa kita

Penduga Akal
sajak sinis utk parti yang mengamalkan fitnah
20 disember 2015

ULASAN RENGKAS !

Soal semasa dunia politik tanah air yang agak serius melanda bangsa kita yang sering saja berpecah belah dengan agenda tohmah dan fitnah , hasad dengki, begitu bermaharajalela dan berluasa . Kekadang kita terfikir juga Apakah bangsa Melayu ini sesatunya bangsa yang wujud di dunia ini suka mengutuk bangsa sendiri . Berbeza dengan bangsa lain.

LAYAK SETERUSNYA!

nurimanja49@gmail.com berkata...


10.AWAN HITAM (TK)PK2

hati ini masih diselubungi awan hitam
ku lihat langit masih tampak kelam dan sunyi
Sepertinya bintang terus bersembunyi
Di antara kabut dan hujan yang bernyanyi
Malam ini aku pasrah atas segalanya
Melepas semua kisah suka duka
tetapi aku yakin dalam perjalanan ini nanti
tetap berjalan menelusuri lorong waktu
Terus berlari dalam setiap serpihan rasa yang tinggal
dalam mengejar harapan dalam genggaman

En Sanusi
sajak dalam dilema dalam sesuatu perhubungan
10 september ketika pulang dari mahkamah

ULASAN RENGKAS !

Sajak anda ada isi atau mesej yang hendak disampaikannya pengucapannya juga menarik.Disebabkan menyentuh soal peripadi yang sepatutnya tidak perlu didedahkan kepada orang lain kecuali mereka yang benar boleh dipercayai dan dapat membantu menyelesaikan masalah kita dengan baik dan saksama .seperti yang di kehendaki dalam syariat Islam. Harap Maklum!


ATAU MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN KE 2 ATAU TERTOLAK KELUAR

nurimanja49@gmail.com berkata...

KUM 2


9.MURUNG (LS) 1

jika Krisis ekonomi tiba-tiba
akan muncul pantas tanpa diduga
malu jika kita tidak bereksperimen
mencabar akal mencari yang murni
di alam semesta diatur selesa
sedangkan langit belum runtuh
matahari masih terbit di Timur
murai terus bernyanyi seperti biasa
setiap yang wujud masih berfungsi
sederap langkah ni aku pasti akan tertanya
kenapa harus murung berputus asa?

Pak Kassim
sajak tentang isu semasa
dapat idea pada 29 disember ketika menyambut hari jadi yang ke 60
ULASAN RENGKAS !

Pak Kassim cuma mengeluh dengan situasi semasa bila ekonomi yang dijangkakan mampu dihadapinya sepanjang tahun 2016 ini tiba-tiba bertukar mendadak menajdikan Pak kassim menjadi gelabah kerana persediaan yang dijangkakan mencukupi tetapi menjadi sebaliknya.Apa pun kita ikuti perkembangan terdekat bila PM bercadang merombakkan kembali bajet 2016 bila minyak masih juga paras yang membimbangkan dan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.


LAYAK SETERUSNYA!

saizul maizav berkata...

matang gerdu kat mana tu tak pernah dengar plak??

Ali Conan berkata...

matang gerdu???? skolah rendah aku dulu tu

Adiwira Angkasa berkata...

5 sen bawak kat skolah nak makan apa 5 sen???????

Mozaire berkata...

ha! betol la qalam miskin sbb bawak kat sekolah dulu pun 5 sen... aku dulu pun bawk duit rm2

Pak Kassim berkata...

kuat ingatan pena utara sbb sy sendiri pun dh lupa sekolah rendah dulu

Ungku Zubir berkata...

sikitnya 5 sen nak beli apa

seri suri berkata...

matang gerdu???? sy pernah mengajar sekolah tu dulu tp sebagai guru pelatih la sebelum berhenti....

Geletek Malam berkata...

sk matang gerdu???? bini aku dulu sekolah tu la...

hambali maliki berkata...

matang gerdu???? dekat dgn skolah aku sbb aku dulu msa sekolah menengah smk sri kurau

tetamu malam berkata...

sk matang gerdu??? kat perak kan? sbb dulu rumah aku depan skolah matang gerdu la tp skrg dh pindah KL

Nuri Jaguh berkata...

mmg haru kalau nama sama dlm 1 kelas

Hero Kampung berkata...

aku dulu pun dlm kelas aku ada 3 org nama sama dengan aku... hehe

Mozaire berkata...

sapa yg menang utk kumpulan 3????

Anjang Aki berkata...

matang gerdu??? pelik btol nama sekolah tu

saizul maizav berkata...

matang gerdu kat negeri mana tu? penang ke???

Mozaire berkata...

aku dulu pun hari pertama sekolah aku menangis sepanjang hari... hahaha

Ustaz Muda berkata...

aku hari pertama sekolah dah basah kuyup sbb kebetulan hari tu hujan lebat

pak ya nyabo berkata...

kalau hari pertama sekolah rendah sy dh lupa kalau hari pertama sekolah menengah sy masih ingat la

Qalam Musoffa berkata...

zaman skolah la zaman paling best sekali

Richard Sariosa berkata...

kenapa miskin sgt smpai 5 sen je bawak aku dulu pun ada la 5 kupang

Raja Muda berkata...

kesian en nuri 5sen jer????? sy sendiri pun skolah rendah 5 ringgit

Nahul Hidzar berkata...

dengan 5 sen nak beli apa???? gula2 hacks pun sekupang 1